(gara-gara tak sebz yang di sangka bila gua memang ms. octopus)
*****
Jeng jeng jeng…. Kali ini…
Gua nak cerita pasal salah seorang ahli rainbow gua. Kali ni gua nak perkenalkan Jane dengan lebih terperinci.
(Sila rujuk gambar diatas).
Nama sebenar, Afzan Abd Kahar. Lu semua boleh google nama sahabat gua ni. Mesti jumpa dalam senarai peguam cara, pendakwaraya negara.
Mula-mula gua kenal minah ni pun, masa gua sekelas dengan dia. Umur 13 tahun. Nak di buat perbandingan, dari segi fizikal, mentality, bagai langit dengan bumi gua dengan dia. Nak di ikutkan gua dengan minah ni pun tak berapa rapat dulu.
Sejak sekolah, gua dengan dia selalu gaduh mulut juga. Gua jenis main-main, dia jenis serius. Dulu, boleh dikatakan minah ni memang anti dengan gua. Cara dia belajar gua memang respek habis. Kalau dalam kelas pun, minah ni duduk area depan-depan. Gua memang cop duduk area belakang je pun.
Jane duduk smkas tak lama, form 4 dia dah pergi mrsm. Satu sekolah dengan Helmi Sihat.
Tapi, masa berjaya mengubah perpektif gua pada minah ni. Perpektif minah ni pada gua, gua tak tahu pula. Boleh dikatakan, gua rapat dengan minah ni sejak gua berpindah ke kuala lumpur. Selain daripada budak rumah gua, gua memang takde kawan perempuan lain kat sini.
Mula-mula gua jumpa budak-budak smkas, gua jumpa Jane dulu. Kemudian baru yang lain-lain. Kira dia ni macam network gua la. Lama-kelamaan, gua, jane, sue, arfa, ilya, pais jadi semakin rapat. Mana kitaorang lepak, mesti berenam. Kemudian baru ada si zen pula. Ujie datang kl sekali sekala je pun. Kira aktiviti bersama-sama la tu. Persamaan kitaorang mula-mula semua status single. Tapi jane memang dah tak available la, tapi, gua saja juga nak letak dia status single but not available. Sebab marka minah ni dekat
Satu gua suka pasal minah ni sebab gua dengan dia macam magnet. Bila gua cas positif, dia jadi cas negative. Bila gua jadi cas negative, dia jadi positif. Dia tahu kelemahan gua, kekuatan gua. Dia suka bagi gua pikir apa yang gua boleh buat, apa yang gua tak boleh buat. Kira dia suka bagi gua option la. Minah ni golongan sinis, suka berterus terang teramat-amat. Macam Sinyu. Walau macam mana pun kitaorang tetap boleh bersengkongkol. Dah nama pun kawan, kan?
Lagi satu, gua tak tahu minah ni dapat gen siapa. Suka sangat bagi nama benda-benda ciptaan manusia. Kira otak dia kreatif la. Hp ke, kereta ke, patung ke, habis semua benda dia nak bagi nama.
Baru-baru ni dia bagitahu sama rainbows, dia dapat kerja government. Posting pergi mana belum di tentukan lagi. Tapi, gua harap dia menetap je dekat KL ni.
Jane, walau macam bagaimana pun rupa ko nanti, kami tetap sayang ko!
p/s : Dah kaya raya, jangan lupa kawan ko ni tau!
8 comments:
wah! itu gambar aku di london. kau ikut skali kan masa tu? hahaha.. terharu seh baca post ko. sob.. sob.. sob..
thank you aineng :)
nanti kalau aku dh kaya aku blanje korg.. haha..
p/s: kalau ko syg aku, kalau ko beli kete baru nti, bg nama "horton" kt kete tu taw.. hahaha..
wlcome janeng...
elelele~
jgn ler nangis, x rock la!
tggu kaya raya ape nye, satay kajang mali la bru ngam...
p/s : kete tu nanti nak kena tukor identiti. horton tu identiti sebenar tu. x ngam. aku bg can nama lain la...
kim salam sama lu punya member arr...
cakap sama dia...
gua mau kawan sama dia...
kawan yang mesra...
tapi mesra sangat sangat...
hahha :D
jane, encit 13 may kim salam.
13 may : mesra la sgt~ :P
janez..hahah..congratz..
aku harap ko tak g jauh....
jane kata die nak mintak sarawak, byk elaun.
arfa, aku kata kat jane semlm,
bila dah dok sana, tolong carikan aku kije kat sane plak.
serius ni... :)
huhu.. jangan la kasi die keje jejauh :(
nnt bilik pink tu sape nk duduk?
aku x mo dok dlm bende pink...
mcm seram jek.
nanti aku nangis laju2.
:))
Post a Comment