7 perkara yang perlu kita risau apabila anda terpilih memasuki mana-mana rancangan televisyen :-
1. anda sebenarnya tidak akan di make up kan kerana kredibiliti anda hanyalah sebagai pemenang dan bukannya hos yang perlu di solek 4 inci.
2. tubuh badan anda dilihat akan menjadi 50% daripada yang sekarang apabila anda muncul di kaca tv.
3. tiada skrip di berikan. maka, anda perlu peka kepada pertanyaan. jika perlu, katakan CUT!!! kepada pengarah rancangan anda jika anda tidak yakin dengan jawapan yang diberikan. anda boleh re-shoot semula.
4. sebenarnya anda tidak akan di layan dengan begitu terperinci. yang anda perlukan cuma sedikit permulaan perbualan terhadap rakan-rakan anda yang lain.
5. pastikan anda tidak selsema apabila mahu muncul di hadapan kamera. berikutan kepada abang props yang akan memakaikan mikrofon di badan anda.
6. studio sebenarnya adalah satu kawasan yang kecil. begitu juga konti. kalau ramai-ramai dah macam ikan sardin rupanya.
7. anda perlu buat-buat ramah walaupun salah orang. sorry fedtri sebab gua panggil lu adi. gua gementar sebenarnya.
p/s : akak senior gua kata, lepas fahrin ahmad dengan rahim in-team gua merupakan orang ke-3 yang masuk tv.
show pada 12hb 6.00 petang 12hb ogos. gambar pulak masuk mingguan wanita minggu depan. ahai~
lepas ni gua terasa nak masuk gadis melayu pulak. boleh ke?
ini kali ke-2 gua menang cabutan bertuah untuk power root. kalau tak caya, klik kat gambar kasi besar.
hari isnin ini gua terpaksa cuti, al maklumlah baru mula nak jadi artis. perlu mula belajar shooting-shooting lagi. nak senyum pun takut terketar-ketar. kau orang doa-doa gua jadi glemer sudahlah. boleh juga gua buat kenduri kuih lepas ni.
p/s : ada kiriman salam untuk duta-duta power root silalah berhubungi untuk berurusan dengan gua.
secara umumnya ia merupakan dalam kelompok negeri-negeri kecil di malaysia.
*****
negeri melaka boleh dijadikan percutian paling bermakna, kerana :-
1. kebanyakkan tempat bersejarah dan warisan dunia berada di sini. contoh peninggalan terbaru merupakan artifak/kubu orang inggeris yang terdapat di sekitar bukit st. sthadyus (kota merah). hanya muzium atau tempat pameran yang mengenakan yuran masuk, selainnya percuma.
2. ada bot persiaran yang menyusuri sungai melaka. tiketnya sekarang sudah menjadi rm10, jika dulunya hanya rm5 sahaja. rumah-rumah melaka, jambatan-jambatan kecil yang menghubungkan antara jalan-jalan di bandar, air pancut, tempat bersiar-siar pejalan kaki dan taman hiburan kecil untuk warga tempatan rakyat negeri melaka.
3. selain dari jejakan bersejarah, melaka juga terkenal dengan makanan laut. contohnya di perkampungan muara sungai duyong. selain makanan yang dikatakan agak sedap, ia juga sangat murah. selain ikan siakap di masak 2 bahagian, ikan pari, ketam, pepahat, sotong, kailan cuma berharga rm132.
4. selepas menikmati makanan pada malam hujung minggu, pelan seterusnya semestinya pergi bersuka ria di tempat-tempat hiburan tempatan yang biasa. untukmenonton wayang filem tempatan arahan profesor razak moheiden, anda tidak perlu rasa kecewa dengan jalan cerita tersebut. ia cuma beharga rm7 sahaja.
perempuan, mula-mula dapat memang jadi madu, dan bila sudah simpan lama boleh jadi racun.
