Tuesday, June 30, 2009

16 tahun, 10 tahun dulu dari sekarang - tag dari soraya

Nur Ain Fadzal
Pejabat tingkat 6
Menara di Segambut
Kuala Lumpur

30hb Jun 2009

Assalamualaikum.
Kehadapan Ain 16 tahun yang sentiasa ada dalam ingatan,

Sudah lama rasanya tidak berutus khabar berita di antara kita. Mungkin awak tidak pernah merindukan saya sebagaimana saya yang sangat merindukan awak.

Ain di tingkatan 4 di SMKAS.
Tempat saya menghabiskan masa. Ya, 5 tahun di SMKAS adalah masa yang amat singkat apabila umur saya semakin menginjak dewasa. Bercermin mata, bertudung paras siku, berkasut saiz 9, bermulut lancang, kaki ponteng kelas dan selalu membuat rancangan bersama Ujie mahu cabut awal ketika cuti bulanan menjelang tiba.

Hari ini, cuaca di pejabat saya sangat panas. Harap-harap hujan akan turun sebelum saya keluar malam nanti untuk menonton filem kesukaan saya, Transformers. Konon-konon juga saya mahu berpuasa sunat Rejab hari ini, tapi apakan daya emosi saya tidak berapa stabil apabila mengenangkan kembali komen pedas daripada manusia yang tidak mahu dikenali identitinya. Mungkin dia bersifat bacul seperti apa ada pada dirinya.

Sudah 10 tahun saya meninggalkan 16 tahun yang lalu. Dulu, saya selalu fikir hidup ini sangat mudah. Seperti apa yang kita harapkan. Seperti apa yang kita bayangkan. Seperti apa yang kita cita-citakan. Bila saya semakin dewasa, saya mula ubah cara fikiran saya. Komitmen dan tanggungjawab sentiasa ada di bahu saya. Kepada keluarga saya. Kepada diri saya. Buat sementara ini, cukuplah sekadar datangnya kasih sayang daripada keluarga saya. Mak abah saya, nenek atuk saya, makcik pakcik saya, adik-adik saya, saudara mara saya, dan paling terkini anak adik saya merangkap anak buah baru saya. Keluarga saya semakin besar dan saya harap, hubungan kami semakin erat pada masa kini dan akan datang.

Tidak banyak bezanya antara kita walaupun berbeza 10 tahun. Masih seperti dahulu. Bercermin mata, bertudung juga ke pejabat dan yang sewaktu dengannya, berkasut saiz 9, bermulut lancang, kaki ponteng kelas (mungkin nanti) dan selalu membuat rancangan mahu cabut awal ketika musim cuti raya untuk mengelakkan kesesakan lalulintas.

16 tahun. Hanya di tingkatan 4. Abah yang banyak mengatur perjalanan dan menjadi perancangnya. Asuhan pula daripada mak. Yang lain hanya diri awak yang tentukan. Makan awak. Belajar awak. Main awak. Mungkin ada sedikit terkilan dengan apa yang berlaku, akan tetapi semuanya pasti ada hikmah di sebaliknya. Awak akan percaya suatu hari nanti.

Kini saya berbangga dengan diri saya walaupun saya belajar tidak setinggi mana. Tapi saya cuba belajar mengenali dunia. Mengenali erti kehidupan. Mengerti sekeliling saya. Dan saya boleh buat mak abah saya berbangga dengan kehidupan mereka. Itu perkara pokok yang saya pegang.

Saya tahu, suatu hari nanti pasti awak akan berdikari. Berdiri di atas kaki awak sendiri. Berpegang teguh dengan kata-kata awak. Berpegang teguh dengan cara pemikiran awak. Walaupun awak selalu menjengkelkan kawan-kawan awak yang lain dengan suara nyaring awak, dengan mulut bising awak, dengan berbakul-bakul carutan yang awak lemparkan, dengan perangai kasar awak dan dengan sikap cemerkap awak yang tidak sudah-sudah.

Kamu tahu, saya sangat rindukan awak. Sangat-sangat. Cara awak bergaduh. Cara awak bertengkar. Cara awak meluahkan perkara yang awak tidak suka secara terang-terangan.
Berbeza betul dengan sekarang. Seperti saya. Seperti seorang hipokrit. Mungkin kerana zaman makin berubah dan pembawakan ke alam dewasa. Banyak yang perlu dijaga. Banyak yang perlu diambil hati.

Saya rasa sudah panjang lebar saya bercerita dan berkhabar berita kepada awak. Dan disini, saya mahu tamatkan saja dahulu surat ini. Cuma apa saya harapkan, orang yang saya sayangi sentiasa dipanjangkan umur, di curahkan rezeki kepadanya, di beri kesihatan yang baik-baik agar mereka dapat menempuhi hidup di dunia ini dengan sabar dan penuh warna warni seperti yang saya selalu impikan.

