Friday, August 21, 2009

ucapan

ha! esok dah puasa!

gua nak ucapkan selamat menyambut bulan puasa. puasa jangan tak puasa. nanti tak bolih raya!

Thursday, August 20, 2009

megat aliff rifqi




fazan (gambar dia atas).


asal-asal kawan gua punya kawan. alih-alih jadik gua punya kawan. boleh dikatakan geng karib gua, selalu tolong gua time susah-susah bila mula-mula gua duduk menetap dekat kl. dia dengan sebahagian kawan-kawanan department jalanraya kat kuala lumpur dah jadi geng mancing udang kolam secara automatik.


alih-alih, dia pergi pindah kuantan, gua memang tak ada langsung jumpa dia. ye lah, tiba-tiba pindah ke sana. tak lama lepas tu, tup-tup dapat marka. dan-dan terus kawen. cilake, alih-alih tinggal gua sorang-sorang tak ada geng karib lagi dekat kl. geng mancing? yang tinggal pun cuma batang kail aje dalam bonet kereta gua sekarang.



sejak-sejak bini dia disahkan mengandung, bukan main lagi dia ajak gua berborak dalam ym.

barang baby. baju baby. nama baby pun dia mintak gua cadangkan. nama keturunan wajib ada. banyak juga. ada yang nampak janggal kalau gua gabungkan tiga-tiga patah perkataan tu.


masa gua pergi kuantan itu hari, ada juga cuba roger dia. alih-alih dua-dua nombor semua masuk voicemail. buat habis kredit gua aje. dah la gua pakai nombor maxis. tapi, gua syak bini dia sudah due itu hari. gua buat-buat sabar ajelah.




tak berapa lama, gua dapat sms inform pasal bini dia sudah beranak. 3.48kg. semangat jugalah untuk baby. anak buah gua hari tu pun baru 2.5kg. tapi kalau anak geng gua ni nak compete dengan erra fazira, menang besar lagi anak dara si erra fazira tu. 4 kilo!


baru tadi gua tahu nama baby ni, megat aliff rifqi. salah satu nama yang gua bagi option kat geng gua itu hari. hensem juga nama tu. wah! kreatif la juga rupanya kepala otak gua ni.

(sorry, gua perasan! hikhikhik~
)

Thursday, August 13, 2009

hari perempuan-perempuan selatan dan sentral



ke pantai laut cina selatan pula tujuan kami pada hujung minggu yang lepas.

berseronok-seronok bersama rakan-rakan yang lain. lala, mary dan norli. cherating destinasi gua selepas berjimba-jimba di melaka itu hari.



malaslah nak cerita, gua tayang gambar aje kali ini.



pergi cari lauk basah sampai kemaman, terengganu.




cherating! cherating!



laut jauh sebatu.



malam ber'bbq'.



anak penyu bertali pusat - info



baru 3 hari menetas.



hari balik ke lubuk masing-masing


kedai yang tak mesra alam. (tak yah pi).



TC. teluk cempedak.



Tuesday, August 4, 2009

gua nak menang RM1 juta!



7 perkara yang perlu kita risau apabila anda terpilih memasuki mana-mana rancangan televisyen :-

1. anda sebenarnya tidak akan di make up kan kerana kredibiliti anda hanyalah sebagai pemenang dan bukannya hos yang perlu di solek 4 inci.

2. tubuh badan anda dilihat akan menjadi 50% daripada yang sekarang apabila anda muncul di kaca tv.



3. tiada skrip di berikan. maka, anda perlu peka kepada pertanyaan. jika perlu, katakan CUT!!! kepada pengarah rancangan anda jika anda tidak yakin dengan jawapan yang diberikan. anda boleh re-shoot semula.

4. sebenarnya anda tidak akan di layan dengan begitu terperinci. yang anda perlukan cuma sedikit permulaan perbualan terhadap rakan-rakan anda yang lain.

5. pastikan anda tidak selsema apabila mahu muncul di hadapan kamera. berikutan kepada abang props yang akan memakaikan mikrofon di badan anda.

6. studio sebenarnya adalah satu kawasan yang kecil. begitu juga konti. kalau ramai-ramai dah macam ikan sardin rupanya.



7. anda perlu buat-buat ramah walaupun salah orang.
sorry fedtri sebab gua panggil lu adi. gua gementar sebenarnya.






p/s : akak senior gua kata, lepas fahrin ahmad dengan rahim in-team gua merupakan orang ke-3 yang masuk tv.

show pada 12hb 6.00 petang 12hb ogos. gambar pulak masuk mingguan wanita minggu depan. ahai~

lepas ni gua terasa nak masuk gadis melayu pulak. boleh ke?