- dasar pandangan lelaki yang kecewa
*****
pada awal minggu ini, saya pergi dipertemuduga. antara dua negeri wilayah persekutuan kuala lumpur dan melaka. negeri sembilan di tengah-tengah. lokasinya di seremban 2. tapi saya tahu, masih tidak nampak sebarang logiknya saya ke seremban. melaka atau kuala lumpur. saya masih bercelaru. tapi saya berupaya memandu. setengah saja perjalanan dari alor gajah ke kuala lumpur. ringkasnya, kacang saja.
saya mahu tampak formal. bersuit seluar hitam, bertudung, berbeg tangan dan berkasut secara totalnya warna coklat gelap. saya cepat setengah jam dari masa yang telah di aturkan. longlai saya menaiki tangga ke pejabat penemuduga. sebab masih tidak fikir logiknya saya ke seremban. saya masih bercelaru. tol lebuhraya 6.40 ringgit malaysia. setengah kosnya dari alor gajah ke kuala lumpur.
saya daki tangga. buka kasut. buka pintu pejabat. saya lemparkan senyuman yang tak pasti ke mana hala tujunya. depan mata saya, ada 3 orang wanita dan 3 orang lelaki. kebanyakannya pada pertengahan umur. setiausaha bos besar hulurkan borang permohonan kerja kepada saya. saya ambil dan cari tempat duduk. sebab masih tidak rasa logiknya saya ke seremban. saya masih bercelaru. tapi saya isi borang kosong di hadapan mata saya. sejujur-jujurnya, saya tidak nampak langsung bayangan nakal saya di situ. yang ada mungkin hanya kerjaya yang belum mampu saya tanggung.
selesai saja tugas saya mengisi borang tersebut, saya angkat lemah muka saya menuju ke bilik pengarah urusan. kemudian masuk seorang lelaki yang duduk di sebelah saya tadi. dia tersenyum, mungkin dia cuba membalas senyuman yang saya lemparkan apabila mula-mula masuk ke pejabat tadi. saya diam mengambil nafas. secara teratur. sebab masih tidak mungkin ada logiknya saya ke seremban. saya masih bercelaru. kembali tenang dan berlagak setenang yang mungkin. saya hulurkan borang permohonan, resume dan fail sijil saya di hadapan mereka. saya tersenyum sebaik yang mungkin kerana saya masih belum yakin.
sedang dalam proses dipertemuduga oleh mereka berdua, saya cuba kumpul ketenangan dan semangat yang saya lempar entah di kaki tangga tadi. saya dongakkan muka. tegakkan kedudukan dan cuba berbual secara formal. mungkin saya sudah biasa beramah tamah di dalam apa jua keadaan, saya bisa bertemuduga. di situ saya nampak logiknya bakal pekerja dan bakal bos berbual tentang bakal kerja yang akan di terima-di tawarkan. mereka kata saya tenang. mereka kata saya cerewet. mereka kata saya teliti. sebab masih tiada gesa di mana ada logiknya saya ke seremban. saya masih bercelaru. secara amnya, saya berbual formal dengan mereka berdua. mereka berdua berbual secara tidak formal dengan saya. secara khasnya, mereka kenal pelanggan saya. dan saya menguruskan kerja-kerja pelanggan saya dan lebih tepat rupa-rupanya mereka dan pelanggan masing-masing ada kerjasama diantara kedua-dua pihak. dan secara linearnya, saya mengenali mereka dalam suasana formal dan bukannya di kafe kopi bertaraf 3 atau 4 bintang.
secara keseluruhannya, mereka kata mereka nampak kualiti yang ada pada diri saya. tenang, cerewet, teliti. katanya, kualiti yang ada sesetengah lelaki tidak boleh lawan saya. yang menjadi permasalahannya, cuma aspek teknikal.
saya sedar. saya faham. sebenarnya, saya datang tanpa berjuang. saya datang tanpa logika. saya datang dengan mental dan jiwa yang bercelaru.
nah! ini yang buat saya takut! saya takut saya tak cukup cool lagi untuk mengaburi pandangan semua orang terhadap saya.
