Thursday, April 30, 2009

cuba lagi lain masa


minggu depan aku mahu cuba update blog.



sekarang ni, aku tengah dalam mood penyediaan persiapan perkahwinan.




tata...

Monday, April 27, 2009

mungkin pada kau, benda ni semua tak berguna!

ya,

aku sedang terluka dengan nilai persahatan yang telah dibina.

Thursday, April 23, 2009

cinta itu gula-gula kapas


Saya mahu pandang dia. Selalu. Dalam imaginasi. Dalam hati. Dalam mimpi. Pada mata, dia yang satu.

Saya tahu, bila bercinta. Kita wajib ingat tuhan. Wajib beriman kepadanya, walaupun ada ketikanya saya selalu saja lalai dan ingkar kepadanya.

Saya tahu, saya tak berapa baik. Saya nakal. Saya degil. Saya suka terkinja-kinja. Saya suka melepak tak tentu hala. Hidup saya memang tak berjadual dan tak terurus. Saya suka ikut kata hati saya. Dan kadang-kadang saya selalu juga ikut kata orang lain, walaupun selalu juga tak dihargainya.

Tapi, kehidupan tak selalunya sedih. Tak juga selalu gembira. Biasa sedang-sedang saja. Dan bersederhana. Macam 12 jam untuk bergembira dan 12 jam lagi untuk bersedih. Itu karma yang kadang-kadang melanda diri saya. Sejak kebelakangan ini, kehidupan siang saya rasa sia-sia, tapi kehidupan malam saya rasa umpama bulan penuh, terang dan bercahaya.

Entah kenapa, saya mahu luahkan semua isi hati saya. Tapi, selalunya saya tak mampu.

Saya sudah serahkan segalanya pada takdir. Ikut jalan yang diberikan-Nya. Dan bila saya cuba laluinya, semuanya berhalangan. Saya mula juga walaupun sedikit demi sedikit. Tapi saya perlu tabahkan hati. Cuba imbangi semuanya. Ikut jalan yang diberikan. Tetap laluinya.


Setiap kali bila melalui tempat menjual gula-gula kapas, mak kata dia akan teringatkan saya.


Saya sangat sukakan gula-gula kapas. Warna pink. Nampak kosong. Lembut dan gebu. Tak sempurna. Tapi sangat manis. Manis yang buat saya akan rasa sedih, yang buat akan rasa gembira. Dan saya cintakannya. Tetap cintakannya.


Wednesday, April 22, 2009

kali ini ke Bangkok pula


Misi kali ini ke Bangkok. Telah terjadinya rusuhan. Pihak-pihak bersekutu PBB telah menghantar isyarat keamanan kepada orang atasan untuk mengumpulkan kembali anak-anak buah dari Malaysia berkumpul dan berangkat ke Bangkok dengan kadar segera.

Kali ini, aku mesti bersiap-siap untuk misi peace-keeping. Semuanya telah ditaja. Tiada lagi duit tiket penerbangan dan wang perbelanjaan yang perlu di kumpul. Ditaja sepenuhnya. Tiada perasaan sombong dan bongkak kali ini berjalan. Semuanya untuk perjuangan.

Aku bersiap-siap dengan uniform, but kulit hi-cut yang berkilat-kilat dan jaket kulit bundle yang telah dipinjamkan oleh sepupu.

Menaiki pesawat boeing berwarna hijau kuning. Setlah tiba ke destinasi, telah diarahkan untuk memulakan membuat gerak gempur. Aku di ketuai oleh lelaki yang kurang sedikit berumur dari abah. Tegas dan kadang-kadang sangat sarkastik. Sebanyak 10 orang dalam satu kumpulan. Cuma aku seorang perempuan kerana yang lainnya semuanya lelaki.

Kami menaiki trak. Menuju ke tempat yang di tuju. Dalam sebuah hutan belantara. Menaiki landrover dan berasak-asak dengan perjalanan yang sentiasa mendebarkan. Pengacu M 16 sentiasa terlekat di tapak tangan. Kukuh.

Setelah semua mengambil tempat masing-masing, kami memulakan peperangan. Berlumur juga dengan darah, bila bahu belah kiri di tembak. Berjuang hingga ke titisan terakhir.


Segalanya telah berjalan dengan lancar, aku dapat pulang juga ke tanah air.

Dengan M 16 masih di tangan kanan yang telah berlumuran darah dan muka yang penuh berceloreng sini sana. Aku mengangkat tangan. Berjalan-jalan gagah ke arah hadapan bertemu dengan sahabat handai.


Dan. Dan aku telah terjaga dari mimpi tidur malamku...


Wednesday, April 15, 2009

tanakvagu comel, sumandak cun, bah!


