Friday, October 10, 2008

degil tu takat mana la sangat, kan?


zaman dulu-dulu, kalau dapat terpilih pergi rombongan memang cukup abis bangga. satu bas, 44 orang. 40 orang student. 4 lagi pensyarah pengiring. dalam banyak-banyak student pulak, 2 saja pompuan. dan yang balance tu lelaki.

mula-mula kena panggil bagi tujuan rombongan ni, memang pelik. nak kata handal masa semester satu tu, luluh jugak.
bayangkan budak ala science stream pergi poli. kalau ada yang dapat tunjuk skil pun masa dekat bengkel je pun. tu pun, masih teringat balance-balance zaman belajo kemahiran hidup dulu. di sebabkan skil yang tiada tolok bandingan antara pompuan-pompuan dalam kelas gua dulu, lecturer memang siap selidik background gua. bila dieorang tanya. gua jawab. sampai ada satu scene, gua lambat nak jawab. rasa nak reply via sms. malu pun ada. masa gua cakap, gua bukan budak sekolah teknik, heboh nak tau lagi. gua tebalkan jugak muka. gua penuh bangga, gua cakap, gua budak sekolah agama dulu.

dah tak boleh bayang, dieorang punya gelak satu kelas. memang banzai!

berbalik kepada pokok di atas, mengenai rombongan tersebut. gua amik paperwork atas meja ketua jabatan tu. selidik mana yang patut. gua tengok senarai nama. budak-budak ni bukan golongan dean list. tapi, nama selalu je pun naik. glamour.

tertancap pulak dalam kertas tu, ke mana hala tuju nanti. bla..bla..bla..

bila waktu dah di tetapkan, gua sama lagi sorang budak pompuan serta budak lelaki-lelaki lain amik tempat dalam bas. port gua seperti biasa, seat sebelom yang paling belakang. faveret seat gua.

selang 2 jam, dah sampai tempat tuju kami. RUMAH PENGASIH. jalan-jalan. rumah drug addict, rumah penghidap hiv, pondok rokok. jauh round. sampaikan kantin pun gua lawat bila dieorang sesak-sesak tengok drug-drug addict ni berlenggeng sambil mandi air sejuk. ape hal?

bila ada soal jawab, gua tenang. malas nak amik tau. sebab gua tak isap dadah. tak isap rokok, dan mungkin gua takde suspek ade hiv positif pun. mase tu.
bila nak abis ceramah-ceramah dari engineer yang pernah isap dadah, arkitek yang pernah isap dadah, profesional yang isap dadah sebab tertekan dengan keadaan. gua buat muka toye je pun. dah ade kerja hebat-hebat, yang nak isap dadah tu buat ape. kan mahal benda alah tu. taulah lu semua mampu.

masa sesi soal jawab, gua tangkap drama luar tingkap. tup tap tup tap, semua mata tengok gua. gua kena dengan orang depan. bukan ke dalam kes ni gua yang patut tanya dieorang. bukannya dieorang yang tanya kat gua. ade sorang mamat tanya gua. apa sebab datang sini?

gua cakap, sebab disiplin mungkin.
pertama, gua suka buat bising dalam kelas, nak buat macam mana, gua punya volume memang palat nak kecikkan. dah sedia ada.
kedua, sebab tak pakai stokin pergi kelas, tag kena ambil bagi pulak kat ketua jabatan.
ketiga, tak pakai tag masa pergi kelas. what the fook. takkanlah dah tertinggal tag gua terpaksa nak balik alor gajah naik balik pergi melaka.
& keempat, gua selalu tolak pelawaan pensyarah-pensyarah lelaki gua pergi clubbing, mungkin dari situ dieorang attacked gua takut gua bocor rahsia kerajaan dieorang depan ketua jabatan.
nombor empat tu, saje je gua nak tekankan. sebab gua tak salah!

tu semua hal satu semester. belum campo 3 semester lepas tu. bayangkanlah macam mana.


p/s : bila bulan lepas gua jumpa pensyarah yang ajar ukur dulu, gua patut tabik spring terbalik kat dia sebab nasib baik gua tak jadik bini la nih. imagine la, bini die yang merangkap geng gua dulu nampak terseksa.

p/s/s : bila gua berblogging ni memang takde niat nak suruh mana-mana mamat obses jatuh cinta kat gua. itu hal dia sendiri. konon-konon nak tunjuk romantik dalam blog gua. apa hal?
p/s/s/s ; esok petang nak start baca buke 'the secret'. thanks ya, bro. :D

try la layan GODA.




39 comments:

AmatMizi said...

