Tuesday, November 1, 2011

Hujan November di petang hari


Kehadapan November,

Sebenarnya terlalu banyak mahu saya bercerita. Bagaimana gembiranya hati saya. Bagaimana bahagianya hati saya. Bagaimana sedihnya hati saya. Bagaimana pelbagai perasaan menguasai hati saya. Dan ya, saya masih orang yang sama.

Saya fikir, saya sudah cukup matang mahu hadapi dunia.

Tapi saya silap. Dunia ini terlalu besar untuk dijelajahi. Dicerobohi. Diselongkari. Dan saya masih naif dengan hakikat dunia. Dengan hakikat kehidupan. Dan saya masih tetap lemah sebenarnya.

Saya harap November, awak temani saya. Untuk saya harungi dunia ini. Untuk saya yakin dengan diri saya. Jauhkan sifat takut yang sia-sia. Jauhkan juga mimpi-mimpi buruk. Kuatkan semangat saya, jiwa saya, kentalkan hati saya untuk bersama orang saya cintai, sayangi, kasihi dan yang sentiasa dirindui dalam hidup saya ini. Saya mahu pelangi mewarnai hidup mereka. Tenangkan diri mereka. Jauhkan kesusahan dari diri mereka. Itu doa saya sentiasa.




3 comments:

.Najihah A. said...

Bukan Ain Fadzal orang yang tak pernah takut ke dari dulu? :)

Jangan risau, DIA sentiasa ada dengan kita, selagi kita tak lupa DIA :)

Gud luck!!

ain fadzal said...

terus tergenang airmata sbb jiha ckp mcm tu. =')

TambahKetinggian.com said...

Alat Menambah Ketingggian
yang berkesan. 3cm-9cm dalam hanya 90 hari. Jaminan Wang Dikembalikan. Hanya di
TambahKetinggian.com.
Penghantaran PERCUMA ke seluruh Malaysia. Beli yang original dengan
TambahKetinggian.com