Thursday, December 4, 2008

kau orang mesti jeles sebab aku ada abah ni...


aku, anak sulung. di besarkan macam lelaki yang terperangkap dalam badan perempuan. itu mak aku pernah kata. abah aku dulu harap aku lelaki. itu pun mak aku yang kata, aku masih ingat lagi walaupun waktu itu masih kanak-kanak.

asal degil kena sesah. asal besar kepala kena sesah. asal buat budak lain menangis kena sesah. nasib baik badan aku dah kalis dengan sesahan. waktu zaman kecil, abah aku akan buat satu mahkamah kecil, biasanya dalam bilik tidur aku dengan anem. aku dengan anem cuma beza 1 tahun 9 bulan. biasanya kalau ada dalam mahkamah tersebut adalah pada waktu malam. abah hakim, mak peguam, aku dengan anem adalah pesalah. mak kadang-kadang jadi peguambela
dan kadang-kadang jadi pendakwaraya. abah, memang suka jadi hakim.

abah, memang tak pukul banyak kali. tak macam mak. mak asalkan sempat. kalau nampak hanger, sampai patah dikerjakan. kalau nampak getah paip, yang ada air dalamnya pun sempat. tapi, pukulan perempuan takat mana sangat. kalau menangis, mesti suruh tutup mulut. suruh diam. sebab tu sampai sekarang aku ada bantal kesayangan. aku namakan bantal tu ; bantal susah senang.

abah, memang tak pukul banyak kali. tak macam mak. tapi, abah pukul boleh sampai putus nyawa. kalau balik kampung, mesti kena terkumpul salah. bukan aku yang jahat, tapi sepupu-sepupu lelaki aku yang jahat. suka ajak aku pergi meronda kampung. aku ikut je. masa tu memang glemer pancing buluh buat sendiri. asal ada banjir, redah. bersampan. asal lalu sungai, berhenti usha ikan. tanah, air sungai, air banjir, dah jadi saksi pembesaran aku.

abah, memang tak pukul banyak kali. tak macam mak. tapi, bila abah kejar aku keliling rumah dekat Pogoh dulu, aku rasa dia champion sekolah juga. bila dah dapat aku, mesti bersepai belakang badan. bila mak letak minyak, memang rasa nak putus nyawa rasanya. tidur pun mesti telangkup badan. tak berani nak pusing-pusing. rotan pun dah jadi saksi pembesaran aku. sampai adik aku, ekin suka sorok rotan sebab kesiankan aku.

abah, dia suka bagi bidalan. '' dah bagi pancing, kena cari umpan sendiri ''. bayangkan.

masa aku dah mula jadi gadis sunti, abah memang susah nak tengok aku dekat asrama. masa tu, keluarga kami tak berapa senang sangat. asal ada. mak mesti berniaga nak tampung kehendak keluarga. kalau mahu duit, mesti ambil upah dengan mak. dari situ, aku belajar masak. sehari sepuluh ringgit kira dah cukup hebat walaupun terpaksa bangun pukul 4 pagi. aku buat kerja-kerja tu bila aku balik dari asrama. dan aku paling suka cuti sekolah. mesti dapat tiga ratus ringgit sebulan walaupun terpaksa bersengkang mata. kalau aku nak suruh mak tengok aku hujung minggu dekat segamat, aku mesti suruh dia bawa nasik lemak. nanti, aku mesti meniaga dekat asrama sekejap. itu sebab mak boleh tengok aku dekat segamat. abah, memang susah nak tengok aku melainkan bila balik rumah nenek. kawan-kawan aku nak jumpa abah, bila ada solat hajat ataupun keraian yang lain dekat sekolah dulu.

bila aku demam tak boleh bangun, dia pernah tampar aku sebab tak buat air tehnya. dalam bilik air aku tahan nak menangis. sampai mak aku balik berniaga jumpa aku tertidur dalam tandas.

tapi, bila mak abah aku bergaduh, mesti nak rebutkan aku. dari kecik sampai besar. sampai jadi trauma pada aku.dulu, aku selalu pikir aku anak angkat abah, sebab abah tak pernah manjakan aku. dan aku paling kuat kena kerah tenaga dan otak.

tapi, bila besar. aku tahu abah sayangkan aku. cuma dia tak pandai tunjuk sayang dia pada aku. tak macam adik-adik yang lain. dulu, masa aku mula-mula duduk dekat kl, dia suka duduk dalam bilik aku. suka tidur dalam bilik aku. itupun, mak dan adik-adik yang mengadu dekat aku.


walaupun macam manapun, abah itu tetap abah aku. dia yang banyak ajar aku tentang erti hidup susah senang.



takpe bah. selagi ada hayat ni, orang tetap sayang kat abah. dan orang sangat berharap, orang jadi macam abah nanti. :D

p/s : kau orang kena terima abah kau orang baik buruk sementara dia masih hidup. esok bila dah tak ada baru nak menangis menyesal buat apa?


28 comments:

Anonymous said...

i love my abah too :)

ain fadzal said...

janez : ko pun anak abah.

ko mesti rindu abah ko sgt2 kan?

