Wednesday, December 10, 2008

perempuan pun berperang tau!


kau orang patut tau, aku memang 'mem'baca blog-blog orang luar. nak-nak blog orang perempuan. dah jadik feveret. sebab aku nak dalami peringkat-peringkat alam pendewasaan orang perempuan. blog-blog dari yang kecik sampai la yang dah berumur sikit.


perempuan, masa kecik memang seronok. nak-nak kalau yang buat blog tu anak orang kaya. bila baca, rasa seronok pun ada. apa mintak, dapat. apa harap, dapat. cemburu jugak, sebab aku tak dapat macam tu. sikit-sikit tu adalah. tu pun, sikit-sikit yang tak melibatkan duit ringgit.

perempuan, masa umur awal 20-an pun banyak rasa best. nak-nak kalau baru belajar merokok. nak-nak banyak dapat elaun sara hidup. mewah. selalu jugak rasa jeles sebab tak macam tu. tapi, kalau aku ada elaun mesti aku dah merokok. dulu, aku pernah belajar nak merokok jugak. masa umur 4, 5 tahun. lepas abah aku buang puntung rokok dalam ashtray, mesti aku rembat punya. depan-depan abah aku rembat. dapat yang dah ujung-ujung puntung. tapi, terasa jugaklah suria gudang garam ori punya. isap puntung pun boleh demam, apa crita? tak ganas langsung. mesti mengerekot dalam bilik.

perempuan, masa umur baya-baya aku. patutnya dah sibuk-sibuk cerita pasal hal kawen. tapi, kalau bab kawen aku trauma banyak. kawan-kawan aku kata, aku tak reasonable. terlebih pikir panjang. mungkinlah, sebab aku bajet kawen ni sekali seumur hidup. teringin jugak jadik macam heroin hindustan sekali sekala. tapi, aku mintak extend dari mak aku 2 tahun lagi paling kurang. kalau dah jadik andartu tu kira nasiblah. sebab golongan saudara mara aku memang banyak yang macam tu. yang kat kampung aku, baya umur aku dah jadik mak janda anak satu apa cerita? baik pulak dengan duda sendiri yang dah kawen lain. tapi, masih skandal lagi. bukan perangai budak-budak ke masih terbawak-bawak lagi?

perempuan, masa umur 30 kira ada perfect life lah. ada anak comel-comel, suami penyayang, mak abah dah pergi haji, kawan-kawan pun ramai. nak shopping sakan pun rasa best sebab umur-umur macam ni memang dapat elaun dari suami tambah pulak gaji sendiri. aku tahu benda ni pun sebab aku dah banyak buat survey. orang lelaki sekarang pun memang tak mahu carik isteri yang kerjanya surirumah sepanjang masa. takut bajet tak cukup katanya. tapi, bila compare dengan orang dulu dengan sekarang memang banyak beza, tak gitu?

perempuan, masa umur 40-an dah ada anak besar-besar. kira anak-anak yang ada dekat rumah tengah membesar. dah boleh buat kerja. masa ni pun tengah bahagia. suami dah start balik lambat sebab ada buat kerja lain. kira macam part time incomelah. waktu macam tu, untuk mak abah dah kurang masa. balik kampung sekali sekala. tu pun, mungkin time-time hari raya aje pun.

perempuan, sampai masa umur panjang mesti menopause. macam mak aku cakap, menopause ni boleh jadik best atau tidak. kalau kau janda mati suami mungkin bestlah. nak-nak ada anak yang dah besar-besar yang boleh sara hidup mak tersebut. ada mak janda yang kalau kawen lain, mesti elaun kena potong dari anak-anak. ini realiti. macam sepupu-sepupu aku buat. kalau suami buat hal, nak start kawen lain sebab tak power memang tak boleh buat apa. cinta dah kira tolak tepi katanya.

perempuan, sampai dah start tua ke arah langsung tak berdaya mesti dah rasa lebih baik mati dari hidup. nak-nak kalau dapat suami yang suruh mati cepat dari menyusahkan hidup dan anak-anak. dari kena cerai sebab dah tak power, apa cerita ye tak?


8 comments:

ijan said...

aku kalo gaji beso mmg aku suro bini aku dok umah je...

suro msk sedap2... byk2...

ahh... bahagia gileeee...

ain fadzal said...

sultan : berangan je la ko~

ahax~

Anonymous said...

perempuan harus terus berkerja lepas kawen sbb :
1)dok umah nanti dia boring..pastu bergossip ngan jiran pastu mulelaa nak lawan2 sofa sape lebih mahal pastu kene laa husband beli yg same cam jiran..haduihh..
2)biase wife bekerja nih otak dia global n up-to-date sket, so xdela hari2 dok layan borak citer same je..klu anything happen kat husband pon insyaAllah dia blh survive.
3)biar dia ade duit skett atleast blh laa buat shopping kat sogo time semayang jumaat..
4)belajar tinggi2 takkan sijil nak simpan dlm clear folder kott..
5)klu dia bekerja xsemestinye suami xsyg hehe...peace ;p

p/s - cam karangan la pullekk

-rita rudani-

ain fadzal said...

rita a.k.a pasa : alolo... terbaik tu...

p/s : aku tau dah reason ko tu. :D

alifmimyanun said...

chintaa tak selalunye praktikal.

ain fadzal said...

amin : ada betul jugak tu!

maDemoIseLLe rFa said...

>>>aku memang 'mem'baca blog-blog orang luar. nak-nak blog orang perempuan. dah jadik feveret<<<
nice one! i pun skew bace blog-blog orang (^_^)

hey besh la entry post yg ini!
kagum bebs...

salam kenalan \(~_~)/

ain fadzal said...

mademoliselle fra : selamat dtg.

thanks~ :)