Saya harap, awak sentiasa merestui dan mendoakan saya agar melalui hari-hari akan datang dengan penuh keceriaan dan selamat saja menempuhi masa depan nanti.


Sekian. & Moga-moga kita ketemu lagi.



Yang sangat merindui awak,
Ain, 26 tahun.




Wednesday, June 24, 2009

30 jawapan untuk tag siti arfa


1. Kekasih saya adalah : Asher Roth (hopefully)


2. Saya sedang mendengar : lagu don't speak.

3. Mungkin saya patut : mencontohi sifat lemah lembut seorang wanita seperti rakan-rakan yang lain.

4. Saya baru sudah : menyiapkan lukisan yang telah di edit dengan jayanya.

5. Beza rakan, sahabat, kawan : bila mereka batul-betul menginginkannya.

6. Saya tidak faham : bahasa isyarat.

7. Saya perlu mencari : hadiah mak saya.

8. Ayat terakhir yang dikatakan kepada saya : Tolong sambungkan kertas ni.

9. Makna kehidupan : adalah sebuah lukisan yang perlu di corakkan.

10. Cinta itu adalah : saat-saat yang perlu diharungi bersama-sama ketika susah dan senang.

11. Saya paling suka : tidur dengan suasana yang sejuk diselimuti comforter yang tebal serta bantal menutupi muka.

12. Saya akan cuba : mendapatkan sepasang kaki yang langsing.

13. Mengapa rakyat Malaysia suka menggunakan LAH di akhir ayat mereka : kerana ia sesuatu yang menggambarkan kekuatan sebaris ayat.

14. Telefon bimbit saya : Dua. Tetapi line Celcom sudah tiada dalam perkhidmatan sejak bulan Mei yang lalu.

15. Katil saya : ada di kampung.

16. Soalan yang bagi saya tidak perlu ditanya : Berapi gaji kau sebulan?

17. Teknologi adalah : cabang sains yang perlu dipropagandakan.

18. Bagaimana saya boleh memasak masakan yang saya paling pandai masak : sejak latih tubi daripada umur 13 tahun.

19. Semalam : adalah hari yang membosankan.

20. Hari ini : juga pasti membosankan.

21. Malam ini saya akan : tidur cepat.

22. Esok pula saya akan : cuba mendapatkan 2 rejab setelah lupa melihat kalendar hijrah.

23. Saya betul2 inginkan : mendapat tawaran belajar secara sambilan di UTM pada semester akan datang.

24. badminton atau futsal : futsal, kerana saya boleh terajang mereka tanpa sedar.

25. Karaoke : telah dilupakan semenjak 8 bulan yang lalu.

26. Kereta : Masaot dan Mascara.

27. Bilik yang terang atau gelap : Gelap dengan sedikit kesamaran cahaya.

28. Makanan jepun adalah : untuk orang Jepun.

29. Ayat terakhir yang nak anda katakan pada seseorang : 2 tower keluar minggu ni.

30. Siapa yang anda tag:
nobody


Friday, June 19, 2009

Jumaat, minggu depan Isnin kembali

Tagged dari Puan 'Jane'.


1. Adakah anda rasa anda hot?

Tidak. Sebab saya cool orangnya.



2. Upload gambar kegemaran anda.





3. Kenapa anda suka gambar ini?

Sebab :-
1. Kawan baik perempuan saya pandai menangis rupanya.
2. Kawan baik lelaki saya ada senyuman yang manis.
3. Ada juga terselit gambar mamat yang tak dikenali yang agak tampan.



4. Bila kali terakhir makan?

10 minit yang lepas, hanya 3 keping roti gandum penuh dan semestinya pearl kacip fatimah.



5. Lagu terakhir anda dengar?

Bitter Heart by Zee Avi.





6. Apa anda sedang buat selain buat tag ini?

Menguruskan perbualan antara kawan-kawan di alam maya dan menganalisa bq lama untuk kerja mentender isnin nanti.



7. Selain nama anda, apa nama lain yang anda suka orang panggil anda?

Along. Dan sudah 26 tahun masih tetap bersama mengharungi sebuah kehidupan yang pasti.



8. Tag 5 orang.



9. Siapa nombor 1?

Bakal penuntut PhD. Dalam masa lima tahun lagi, saya kena tukar gelaran dia kepada Dr. Ilya. Seorang yang tidak pernah lokek dan pemurah dan sangat menghargai sebuah kisah cinta. Cukup sempurna bagi seorang lelaki. Semakin menarik tetapi masih mengekalkan sifat alim, sopan santun dan baik hati. Nah, apa lagi yang seorang lelaki mahukan?