Anonymous said...

a'ah.. skrg ni byk menda nk cite kt dia tp aku x cite. x nk kacau dia kt sana. mcm aku sakit aritu, aku x cite pun kt family aku.

ijan said...

peh... ko mmg kental la. biasa la. abah ko tu laki. laki susa nk tunjuk syg...

eh... apasal aku xde jumpe ko kat sgmt dl. kalo x bole rase nasi lemak ko...

ain fadzal said...

janez : aku pun susah nak cerita ape2 kat abah aku. paham2 sendiri sudah lah. tu jek cara aku. :))

sultan : kental sbb asik kena sental jek. tu motivasi diri gak tu. ;))

aku meniaga kat asrama pompuan je ar. kalau amik tempahan pun kat smkas jek.

kalao aku meniaga satu segamat, aku x kije kat kl dah ni. ;))

rainz said...

oit..belom raye aji lagi.. pesal citer sediey2 ni?

ain fadzal said...

arfa : try2 nak buat iklan raya aji plak ni. bleh x?

Soraya Zainal said...

anak sulung pompuan mmg anak ayah.....


macam aku :)

ain fadzal said...

soraya ; so, no excuses untuk ko xmo balik kampung la ye raya aji ni.

jom balik kampung... oooo.. balik kmpg...

Rockstar said...

apa kata ko suruh abah ko baca entry ni?

ain fadzal said...

adoeb : ko printkan la lpas tu pos kat abah aku.


bleh? umah aku xde internet la.

Anonymous said...

mmm cam best jerk balik raye jumpe abah ekk... slamat ari raye kurban yer... -rita rudani-

p/s - last week bile mumbai kene jentik ngan terrorist baru abah aku call tanye aku dok mane...hadoihh bertaun aku kat sini...aku da nak balik br dia tanye (ade org kg tanye dia laa tu) hehe

ain fadzal said...

pasa eh pasa : tu ar, raya pun ko tak perasan. xde semangat kerayaan langsung la ko ni.

p/s : ala, aku tau ko anak manja. die pikir tu, bini ko jadik tukang cakap/ngadu kat mertua die ko jgn tak tau.

ujie said...

aku selalu jadi regular customer nasi lemak ko dulu kan..emm sedapnye ain... huhu

ain fadzal said...

ujie : ko ingat tak bile aku jerit satu asrama dulu?

:))

Anonymous said...

tukau name la ain..now rita rudani ok..hehe -rita rudani-

tibe2 rase menyampah kat pasa sanda haha

ain fadzal said...

rita : ko kata nak ramlah ram, apsal cancel lak? :))

ala, aku tau ko dah start suke pade si pasa sanda kan?

ko dah addicted kan? kan?

Anonymous said...

aku tgh mencarut kan ko nih ahaha
-rita rudani-

Anonymous said...

aku tgh mencarut kan ko nih ahaha
-rita rudani-

ain fadzal said...

rita : hamboi.... ko marah aku ke?

ekekeke~

okeh la, kire aku la adik yg best ek?
:))

p/s ; aku tgh gelakkan ko ni!

Im Single said...

jurimah beli tak nasi lemak ko dulu?

ALAF21FC said...

Salam hormat. Maaf, iklan sikit. Jom sertai kuiz novel. TERIMA KASIH.

Anonymous said...

touching cite nie.. menyentuh kalbu..
sob..sob.. Kemsalam abah yek.

13may said...

anak abah nih :)

salam aidiladha :)

ain fadzal said...

i'm single : jurimah x pnah beli. besenye aku tggu line clear baru jerit satu aspuri. :))

alaf 21 fc : tq. :)

mr. unicode : sob...sob... abah aku kem salam semue.

13 may : bese jek. :D

weh, penat aku tggu kat umah semlm. ;))

MaSHee said...

Setuju. Ayah aku pun kategori ni. Jarang pukul tapi klu pukul teruk gak. Tp jarang sgt ler. Seingt aku pernah kena teruk sekali jer ngan ayah aku. Kena belasah tali pinggang askar tu beb...bebirat belakang aku. Sakit wooo...sbb lambat solat maghrib...bukan slah aku pun..salah tv ler..saper suruh tayang doraemon time maghrib..hehee...Walaupe pepun aku sayang ayah aku sesangat..sob..sob..sob..

ain fadzal said...

aku..dia..kamu : sian ko... sobsob...
tapi, dalam byk2 cerita, cerita doraemon timing mmg sama sampai sekarang ni.

Anonymous said...

ye lah tu itu baru dikatakan abah.masa kecik dulu memang rasa macam abah tak sayang tapi bila besau baru tahu rupa-rupanya apa yang abah buat masa kecik dulu tu supaya kita jadi orang yang kental bila dewasa.Bayangkan apa jadi kalau masa kecik dulu semua abah dan mak buat kau dok jalan-jalan je apa kau pandai buat sekarang nasi lemak yang dah siap pun tak tau nak jual takut orang katalah, malulah dan macam-macam lagi

tq abah
http://18xxgames.blogspot.com/