Monday, December 7, 2009

baru sedar sebenarnya, aku masih ada kawan rapat perempuan. cuma tak ramai.



baru sedar sebenarnya, aku masih ada kawan rapat perempuan. cuma tak ramai. sebab aku tahu, tak ramai tahan dengan kelaku aku. kasar dan sangat gila-gila. aku yang kadang-kadang boleh buat mereka pelik. macam aku kadang-kadang pelik tengok kelaku mereka.



baru sedar sebenarnya, aku masih ada kawan rapat perempuan. cuma tak ramai. macam tu juga kawan rapat lelaki. sudah tak ramai sebenarnya kerana masing-masing ada komitmen yang nak di jaga dan di pelihara. hal kerja. hal hubungan. cuma selalu juga sibuk-sibuk volunteer untuk dengar permasalahan kawan. kurang-kurang jadi teman luahan hati.



baru sedar sebenarnya, aku masih ada kawan rapat perempuan. cuma tak ramai. boleh di bilang dengan jari tangan juga jari kaki. macam tu juga kawan rapat lelaki. boleh di bilang dengan jari tangan juga jari kaki.



baru sedar sebenarnya, aku masih ada kawan rapat perempuan. cuma tak ramai. yang boleh teman aku jogging hari-hari dekat taman tasik titiwangsa. setiap hari. dulu aku ada soraya. sekarang aku ada ilya pada hari waktu kerja. juga aku ada lala pada hujung minggu. tapi kalau tak ada teman, aku kena tebalkan muka jogging secara perseorangan dan juga buat gaya garang.



baru sedar sebenarnya, aku masih ada kawan rapat perempuan. cuma tak ramai. yang boleh main-main bunga api dekat taman permainanan. yang boleh pasangkan contact lens pada kedua belah mata. yang boleh makan banyak-banyak makanan manis yang boleh buat kencing manis. yang boleh mandi air terjun dan menggelongsor pada batu licin. yang boleh main bowling tapi memanjang asyik masuk longkang. yang boleh tengok wayang cerita dan bising-bising satu barisan. yang boleh jalan-jalan sambil lewa tapi secara tiba-tiba nak camwhore sama-sama.



baru sedar sebenarnya, aku masih ada kawan rapat perempuan. cuma tak ramai.





ah! realistiknya hidup!




2 comments:

Anonymous said...

biaselew tue...

kdg2 kite x sedar yg kite ade kawan yg ramai sebenarnyew...

so, brkawan lew!!!

(>_<)V said...

ahhahaahaha..ayuh berjoging menguruskan %#$& ..