Gua penah pegi Rumah Sakit Jiwa kat Tampoi je..tu pun sebab ada interview Kebajikan Masyarakat..

Gua tak penah pegi rumah Pengasih, tapi gua memang penuh dengan Kasih Sayang..

ain fadzal said...

amat : hoh? kait jiwa?

mula-mula ingat rumah pengasih tu, rumah orang tua ke ape ke?

rupe2nye, umah utk pemulihan. :))

jiwa lu untuk kasih sayang, mat. :D

Anonymous said...

Salahkan orang lain? Obses?
Deria wanita ke-7 yang selalu jadikan gadis spt Ain terlalu sukar dimengertikan. Kalau Reez meminati Ain sekalipun, adakah itu kenaifan Reez dimaktubkan Ilahi ke atas takdir diri kerana meminatimu.

Maafkan Aku Meminati Dirimu
Berat Rasa Hatiku Melupakan
Dan Izinkan Ku Meneruskan Langkahku
Sesungguhnya Aku Hanya Insan Biasa

AmatMizi said...

Fuyo Ain ada peminat Fanatik siot..

Gilosss..

Anonymous said...

Fanatik? 1 perkataan yang kurang tepat untuk menterjemahkan siapa diri ini.

Salahkah cuba meminati sesorang secara diam kerana itu yang terbaik?

Alam bukan tempat menuding jari jika bencana menimpa dan takdir bukan tempat punca kedaifan mencari erti dalam hidup REEZ

Ilya said...

ololoohh jiwang la pulak

zaman sekarang mane ade ckp berbunga2 ni.


adehh laaa

Anonymous said...

A -Antologi kasih titip bergema
I- Indah seri Di alam syahdu
N- Nur terindah paksi kepasrahan

Anonymous said...

Kadang maksud tersirat tak mampu dizahirkan dengan kata yang jelas

Kadang juga yang tersurat kembali berkias andai tak dijernihkan...

AmatMizi said...

Ain...

Ko dah nak kawen ke??

Anonymous said...

mmg gilos!!! hahaha..

wei. ko nak baca buku? WOW!~~

ok2. nanti bgtau aku sinopsis buka tu eh. kalau best bole bagi aku pinjam :)

Rockstar said...

siapa yg cuba malukan diri sendiri tu?

۩۞۩ FaHReeN ۩۞۩ said...

hahha

mmg gilo:)

Soraya Zainal said...

hadeh...

ni serupa ayat duda2 separuh usia kat ofis aku yg cuba nak mengayat gadis2 single.

siyes... kalau orang yg semenggah, die takkan kuar ayat mcm ni...

utk makhluk bernama Reez, aku rase ape yg ko buat ni lebey byk efek menjatuhkan harga diri ko dari percubaan nak mencuri hati kawan aku~

Anonymous said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Terima kasih atas kacipan kata-kata para sahabat di alam fana ini,

Sekurangya ada secangkir ruang untuk hati menepuk zahir di kali sepi, meracip ikhlas di batas ranjau, menongkah cerca di laman pilu.

Maafkan teman menjadi mengkuang lalu..

AmatMizi said...

Sue, adakah ko yang diGODA oleh Duda tu??

Adakah Reez seorang duda??

Yang pasti Ain bukan janda..

Anonymous said...

hamba bukan duda,hamba juga bukan pacal hina menimba noda,
Hamba hadir bukan untuk dicerca tapi salahkah hamba membenar lalu jelasnya hati?

maafkan hamba andai guris menjalar meresap halwa menyengat kalbu REEZ

Rockstar said...

ain oh ain...

apsal semua laki org ko nak sapu ni?

Soraya Zainal said...

hehehe....

Amat, tu kite cite lain kali ye?

Ain, sabar ajela.. anggap2 ajela ni drama sandiwara semasa dlm blog :P

Ilya said...

perghhh panas sei komen ari ni.padanlah aku rase cm bahang gile ari nih...

reez,

kalau anda desperate suruh la mak carikan calon isteri yek

jgn kau cube nk curik hati kawan aku

lupakan saja..hahaha

Anonymous said...

Bila mendungnya hamba bermadah ingin memetik Ain menjadi teman sehidup?

Kala saatnya hati ini berdendang alunan rayu memohon kasih?

Hamba hanya mencurah rasa melebar gundah hasrat di hati.. hamba sedar tingginya dedalu ditatap hina cengal di awan..

