Wednesday, October 15, 2008

macam loser kadang-kadang

Kebanyakkan orang memang tak kenal aku, memang susah nak paham. Yang dah kenal aku pun kadang-kadang tak boleh baca apa yang ada dalam benak fikiran aku. Sebab kadang-kadang aku langsung tak nak paham pasal diri aku pun. Itu yang susah.

Jarang-jarang aku tengok abah menangis. Tapi, ada masa aku paling kerap buat dia menangis. Macam hal pilih kasih anak-anak. Dalam hal ni, aku selalu bawak diri. Sebab aku anak sulung. Tapi aku kenal mak abah aku dari raut wajah mereka. Lagi satu, sebab aku dah dewasa, aku tak mahu nampak terlalu bergantung kasih sayang pada mereka. Sebab aku tak mahu nampak loser.

Mak abah aku kata, walaupun dia ada anak menantu, mereka tetap nak bergantung dengan aku. Dalam segala hal. Sebab aku macam anak lelaki mereka. Dan aku tak mahu adik-adik aku terlampau bergantung pada mak abah dalam hal ni. Macam hal susah cari sendiri. Macam mana hal kalau bukannya susah nak susah nak bukannya senang nak senang. Kadang-kadang benda-benda ni terngiang-ngiang dalam kepala otak aku. Setiap kali aku susah hati.

Kalau pasal gossip, aku masih boleh mengelak lagi, sebab biasa yang aku tahu apa yang aku buat tu memang tak salah. Karakter aku tetap sama walaupun aku nak berubah depan siapa-sapa pun. Yang ni, aku tahu cuma mak abah aku je yang expert pasal anak dia yang seorang ni. Kadang-kadang aku rasa, aku memang anak yang mengada-ngada yang masih duduk celah kangkang mak abah sendiri, sebab aku lebih rasa secured begitu.


p/s : Mamat 2 orang di atas ni dah umpama adik beradik. Mak abah kami masing-masing pun dah kenal sangat tahap hubungan kami bertiga. Aku paling kakak walaupun paling pendek antara kami. Nampak cool, kan?

p/p/s : Minta maaflah, entry ni nampak emo. Sebab kadang-kadang aku rasa penat jadi diri sendiri. Kalau hal nak berpura-pura macam susah sikit sebab aku bukan jenis begitu walaupun kena paksa berlakon depan semua.

p/p/p/s : Seronok juga tahu harga minyak dah makin turun. Dapatlah naik bukit merah nanti dengan lapang hati.

update : Hendak jadik family simpsons kakak kuning-kuning juga rasanya.

15 comments:

Anonymous said...

minyak dah turun. undilah barisan nasional. hahahaha...

confirm la sbb ni silent reader ko x minat aku. huhu.

ain fadzal said...

jane : aku suke la bile die letak nick ilya dgn arfa mcm tu. sebab tak boleh jangka ape die fikirkan. ilya bertelekung bergambar bersama unta kesayangannya. so nice.

;))

Anonymous said...

kalau aku dia patut letak, cerita tentang jane seorang puteri umno. hahaha..

ain fadzal said...

jane : aku x campo, sebab aku x knal pun mamat tu. :D

rainz said...

hoh? apakah ini?namaku disebut?

ain fadzal said...

apah : name ko jadik rains @ open hair. penat aku tersengih semalaman. ape faktor bleh jdk mcm tu ek?

rainz said...

sbb biler ujan.. aku tak payung ke?heheh...

ain fadzal said...

apah : ye ke sebab tu? biar betik?

aku tau, die nak kata ko cute tu. :D

AmatMizi said...

Aku tak paham..

Soraya Zainal said...

aku pon x paham.. apekah?

ain fadzal said...

amat & sue : so, skang anda semue dah paham.

adakah?

(klako kan?)

alif-mikail said...

tak faham lagi sambil pegang lintah

Anonymous said...

gapo sedih or emo noww entry hang nih...hehe bahase pon ade ala2 berbunge2 skett...berjangkit ke?haha -pasa sanda-

ijan said...

aku anak sulong tp aku rase adik aku yg 2nd tu yg slalu jd "the man" dlm famili. aku terima je. selamber...

ain fadzal said...

alif : abaikan jer. ni hal anak beranak. byk sgt gosip. kuikuikui...

pasa : jangkit la sgt... wakakaka...

weh,hang bz bangat ke?

sultan : aku tau tu. aku dah pnah tanye kat family ko raya aritu. cube ko tanye mak ko ade x awex dtg umah die edisi terjah.

muahahaha~