Friday, August 8, 2008

tak harap orang paham pasal semua ini



Aku tahu,
aku makhluk tuhan yang sememangnya irritating, degil juga keras kepala.

Tapi, kadang-kadang aku pikirkan balik setiap apa yang pernah melanda kehidupan aku sehingga saat ini.


Seriously,
keras kepala tak dapat bawa pergi mana pun. Ego pun ada sampai satu tahap optimum. Dendam kadang-kadang buat hati kita jadi sakit yang terlampau.
Once,
aku perlu letak dalam recycle bin apa yang tak patut dalam diri. Dan kadang perlu untuk di restore untuk memori nanti.


Aku dah terlampau tengok drama kehidupan.
Diri sendiri, persekitaran serta yang tak pernah sama sekali terlibat dengan kehidupan aku.
Ada yang buat aku serik. Buat aku takut. Buat aku hilang keberanian. Buat aku boleh hilang arah. Buat aku hilang perspektif.


Nasib aku punya tuhan, punya kepercayaan kepada yang rukun islam yang 5, rukun iman yang 6, aku punya keluarga yang memahami sifat-sifat mahmudah, mazmudah dalam diri aku dan kawan-kawan yang sedikit sebanyak jadi penilai kepada watak seorang aku dalam diari kehidupan masing-masing.


Pengalaman yang buat aku belajar bagaimana aku perlu untuk berdiri tanpa bantuan orang lain even parent aku pun tak involve untuk diri aku.

Kamu pernah rasa bila kamu eksiden berlanggar polis sevan pada pukul 1 pagi tanpa minta bantuan siapa-siapa melainkan kamu cuma punya diri kamu sendiri. Kamu pernah rasa eksiden dengan pakcik yang mahu mengerjakan solat berjemaah di masjid berhampiran rumahnya sambil membonceng 2 anak-anaknya yang sampai luka di tangan di kaki. Berhadap dengan orang kampung yang mahu menyerangku tatkala azan maghrib berkumandang. Semua aku hadap sendiri. Tanpa orang lain. Menunggang motor dalam keadaan hujan lebat sehingga tercampak di belakang trailer dan bila kamu buka mata, terpacul kereta berhenti 3 kaki dari tempat kamu jatuh. Nasib aku punya jasad yang masih be'roh' untuk menulis pengalaman waktu lalu dulu.


Mungkin aku jenis yang terlampau berdikari. Tak perlukan orang lain untuk manage diri aku. Mungkin sebenarnya aku pentingkan diri. Untuk kamu lihat aku punya kekuatan luar biasa untuk hadapi semuanya sendiri.
Awal-awal lagi sifat tu memang tertanam penuh serta di bajai pula oleh orang tua aku sendiri.


BONUS : Ni semua sebab pusar dekat kepala. Ada 2 pusar. Satu kat atas kepala, satu lagi dekat rerambut tengkuk belah kiri, orang tua-tua kata tu punca aku akan jadi semakin degil.


So, bagaimana aku mahu ubah semua yang berlaku dalam diri aku?

(sila baca lagi sekali dengan nada yang amat tenang.)

14 comments:

rainz said...

jadilah nurain fadzal yang sedia ada.. ubah diri anda menjadi si ain yang ceria dan kurang memukul..haha...

ain fadzal said...

ejaan nama aku tu salah la.

:P

aku nak jdk positif la skang ni.

Ilya said...

teruskan degilmu tu ain

kerana degil tu la buat kau terus kuat di mukabumi ni.

ain fadzal said...

hohoho~

13may said...

ko botak kepala...
bila botak..pusar tu tak nampak...

serius nih...hehhe

:P

ain fadzal said...

menci...

ko le botak dulu...

menci...

kalau aku botak, aku nak kuor paper.

nak glemer.

sape leh arrangekan utk tu semua?

ijan said...

peh... bape byk parut kat bdn ko...

jgn lbh dr aku dah la...

ain fadzal said...

sultan,

aku gase aku lagi lanun dari ko kot!

ahahaha~ ( ketawa besar-besar )

Anonymous said...

ain or aineng

ain fadzal said...

nickname bru ke ni?

Anonymous said...

oii ain junior ku...sadis betul baca citer ko yang satu nih...tapi respect la kat ko!brutal abes..

KTS said...

tau kelemahan diri sendir takpe :D... anak sedara aku pun ada s pusar kat kepala... degil tak hengattt

opaq said...

setuju ngan 13may...

botak kapla...

kasik tinggal jambul macam ronaldo...

hehehe..

ain fadzal said...

kak nani : ahaha~

mane leh berubah kak oi...

cam jejak kasih kat blog lak ek?

ku tak sempurna : tu lah, nasib baik sedor diri.

kalau x sedor pun payah gak.

kan?

opaq : ko ni paq, dengki habis dgn aku ler...

tau la ko rebonding rambut, aku x!

aku nanti nak iron pakai iron ngan iron board jek.

muahaha...