Flight gua kembali ke semenanjung delay sejam dari yang dijadualkan. Gua pulang keseorangan dari LCCT ke Kuala Lumpur.
Mata letih. Badan penat. Kulit tapak kaki dan tapak tangan gua pun sudah cedera parah.

Perbezaan waktu yang baru sejam setengah dari semenanjung dah buat kehidupan rutin gua jadi huru hara. Gua bangun hari-hari 4.30 dan 5.30 pagi. Tidur pula pada pukul 1 atau 2 pagi. Semuanya kerana mahu realitikan jadual pengembaraan geng-geng gua.

Makanannya pula kurang mendapat tempat pada selera gua. Semuanya dihidangkan dengan cara yang tidak bersemangat. Putih, jernih. Tidak pedas langsung. Lain kali, bawa sekali cili padi siap-siap untuk dijadikan bekalan. Yang menjadi focus utama gua dari sampainya di lapangan terbang KK, termimpi-mimpi mahu hirup mi kolok.

Binatang kesayangan rakyat sabah pula adalah anjing. Merata-rata, walaupun di dalam kawasan politeknik. Mula-mula seram juga mahu cari debu tanah bersih mahu tayamum nanti, lama-kelamaan rasa takut gua pada anjing pun jadi makin berkurangan. Kadang-kadang sama-sama gua jadi jalan beriringan.


Itu cerita belah tepi gua dan rakan-rakan lain. Tempat orang, kenalah pandai sesuaikan diri. Lagaknya seperti rakan-rakan gua yang bermaustautin di KK, Anum dan Jane. Suasana sudah mengajar mereka untuk bertukar agaknya. Loghat mereka. Selera mereka.


Biasanya, perkara yang seronok menutup perkara yang sedih. Begitulah hukum karma dunia. Mana ada yang sempurna, kan? Gua datang berempat dari semenanjung. Mahu cukup-cukup korum satu kereta, tambah seorang lagi. Penaja penginapan 4 hari 3 malam. Begitulah cerita permulaan gua berlima. Anum (penaja penginapan), Mariyah/Mary (pilot ke-2), Ekin, Ro’a dan gua (selaku bos mereka).


Satu negeri. Satu destinasi. Satu tujuan. Banyak arah.


*****

Ketibaan gua telah di sambut dengan tiada kalungan bunga, tiada limousine, tiada pemandu. Cuma Anum yang datang menjemput dengan senyum simpul yang meleret-meleret. Rindu benarlah agaknya itu pada gua.Tangan gua yang sejuk sejak dari KL pun sudah kembali panas, tanda sudah selesa selepas bergelut dengan mental di dalam penerbangan. Mulut pun mesti tune kembali seperti biasa. Apalagi, separuh airport juga dengar gua bising-bising di situ. Cepat-cepat Anum heret gua ke kereta sewa.

Perut kelaparan. Mahu cari dan makan mi kolok. Tapi, misi tidak berjaya. Gua makan juga dan pulang bersiap-siap untuk check in ke rumah Anum, Rumah Warden di Politeknik Kota Kinabalu. Jauhnya 36km dari pusat bandaraya. Ada 3 bilik, 3 bilik air, 1 dapur, 2 set sofa dan satu meja makan di ruang tamu. Cukup semuanya kecuali blender dan bantal.

Setelah bersiap-siap satu isi rumah keluar ke bandar melawat Kampung Air. Umpama pasar malam tapi lebih kepada pasar menjual mutiara. Sini sana mutiara. Sampai naik bengap mengadap mutiara. Selesai urusan menunggu cik-cik minah mutiara, menuju terus ke Tanjung Aru, merasa kepak ayam dan air kelapa di tepi pantai.

=

Keesokkannya, bangun subuh-subuh gelap. Mahu ke destinasi seterusnya, Mount Kinabalu. Semangat untuk mendaki sudah mengenepikan perkara yang lain-lain. Mahu tengok gunung depan mata. Mahu hirup udara di sana. Mahu rasa kabus di sana. Seperti lagu untuk menyanyi-nyanyi dihati.

Sejam suku perjalanan saja ke parkir kaki gunung. Berselisih pula dengan Aidid Marcello yang sedang mengendalikan rancangan zoom sabah yang katanya akan di tayangkan pada bulan Mei nanti. Kalau bernasib baik, muka-muka kami berlima mencelah dalam rancangan tersebut.

Seterusnya, pergi ke Air Panas Poring, Ranau. Mula-mula pergi mendaki bukit ke Canopy Walk. Berjalan ke titian gantung yang sangat panjang perjalanannya. Tak boleh patah balik kalau ada yang masih gayat. Kena kuatkan azam dan tekad untuk habiskan check point-check point tersebut. Selesai urusan di titian tersebut kami turun bukit untuk ke mata air panas. Alang-alang kebasahan peluh, silalah mandi di sana. Kalau tidak bau tengik juga satu kereta.

