Tuesday, August 12, 2008

sup sap sup sap sambil pakai jaket hujan



hari tu,

tiket gua nak balik dari kampung ke kl langsung habis. gua cari mana-mana kaunter semua sold out. benda ni semua buat hati gua bikin panas. selalu kalau gua beli last minute pun, tetap ada.

sebelum hari gua nak balik tu, abang sepupu-sepupu gua dah buka mulut ajak konvoi sama-sama. gua senyapkan saja. gua bikin diam. sebab gua memang mengantuk habis sebab bantai jamming sama-sama dengan dieorang dekat luar rumah gua sampai pukul 4 pagi. lalok habis gua pagi tu, mana larat nak pikir lain.

pagi-pagi gua dah sms sama gua punya best frenz, si epit. gua tanya la, balik naik apa. lu semua tahu jelah orang lelaki bangun mesti tengahri punya. huh! dalam hati gua, mesti menyumpah-nyumpah punya. last-last, member gua kata nanti balik saing dieorang satu van dengan budak-budak bola melaka. gua terkejut la, sebab gua tak bawak make up kit gua. lagi sekali gua sumpah-sumpah si epit ni.

dah petang, sepupu-sepupu gua datang rumah. dah siap sedia nak pulang ke kotaraya. gua belum siap apa-apa pun. dalam 5 minit, gua siap, gua dah tenggek belakang motor salah sorang sepupu gua. lagipun, motor tu paling baru. gua pakai juga jaket hujan sebab gua tak ada jaket lain lagi.
kali tu gua balik ala maria mariana ramai-ramai dengan dieorang.

nasib baik gua decide macam tu.

sekali masa gua tengok highway, bukan main jammed lagi.
tapi naik motor bonceng belakang memang macam buat action habis, nak kena jaga lutut jangan sampai boleh lari alignment tu. sup sap sup sap kat lane no 3.

masa tu, puas juga gua ingat ada benda tak siap dalam kepala otak gua. puas gua pikir sampai gua pegang helmet buruk gua jangan bagi terbang. gua buat aksi thriller di petang tu juga. gua ambil beg belakang yang gua sandang, gua buka beg, gua tengok dah berapa banyak missed call dari member gua. kata dia dah nak sampai umah gua, amik gua saing-saing balik. gua mesej, gua cakap gua dah sampai seremban.

tak pasal-pasal petang-petang yang sedikit mendung tu gua kena maki terang-terang dari member gua tu. last-last, gua nak matikan air, gua suruh kirim salam daun selasih je la pada budak-budak bola tu. gua cakap, gua tak bawak make up balik kampung time tu. heh~


nota tapak kaki : kepala asyik terhuyung hayang ke sana dan ke sini sekitar perimeter kehidupan.


15 comments:

Anonymous said...

mujurlah aku naik keretapi. tiada traffic jam (walaupun sampai lewat). tidaklah tension.

SayaBudakPemalas said...

merempit di highway ke?
;)
dr melaka ok lagi..

cube wat dr perak..

pergghhh!!

kebas buntut...

ahaks~~

Unknown said...

perghh ain rempit sei..cayalah

ain fadzal said...

jane : bas cepat dah xde kan?

kan?

dyana : tu lah, dah lama x jadik rider maut ni, memang kebas abis.

xleh kata dah...

:))

ilya : cubalah ilya~

syiok beb...

Anonymous said...

ade. aritu adik aku blk ade plak. musykil hamba, tuan hamba.

ain fadzal said...

hamba rasa, mgkin ia sudah berpindah ke stesen yang lain.

tuan hamba.

Anonymous said...

gua akan terus memberi komen yg hangat walaupun akan di delete..(nih yg gua paiseh nih)

rainz said...

hoh..untuk kurangkan keletihan akibat rempit..sila gunakan motor cap gaban atau suria perkasa hitam..

Unknown said...

tak de org nk bawak aku naik motor..kehkeh

ain fadzal said...

anon : lu paiseh sendiri dah la...

xyah nak libatkan gua...

arfa : ade lg ke gaban zaman skang ni?

gua mcm nak pasang robot transformers satu la utk gua.

ilya : ko suruh la jane merempit,

jane hebat jugak tu.

;))

Anonymous said...

jane bukan hebat jugak. tp beliau sgt hebat. hahaha. aku lepas dua2 tgn tau. kalau yoyok berani moh la. woohooo!!!

Unknown said...

aku tak berani naik motor

kalau cukup berani moh aku bg pinjam vespa bapak aku

ain fadzal said...

jane : mcm SINYU habis~

:P

yoyok : ko jgn hati kecik ar...

sok2, kalo aku beli motor cc beso ko x dpt bonceng nanti round2 kl tau.

:P

13may said...

hi marka ;)

ain fadzal said...

hi cewek! ;)