Tuesday, December 8, 2009

ciri lelaki idaman - salah satu



Salah satu ciri lelaki idaman saya adalah seorang lelaki yang berasal daripada kampung.


Seorang anak kampung biasanya tahu erti susah senang sebuah kehidupan. Turun naik sebuah kehidupan. Teratur dan tertunggang balik sebuah kehidupan. Mencari kesenangan dalam kepayahan.


Dan betapa realistiknya sebuah kehidupan.


Susah sebenarnya bagi saya mahu berfantasi seperti sebuah kisah dongeng. Berambut panjang mengurai-ngurai, bertubuh langsing ala-ala maria ozawa, memakai dress cantik yang beharga beribu-ribu ringgit, pandai menyanyi lagu-lagu seperti siti nurhaliza yang lemah lembut serta mendayu-dayu, berpekerti sopan santun depan mata semua dan berjalan dengan penuh lemah gemalai. Dan sebuah senyuman yang mengujakan. Nah! Ini semua seperti apa yang lelaki impikan.


Hendak-hendak seperti zaman sekarang, statistik mengatakan perempuan lebih banyak daripada lelaki. Mahu-mahu pula kebanyakan lelaki sekarang pula adalah berorientasikan homoseksual. Mana tak ramainya lelaki berkahwin lebih daripada satu, cabarannya pun sudah nampak di situ. Kata saja kita dambakan cinta nur amina pada adam, tapi berapa ramai saja yang mampu mahu aplikasikan kisah seperti mereka itu? Keluar dari bangunan pun sanggup saja berhujan panas, inikan pula mahu dapat payung emas.



Seorang anak kampung biasanya sayangkan keluarganya. Sayangkan perkara-perkara yang pernah jadi miliknya. Walaupun, depan matanya selalu seperti endah tak endah. Buat tak tahu menahu. Tidak kira baik buruknya sesuatu itu. Saya tak mahu rampas perkara-perkara yang pernah jadi miliknya. Entah macammana, mahu juga jadi sebahagian daripada itu.