Perjalanan balik ke Kota Kinabalu, kami singgah di Kundasang. Pasar sayur-sayur dan buah-buahan. Barang pertama yang di cari semestinya, cili padi. Ibu segala dalam masakan dan makanan. Dari situ kami ke bandar KK dan singgah membeli udang harimau laut yang bersaiz besar, sotong dan ikan. Mahu seafood di rumah nanti. Pasar Besar KK berdekatan dengan Pasar Ikan Masin dan Pasar Filipino. Lubuk cenderamata dan mutiara lagi. Kami kemalaman lagi di sebabkan kedatangan 3 orang hantu mutiara dari selatan. Tak menang tangan lagi agaknya. Gua bersama Anum pula sibuk mencari bahan-bahan dapur di pasaraya berdekatan untuk Seafood sendiri bagi jimat perbelanjaan. Di situ ada gardenia yang siap di tulis huruf jawi tapi rasanya was-was dengan bahan kandungan.

Keesokkanya, gua bangun pagi-pagi untuk ke Pasar Tamu. Membeli makanan dan produk-produk pelik untuk gua sendiri. Gambir untuk sakit gigi. Dan bola kristal untuk feng shui tambah kekayaan. Destinasi seterusnya, kami menaiki bot di jeti Jesselton dan singgah ke Pulau Sapi dan ke Pulau Manukan untuk mandi-manda dan snorkeling di sekitar pantai dan jeti.

Selepas selesai urusan menjemur diri, gua mengajak mereka pulang ke rumah dahulu. Malam nanti ada appointment dengan bapa saudara. Dah gua kata, satu Malaysia merata saudara mara gua. Masyarakat jadi majmuk.

Sebelum gua ke rumah pakcik, kali ni gua punya turn cari souvenior. Cukup-cukup masa, gua terus tutup akaun peribadi gua. Kalau dilayankan membeli belah, gua boleh di ishtiharkan bankrap nanti. Kemudian, gua berlima pergi ke Likas, melawat pakcik gua. Dan bernasib baiknya, gua telah di bawa untuk makan seafood di Salut. Ada soft crab yang boleh dimakan begitu saja, udang merah yang susah mahu tanggal kepalanya dan ada siput gajah yang manis beserta kerapu stim dan sayur kailan yang keras dan pahit dan di ulami dengan air teh cina. Kemudian, gua telah berjumpa Jane yang baru pulang dari Sibu. Makin sibuk kehidupan si kecil Jane. Pergi sana sini naik kapal terbang.


Hari terakhir di bumi KK, kami mengemas rumah, beg dan diri gua sendiri. Gua berjalan-jalan menyinggah landmark bandaraya tersebut. Rindu pada roti canai tak terubat di kedai mamak.

Petang sedikit, gua berkejar ke airport untuk pulangkan kereta dan flight check in untuk pulang ke ibu kota.

Haih, rindunya gua pada masakan kedai di semenanjung. Pedas! Pedas! I’m back for you.

Untuk Anum, kaktus tu kau jaga baik-baik dan simpan sampai jadi berbunga. beli bantal untuk gua & terima kasih daun keladi, tahun depan gua nak datang lagi.


Wednesday, April 8, 2009

2 fast 2 furious


Gua cuak. Gua seram. Gua excited. Gua gembira. Gua mendebarkan. Gua jakun.
Gua dah nyanyi-nyanyi sendiri dalam hati lagu Hujan. Dah repeat banyak kali, Kencang sana kata hati~


Jumaat ni bersamaan 10 april 2009. Dalam kalendar kuda pun ada pakai font kaler merah tanda ada kebanyakan negeri bercuti. Ada tulis Good Friday. Gua pun tak pernah tau apa ada hal dengan hari tersebut.

Yang gua tahu, gua amik tiket kapal terbang pada hari tersebut tanda gua bercuti rehatkan minda dan tubuh badan. Sipi-sipi gua kasik tahu rahsia gua sihat tubuh badan ni kat kemu semua. Itu hari, rakan gua, si anum yang mengajar kat KK sana ada cakap, satu negeri sabah bercuti. Ada perayaan untuk suku-suku kat sabah sana. Biasanya kalau dah tahap dengar macam tu punya berita gembira, gua mesti monolog dengan diri gua sendiri. Gua berangan. Kot-kot sampai airport sana gua sama rakan-rakan partner dari melaka dengan segamat tu nanti dikalungkan dengan bunga orkid campur bunga ros, ada pemandu selaku tanakvagu cute bawak limosin 6 pintu dan check in kat 5 star hotel. Siap breakfast free. Nak amik gambar sama nanti pun tak berapa nak malulah.


