bak kata wonderpets, yang penting, kerjasama! kerjasama!
setiap hari adalah episod. 366 hari setahun. drama paling lama pernah aku ada.komedi, psikik pun dah jadi lumrah tahun ni.
owh 2009, kau datanglah dengan sinar paling agung yer~
1.
Apakah yang paling dekat dengan diri kita didunia.
Yang paling dekat dgn kita adalah MATI.
"Sebab itu janji Allah bahawa yang hidup pasti akan mati". (Surah Ali Imran :185)
2. Apakah yang paling jauh dengan diri kita didunia.
Yang paling jauh dari kita jauh adalah MASA LALU.
Walau dengan apa sekalipun kita tak akan dapat kembali kemasa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, esok dan hari-hari mendatang dengan perbuatan yang bersesuaian dengan Agama.
3. Apa yang paling besar didunia ini.
Yang paling besar didunia ini adalah HAWA NAFSU.
"Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita,jangan sampai nafsu membawa kita ke Neraka."
(Surah Al A'raf: 179)
4. Apakah yang paling berat didunia.
Yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH.
"Tumbuh-tumbuhan,binatang,gunung ganang dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi (khalifah pemimpin didunia ini.Tetapi manusia dengan sombongnya berebut rebut menyanggupinya dan sehingga ramai manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah"
(Surah Al-Azab :72).
5. Apakah yang paling ringan didunia.
Yang paling ringan didunia adalah MENINGGALKAN SOLAT.
Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita dengan mudah meninggalkan solat.
6. Apakah yang paling tajam didunia.
Yang paling tajam didunia adalah LIDAH.
Kerana dengan lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.
p/s : salam maal hijrah dan selamat tahun baru untuk rakan-rakan semua. :)
6 comments:
post ini mcm dipetik dari sini jek?
hehe
ciplak tu.
selamat tahun baru.
salam maal hijrah dan selamat tahun baru
haha...salam maal hijrah ain.
salam maal hijrah ain.tak terlewat lg kan.
wonderpet..wonderpet..kami datang
korang-korang semua,
i'll try my best!
Post a Comment