Maafkan saya Cik ilya andai hati timbul curiga REEZ

Ilya said...

saudara,

sila la daftarkan diri tuk jd penulis skrip tuk teater puteri gunung ledang musim akan dtg.

saya percaya tiara jacqueline mesti tertarik ngan kata2 jjiiiwwwwwwwwwwwaaaaaaaaanggggggg anda

Anonymous said...

Mohon ampun setulus raga andai kata ini menjerat rasa menghilang citra,

Kata disalur tergubah ritma bukan madah mecurah asyik asmara,

liuknya sopan mengerah pesona indera bukti indahnya bahasa warisan..

adinda illya maafkan diluhurkan REEZ

Soraya Zainal said...

<-- fel BM

aku terase mcm x berade kat blog ain... rase mcm ade kat tempat asing.


tapi kan, satu nasihat utk mane2 lelaki yg nk mengorat.. kite kene ade kelas ok? KELAS...

tak kaya, tak hensem, tak pandai.. takpe.. tp maruah kene jaga~

tuh harga diri lelaki paling mahal ok?

-end-

Ilya said...

kalau la saudara ni suka sgt bermadah

ape kate buat novel je senang

tok sah la duk kacau kawan aku ni

gerenti mesti laris novel saudara tu

Anonymous said...

KELAS? haha... maruah?
Kenapa tercipta perkataan tersebut kalau manusia sendiri pun tahu mana nak meletakkan dimana kelas mereka sendiri dan di mana maruah mereka sendiri?

memang Ilahi mencipta insan yang naif tentang diri sendiri... hingga sampai 1 saat ia tidak sedar yang mana kewarasan menidakkan batil..

Anonymous said...

katakan saja, ku terima~

hamba kurang arif kalau dikatakan menganggu sedangkan yang nyata jelas menyerlah Ain sedia menerima apa sahaja...

adakah HIPOKRIT jadi mainan kamil berbinkan ADAM?

ain fadzal said...

reez a.k.a zairee a.k.a bob katak : apsal la ko ni penat2 nak susah2kan diri ko sendiri.

x berguna lah. aku x suke!

once, aku dah rejected tu. paham jelah maksudnye. malas nak cakap banyak. kang teruk sangat aku kutuk pun x elok.

aku jenis malas nak amik port, dan sebenarnya aku x suke lelaki jenis mcm ko. hatta ko kaya melimpah ruah sekalipun. fizikal ko, aku x pernah kenal, mental ko separuh sesak dengan permainan kata, jasmani kau macam hilang arah, rohani kau ntah ke mana-mana.

nasihat aku, hargailah diri sendiri.


sekian.

Ilya said...

kalau dh biase luah kate2 cm ni dh biase la tu mengayat pompuan...

haisshhh..jgn sekali2 kau cube nasib ngan kawan aku ni

salah org beb!!!ain takkn kalah dengan ayat2 jiwwwwaaanggg mu itu

Soraya Zainal said...

Ain terima saje???

kadang2.. aku pelik tgk orang yg dok dalam keadaan "sudah terang lagi bersuluh"



hahaha... aku pon dh berjiwang karatz :P

Rockstar said...

katakan saja.. ku terima..

ain malu2 yer..

Anonymous said...

zairee? siapa gerangan hamba malang dimaksudkan cik Ain?

terpulang untuk dinilai dianggap siapa empunya diri ini...

namun andai hadir merungkai kata disalah tafsir...

hati meruntun terlerai nyata...

ain fadzal said...

rainbows : ade aku ckp terima ke?

x kawen pun xpe la kalo lelaki jenis mcm reez ni ada dlm dunia aku.

sungguh menakutkan!

ain fadzal said...

=)) =)) =))

dah la, x tahan dah ni. gelak guling2 ni.

pegilah cipta blog sendiri,

mcm drama rtm la ko buat bob!
murah betul!

AmatMizi said...

Katakan saja, ku terima,
Katakan saja, ku telan jua,
Katakan saja, ku masih bersabar,
Katakan saja, sukati ko lah,
Katakan saja, ko tak paham bahasa kah?
Katakan saja, ko memang nak kena,
Katakan saja, lebih baik ko blah!!
Katakan saja, Hahahahahaha..

Soraya Zainal said...

tibe2 peminat ko kene amnesia...

kasihann....

name sendiri pon lupe :P

Anonymous said...

AMNESIA... emm kasihan?
mungkin lupa pada nama tapi tak lupa pada diri...

terpulangla hendak dikatakan apa
asal yang disimpan terlerai sudah

13may said...

ain!

jom kita kawen kat siam!

kan senang cakap direct camni...

hahha hahha hahha hahah

ain fadzal said...

rasa mcm perang blog pun yer...