Gua tahu, kenyataan tak rasmi hari ini tak semestinya sama dengan hari esok. Begitu juga dengan janji adun batang ai dengan bukit selambau. Janji-janji hari ini belum tentu satu penggal nak mengubah semua benda. KLCC punya cita-cita nak realitikan amik masa sampai 20 tahun.

Realitinya, bila gua nak berjalan ni nanti gua kena sediakan perkara-perkara penting. Angan-angan tu benda paling last gua kaji. Itu kalau alih-alih dapat rezki terpijak. Mana tahu ada tourist cicir note pound 1k kat depan mata gua. Sebat. Kaya sekejap masa kat KK nanti. Semua gua belanja. Seafood. Kain batik. T shirt I love sabah. Mutiara gred A. Udang galah basah sama sayur kundasang pun gua mahu bawa balik buat stok untuk budak-budak rumah gua makan nanti. Itu, KALAUlah.



Gua dah kaji dari awal tahun itu hari.


Check point pertama.

Kena ada kenderaan. Mula-mula gua berangan nak buat ala-ala back packs macam pekji selalu buat, sewa motosikal. Murah, jimat, mudah. Tapi disebabkan cuaca dan keadaan muka bumi di sana nanti, gua pikir balik benda yang tak munasabah untuk gua buat kalau pergi berlima. Mahu tercabut juga pinggang sama pinggul si pembonceng nanti nak sampaikan ke gunung kinabalu. Dan disebabkan gua travel berlima, gua bajet pakai kenderaan Malaysia ajelah, kenderaan yang gua pakai sekarang,
mascara number 2. Save sikit. Rm100 sewa satu hari, kongsi 5. Petrol pun kongsi 5.

Check point ke-dua.

Kena ada jadual perjalanan. Kena ada road map, location map. GPS tolak tepi dulu, belum mampu mahu pakai. HP pun dah nyawa-nyawa ikan. Itu belum gua pergi snorkeling kat pulau manukan lagi. Nanti sampai sana, gua kena belajar selok belok dalam KK. Di sebabkan gua pemandu drift yang fast learner dan sedikit berani mati, gua telah dinobatkan untuk menjadi pak supir nanti. Jalan dengan gua, kena on time. Tak boleh leceh-leceh. Lain kali gua tak mahu mengajak sama-sama pergi melancong lagi.


Benda lain, gua mahu aci redah. Ada benda gua dah listkan dalam stick note. Jangan kasik tinggal barang-barang semua.

p/s untuk anum : Sila periksa keadaan tong gas dan perkakas masak-masak untuk tujuan nak suruh memasak nanti bagi kau hilang rindu sama aku. Barang basah kita beli bila waktu dah depart kat sana.


Thursday, April 2, 2009

o re piya~





When it’s silent, it’s speak.


When it’s speak, it’s silent.


Wednesday, April 1, 2009

projek malam kelmarin di ibu kota pada 2009


first of all, thanks to everyone.
( awal-awal dah cakap omputih ni. ;)) )



saya sangat-sangat gembira. sangat-sangat. sampai tak terkata apa. sampai saya terharu. sampai saya huru-hara. ada yang masih mengingati hari ulang tahun saya. ada yang membuat ucapan yang buat saya menitiskan air mata. ada yang buat saya ketawa melampir.


*****

majlis sambutan hari jadi.

1. member-member saya yang berdua, syukri dan epit datang menziarahi saya di bawah bangunan pejabat, tetapi saya tidak dapat menunaikan permintaan mereka untuk membawa saya makan. keadaan sibuk mengatasi segalanya. tetapi permintaan mereka telah di tunaikan pada malam semalam. thanks guys!

2. teman-teman serumah, lala, mai dan lin juga membelanja saya makan di sekitar kedai makan di rumah saya. dan anda patut tahu kenapa saya sayang mereka lebih lagi.


( sampai terlupa ambil gambar muka mereka di sebbakan keadaan yang kelam kabut.)

3. baru mahu menjamu selera, ilya pula sudah datang awal sejam untuk menjemput saya untuk ke times square. kelam kabut juga makan lauk-lauk sedap. dan adha telah sampai sejam setengah awal daripada kami. mahu realisasikan impian mereka bermain bowling. hadiah permainan dari ilya. syarat-syarat itu hari langsung lupa.






winner : adha
runner up : ilya
loser : saya

4. hadiah kek dari adha. tosai dan cheese nan.







p/s : mak saya pesan, jangan gembira sangat. saya cakap ya! tapi, siapa boleh tahan nak gembira sakan, kan?