Condition tuan punya blog tersangatlah tidak stabil. Letih, lemau, penat dan sewaktu dengannya. Rasa bisa-bisa sebadan.
Blog ini juga sudah mula bersawang. Oleh itu, mari kita mula bersihkannya.
*****
Lepas adik saya berkahwin, dia sudah punya suami. Mak abah saya sudah ada menantu lelaki. Dan bermaksud saya punya adik ipar. Adik-adik saya yang lain sudah ada abang ipar. Untung juga ada lelaki dewasa dalam rumah mak abah saya. Masa untuk membuli sudah tiba. Harap-harap, lepas ni saya tak payah nak tukar mentol, lap kipas, panjat tangga tinggi lagi.
Bercerita mengenai kejadian majlis perkahwinan kelmarin, adalah sesuatu yang perlu saya banggakan. Selaku pengurus majlis, hari keraian yang dinantikan penuh debaran penuh dengan kemeriahan dan keseronokkan yang tidak berbelah bagi.
Terus terang.
Saya syahdu juga saat adik mula di nikahkan. Mungkin sebak. Adik sedarah sedaging kita kini jadi milik orang. Bukan saya saja yang menangis, bahkan adik-adik yang duduk bersebelahan antara kami teresak-esak dibuatnya. Pilu juga waktu itu. Makcik-makcik, pakcik-pakcik juga ada yang bergenang air mata. Tengok darah daging kita yang lain-lain juga makin bertambah sebak. Belum pengantin yang mengalir air mata saat abah saya menandatangan penyerahan wali kepada kadi, mahu drama juga kami anak beranak. Semua sudah merah-merah mata. Memang syahdu habis.
Suasana luar rumah, serta merta mendung, hujan lebat diringi guruh. Mungkin hujan rahmat. Mula-mula, memang tak keruan betul waktu tu. Hilang arah sekejap. Kelam kabut jangan cakap. Cari ikhtiar dalam waktu yang singkat. Fuhhh… nasib baik hujan berhenti, rupanya belum tebar baju pengantin atas bumbung. Petua orang zaman dulu main langgar. Pengajaran 1. sebelum majlis, sila tebar baju pengantin atas bumbung rumah.
Seperti yang di harapkan, majlis selepas itu penuh kemeriahan, penuh hilai tawa, penuh jejak kasih. Seronok. Tapi, hari tu saya langsung tak bergambar atas pelamin. Rugi juga rasanya. Rasa tak glemer langsung. Sibuk dengan tetamu lebih penting. Jauh-jauh datang tak dimuakan lagi nampak tak manis bagi tuan rumah.
Ok. ok. Saya adik beradik memang suka cari glemer. Kami mula cari glemer di majlis bertandang. Kali ni, kami pula jadi tetamu. Mestilah rasa excited. Kalau tak rasa excited rugi. Sebab semalamnya asing-masing sudah berhempas pulas menjayakan majlis. Masa ni la, saya sempat bergambar. Tapi, maaflah saya tidak ada kamera. Harap kamera luar sajalah. Protocol mahu juga kena jaga. Kan?
p/s : Lain hari baru saya upload gambar sebab tiada dalam simpanan. :D
23 comments:
aku rase kalau kau kawen pun kau akan kecoh cm wedding adik kau nih.
aku tak sbr nk tgk gmbr kenduri.
aku dapat rasekan ain lg berseri dr pengantin
ade yg silap pengantin tau!
tu bru pakai sempoi. mgkin seri akak pengantin la kot.
;))
ngehngehngeh~
ekeleh...ain..
bley bagi rahsia kejelitaan anda? share ar...mane ar taw pasni aku leh praktikkan..haha..
rahsianya,
berbanyak la makan.
ahahaha~
anyway, ko lagi jelita dr aku beb.
:D
ekeleh...
takyah nak merendah diri la kambin..hahhah..
jelita?
arfa,
aku lagi tinggi dr ko.
aku nak tanye, bila masa aku rendah diri plak.
:P
adobe,
aku tau ko cutie~
Ain : Tinggi + Jelita
Apah : Rendah + Cute
Adilkan...
kesimpulannye..
ain jelite
arfa kiyyut
xD
aku yang paling rendah diri dr korang2 semua.
amat : mandai btul.. :P. mana ade...
adobe : kesimpulan la sgt.
kuikuikui...
ilya : maksud nye ko paling cute la.
kan?
hahha...ahahha..btol2...yoyok paling cute..ain paling jelita..
amat paling sweet..adobe aka paes paling cute..haha...
senang...KAN?
tu lum ko kawen lg. kalo ko kawen lg syahdu diorg...
arfa : ko paling cantik!
dah.. dah.. jgn provok aku.
aku bese2 jek.
ehehe~
:X
sultan : tu la, mak aku awal2 lagi ckp x sanggup nak lepaskan aku.
terharu btul bila mak abah aku ckp mcm tu.
:D
Sweet like Cup Cake.. tak tinggalkan aku langsung..huh..
ko yang tak datang!!! bwek bwek!!! hhahahahha
cup cake apah...
manis, cantik mcm apah...
aku makan piza domino yg beso, 3 keping tu. semangat balik melaka tgh mlm tu.
:))
amat : haah, amat dgn paih x dtg pun mlm kejadian tu.
pais ingat apah dr kejauhan
amat ingat apah dr mane pun aku tak tau.malu2 nk dtg
bila???
hehhe hehhe
ilya : mandai-mandai jek ko ni yok.
jauh mane le sri kemuning ngan kl ni jek...
13may : bila gaponye?
ade soklan bg tak direct ni payah den nak carik penyelesaian ni.
sri kemuning?
what lan..
silap...
kota kemuning, kan?
Post a Comment