10. Siapa pula nombor 2?

Kawan rapat saya. Dari tingkatan satu sehingga sekarang. Mahu juga berjumpa dengan saya ketika di JB itu hari walaupun dalam kondisi penuh urusan. Tinggi dan kurus. Suka makan tetapi tetap masih begitu saiznya. Dia juga merupakan anak angkat keluarga saya, selain Mary. Sehingga sekarang saya masih berhutang dengannya. Entah bila dia mahu dibayar?



11. Orang nombor 3 ada hubungan dengan siapa?

Dengan isterinyalah. Nasrina. Orang Klang yang bertol kesas RM6.60. Ingatkan dia akan berkahwin dengan rakan seperjuangan saya di sekolah menengah setelah kes kejadian naik pelamin zaman sekolah dulu. Rupanya tidak sampai ke acara bina masjid untuk berakad nikah. Sekarang, sedang menanti kehadiran anak sulungnya.



12. Bagaimana pula dengan nombor 4?

Dia sudah dapat poskad dari Toqreemau. Cemburu betul saya dibuatnya. Sedang praktikal di Cheras, tapi saya belum pernah berjumpanya sehingga kini. Saya meramalkan, selepas pipiyapong, dia bakal mengeluarkan buku pertamanya 2 tahun akan datang. Ha Win, lepas ni makan duit royalti saja sudahlah.



13. Katakan sesuatu tentang nombor 5.

Namanya sering kedengaran dari dulu sehingga sekarang. Sudah 13 tahun tetapi masih hangat sehingga kini. Apa petua, boleh tau mil?






Friday, June 12, 2009

belum sampai tahap men'challenge' lagi



ada suatu hari yang tak berapa lama kejadiannya. rata-rata gua ingat memori ni. tahun lepas punya cerita, masa tu si afzan pun belum pindah daripada kuala lumpur lagi.


situasi tersebut terjadi di kawasan rumah gua. hari jumaat. biasalah gua memang suka beli tiket bas pagi-pagi. kadang-kadang terdapat subuh jugaklah, tapi selalu dapat yang gajah aje. lengkap gua berdress up sedap-sedap pakai baju kurung hari jumaat kalau gua tak berjalan-jalan pergi mana. kalau ada pun jumpa pelanggan lepas sembahyang jumaat, senang gua nak cabut awal prepare beg nak pulang ke kampung nanti.


selepas gua dapat tiket bas delima (kadang-kadang gua banned maraliner sebab kejadian pernah bergaduh dengan budak kaunter tiket dulu), gua pulang menaiki transit lrt star. ke sentul timur. tempat gua pernah havoc dulu gara-gara keretapi pernah terjulur keluar dari landasan. gua naik lrt seperti biasa. walaupun badan dah berpeluh jalan huru hara sebab mahu kejar jam sembilan. kalau lambat, mahu bos gua terminate nanti. siapa nak bayar kereta gua?

sedang gua elok-elok duduk. sekali satu perempuan masuk. orang putih. tapi gua shortform kasik panggil "omputih". satu perkataan saja. senang. fizikal dia dengan gua, lebih kurang aje kalau berdiri, itu pun gua agak-agak sendiri dalam hati.

omputih tu lempar senyum kat gua. gua pun balas balik. sikit-sikit dia datang dekat gua. dalam dada gua bukan main berdebor. gua rasa kaku-kaku juga. suara abang yang pandu keretapi pun gua dah dengar sayup sayap. jauh aje rasanya. padehal gerabak gua dengan gerabak abang pandu keretapi tu cuma selang satu.

tengok-tengok, omputih tu dah terpacak berdiri dekat gua. dengan berbudi bahasa walaupun gua agak ketar-ketar, gua gagahkan diri bangun jua. gua senyum lagi. manis agaknya, gua kira.

bunyi gerabak yang melalui jalan landasan berdesir-desir melawan inersia. gua rasa tangan gua sejuk bila omputih tersebut bukak mulut. dup dap dup dap. gerak hati gua berbunyi. gua rasa gua macam tengah nak berlawan cakap dengan para interviewer lagaknya.


sekali omputih tersebut tanya gua direction,

tup tap tup tap tup tap proot preet proot preet,
gua lancar juga kasik arahan dan panduan perjalanan. dalam berbahasa inggeris.




& pada pagi tersebut,
hati gua bukan main lagi berbunga. rasa tu, macam kalah orang lain dapat bunga.



Wednesday, June 10, 2009

kata hikmah hari rabu bersamaan 16 jamadil akhir 1430



" lelaki selalu terlupa,

perempuan pun ada ego perlu nak di jaga. "


- si pencinta lelaki







Friday, June 5, 2009