Thursday, September 10, 2009

44 yang kita patut tahu

masyarakat melayu kebiasaannya di dedahkan dengan adat resam dan budaya zaman dahulu yang masih bertakuk kukuh kepada sesetengah jiwa yang masih utuh kedudukannya.

begitulah angka 44 yang selalu menjadi sebutan di kalangan orang melayu.


44 yang biasa kedengaran di kalangan para melayuan adalah :-



1. simpang malaikat 44.

di sini perkataan di sebut sebagai perumpamaan.

sebagai contohnya kawan saya berkata : simpang malaikat 44 lah kalau aku nak berkahwin dengan ain. bukan tahu masak pun.

*ain itu bolehlah dirujuk kepada saya.

ia bukanlah sesuatu yang baik jika kita bertemu dengan orang yang mengucapkan perkataan/perumpamaan tersebut lebih-lebih lagi perkara tersebut berkenaan diri kita. oleh itu, sila jauhkan diri daripada mereka. al maklumlah diri mereka itu sangat sempurna.



2. berpantang 44 hari.


ayat ini digunakan secara terus dari mulut-mulut mak bidan.

sebagai contohnya : kau jangan lupa nak, berpantang bersalin ni kenalah cukupkan 44 hari. jangan kau pakai henyak pula. masa berpantanglah nilah kau kena jaga tubuh badan kau.

kebiasaannya pada mulut-mulut bidan kampung yang masih mengamalkan adat berpantang tersebut. ikut pesanan bidan bandar, 3 hari boleh lunch secara drive thru di mc'donald jalan pahang. pandu sendiri lagi okeh.



3. kenaikan pangkat ke gred 44.

untuk para graduan yang memiliki ijazah kehormat atau tidak, mereka berpeluag memulakan karier bermula dari 41 dan kemudiannya akan di nilai melalui peperiksaan PTK untuk kenaikan pangkat ke sehingga ke 44 dan seterusnya.

salah seorang rakan saya yang bekerja di INTAN telah mendapat kenaikan hingga ke M44 tahun lepas. terima kasih kepada beliau kerana rajin juga membelanja saya pada tahun lepas.

jika anda mempunyai rakan yang bertitlekan 44, jangan sesekali berani melawak secara terus dengan mereka kerana kebarangkaliannya beliau mungkin boleh membuka pekung di dada anda secara terus juga.



sekian saja entry berkenaan angka 44 yang saya tulis tanpa rujukan mana-mana buku rujukan hardcopy mahupun softcopy.


11 comments:

Anonymous said...

contoh pekung yang dibuka oleh beliau adalah _________________

apa?

ain fadzal said...

mana aku tahu... x pnah kena lagi. :))

Anonymous said...

abes tu mana ko dpt sumber yg ckp dia buka pekung di dada org secara terus?

ain fadzal said...

melalui pemerhatian. :))

rainz said...

pat pat siku lipat.. sape cepat dia dapat...

ain fadzal said...

tahniah cik arfa kerana berjaya memenangi piala tersebut. ;))

Rockstar said...

DG tu utk cikgu.
DS utk lecturer.

ikut gred mana perlu. cth;
Q41 - degree
Q43 - master

study dulu yer cik..

kepada mereka yg gred 1 - 40,
ada habuan 500 kata najib semalam..

Rockstar said...

dan takde maknanya gred DG44 kerja kat intan.

sekAin..

ain fadzal said...

baiklah en. adobe. terima kasih untuk info tersebut.

p/s : takziah kerana tidak mndpt wang saguhati yer.

Ilya said...

aku x de gred..huhuhu

ain fadzal said...

ala ilya. aku pun.