Friday, February 20, 2009

NUMBE( mirror E)RS


Saya tak suka bersendirian. Lebih-lebih lagi kalau saya sangat senang dengan waktu. Maksudnya waktu tak mahu bergerak dengan laju. Sedetik-sedetik. Lambat. Saya akan rasa langsung tidak produktif. Maksudnya malas. Kemalasan akan datang bermaharajalela. Maksudnya saya akan jadi seorang yang pemalas dan serabai.


Bila satu keadaan itu berlaku, maka dapat dirungkaikan saya akan terasa kebosanan dengan mendadak. Tiada siapa-siapa dirumah ketika saya berada di rumah pangsa kami berempat atau konon-konon dikenali dengan nama pangsapuri. Atau dalam ketika, kawan-kawan rainbow saya dalam keadaan sibuk dengan ‘presentation’, sibuk dengan kursus, sibuk dengan ‘assignments’, sibuk sana, sibuk sini. Maka akan bermulalah waktu sunyi saya.


Saya tak suka dengan keadaan sunyi. Saya akan jadi sangat rasa tak berguna. (Tiba-tiba saya berimaginasi yang saya sangat takutkan keadaan hutan batu ini). Saya sendirian di kota (walaupun ada adik yang sedang mengandung di bangi yang perlukan kasih sayang saya sebagai kakak sulungnya). (Saya malas mahu memandu ke sana dan juga akan perlu pergi ke rumah mertua mereka juga). (Nanti mereka mahu carikan pasangan untuk saya secepat mungkin).

Saya benci dengan keadaan sunyi itu.


Saya akan rasa takut bila rakan-rakan serumah saya diam. Maksudnya beserta dengan saya akan rasa perlu diamkan diri supaya jangan rasa dibenci sebab sangat kepoh dan kecoh. Biasanya, saya memang banyak mulut. Macam mak-mak dalam rumah bujang tersebut. Kurang-kurang saya rasa di sayangi juga kalau ada yang melayan cakap-cakap saya. Saya benci jadi pendiam. Macam tak serupa dengan karakter saya. Kan?


Saya akan rasa takut bila kawan-kawan rainbow saya berada dalam keadaan masalah masing-masing. Masing-masing akan diamkan diri. Nanti saya akan merapu sendirian. Tak ada siapa nak dengar saya bising-bising. Mungkin sangat menjengkelkan bila saya merapu agaknya. Saya suka nak melawan cakap-cakap Pais walau ada ketikanya saya sangat tak paham dengan status dia.


Saya juga takut bila kawan-kawan petir, kilat, hujan (beserta cuaca-cuaca lain) jadi pendiam. Rasa nanti mudah nak mendengar lagu-lagu sedih. (Kan saya jiwa acoustic rock).


Saya akan cari penyelesaian. Mudah dan serta-merta.


Saya rasa, saya mahu cepat-cepat berada dengan ahli keluarga saya di kampung. Dengan adik-adik saya yang sangat ‘high maintenance’, kurang-kurang saya terhibur dengan telatah sarkas mereka. Saya boleh belasah mereka dengan suka hati dan kemudian upah mereka dengan air tebu di masjid simpang empat dan jajan-jajan yang banyak. Yang sama-sama saya turut serta dengan aktiviti itu. Nasib baik saya berjiwa riang-riang emo. Mak abah saya kadang-kadang ‘open minded’ pasal kegiatan ala-ala haram saya. Kadang-kadang suka-suka nak marah saya. Macam manapun, Saya suka juga escort mereka ke mana-mana. Tapi lebih kepada perkataan supir sebenarnya. Saya tak mahu suatu hari nanti, saya akan terkilan sebab tak merealisasikan kehendak mereka. Nampak macam derhaka pun ada. Pada saya, ada sedikit ‘fair and square’ dalam kehidupan kami anak beranak.

Dah namanya pun ∏j2D = Luas bulatan. Betul tak?

10 comments:

Ilya said...

aku ngah busy banget la ain.next week leh meronggeng ye.kau ingat lg cm ne nk kire luas bulatan.aku dh x ingat lgsg.hahaha

Rockstar said...

aku pula bzbody dengan kursus pengurusan badan..

ain fadzal said...

ilya, aku kesunyian... (ayat loser).

:)), xde hal la. tgk la nanti, lpas ni aku pun akan bz jugak.

p/s : dah ari2 aku kira luas bulatan. :))

Ilya said...

pais kuruskan badan..hahahaha...golek2 gelak

ain fadzal said...

air mineral : lepas ko dah tak bzbody, ko kena blanje aku main golf kat ukm tau.

mengilhamkan harapan, .... masa depan. (aku dah tak ingat motto ukm.) penat jek isnin lepas lalu padang ukm. :))

Rockstar said...

pi*j^2 lah.. mana ada D..

ain fadzal said...

ilya : aku x mo gelak. nanti kena marah.

pais : hah? dulu aku pakai aje. maksudnye, dulu punye citer. maskudnya aku dah lupa.

dan maksudnya aku salah ni.. huhuhuh..

aku penin~

rainz said...

hoit..pe ni? semue orang sebok kuruskan badan.. macam trend plak.. aku rase jane jek kot yang tak sebok2 nak kuruskan badan..

rainz said...

hoit..pe ni? semue orang sebok kuruskan badan.. macam trend plak.. aku rase jane jek kot yang tak sebok2 nak kuruskan badan..

ain fadzal said...

arfa : aku x sibuk nak kuruskan badan ni.

macam mana.

penat otak aku ajor jgn makan. tapi, lagi tak mahu, lagi nak makan. lagi tak mahu, lagi nak makan.

saya bencikan makanan, tapi saya cintakan makanan.