sabah. ya, saya pernah ke sana. beberapa bulan yang lepas. hanya beberapa daerah saja saya berupaya untuk jejaki. sabah besar. selebihnya, tunggulah saja pada masa akan datang. mana tahu, ada rezeki tersangkut lain kali.
salah satu aktiviti yang sempat saya buat adalah membeli belah. di pasar tamu. selain daripada pokok kaktus yang saya hadiahkan kepada tuan rumah yang kami tumpang selama 3 malam, saya juga berjaya memperolehi sebiji bola kristal sebesar tapak tangan. buat kenang-kenangan.
selain daripada hasil pembelian bola kristal tersebut, saya juga menjejaki sebuah kedai yang di penuhi dengan hasil tanaman kering untuk di gunakan sebagai ubat-ubatan. ubat selsema, ubat demam, ubat sakit kepala dan juga ubat kuat. tujuan utama saya adalah melihat gambir dengan secara lebih dekat. dengar kata orang-orang tua, boleh buat ubat sakit gigi. al maklumlah, di semenanjung di jual secara sorok-sorok mengikut tempahan.
ikut hati saya, mahu juga cari ubat sakit gigi. sekilo pun boleh. tapi, puas juga pakcik tersebut mengetawakan saya. pelan-pelan beliau buka cerita. a sampai ke z. memang lama saya di kedai tersebut. cuba mendalami cerita pakcik tersebut.
kini, saya boleh dikatakan agak memahami itu, ini mengenai nilai perubatan tradisional mereka. tak sangka, saya juga ada kawan yang berminat dalam ilmu tersebut.
ye jane. percayalah yang saya sedang cuba mempercayai anda.
saya cakap pada emak, saya mahu pergi backpack. jalan-jalan hanya dengan beg galas sahaja. mungkin secara solo. kalau berteman pun mungkin seorang. kawan saya, mary. mak saya setuju. tapi dengan syarat, kalau boleh pergi jengah rumah saudara mara saya.
saya cakap, saya mahu pergi backpack. semenanjung dulu. bajet terhad. dan mahu menghayati keadaan persekitaran sekeliling saya, menaiki kenderaan awam. kalau ada sesiapa yang mengenali saya, jangan jemput saya datang ke rumah.
saya luahkan suara hati saya lagi. saya kata saya mahu potong rambut pendek. lagipun, saya dah rasa bosan dengan potongan rambut sekarang.
senget/serong. tapi mak saya suka. makcik-makcik belah abah saya pun suka. mereka kata saya nampak muda. kalau diatur-atur kedudukan kami adik beradik. saya jatuh nombor 3. alamak! saya sangat muda. baru mahu masuk 22 tahun. terasa manisnya 21 tahun tersebut. muda remaja.
saya sudah minat dengan satu potongan rambut. baru malam tadi menontonnya. di shear genius 2.
Nur Ain Fadzal Pejabat tingkat 6 Menara di Segambut Kuala Lumpur
30hb Jun 2009
Assalamualaikum. Kehadapan Ain 16 tahun yang sentiasa ada dalam ingatan, Sudah lama rasanya tidak berutus khabar berita di antara kita. Mungkin awak tidak pernah merindukan saya sebagaimana saya yang sangat merindukan awak.
Ain di tingkatan 4 di SMKAS. Tempat saya menghabiskan masa. Ya, 5 tahun di SMKAS adalah masa yang amat singkat apabila umur saya semakin menginjak dewasa. Bercermin mata, bertudung paras siku, berkasut saiz 9, bermulut lancang, kaki ponteng kelas dan selalu membuat rancangan bersama Ujie mahu cabut awal ketika cuti bulanan menjelang tiba.
Hari ini, cuaca di pejabat saya sangat panas. Harap-harap hujan akan turun sebelum saya keluar malam nanti untuk menonton filem kesukaan saya, Transformers. Konon-konon juga saya mahu berpuasa sunat Rejab hari ini, tapi apakan daya emosi saya tidak berapa stabil apabila mengenangkan kembali komen pedas daripada manusia yang tidak mahu dikenali identitinya. Mungkin dia bersifat bacul seperti apa ada pada dirinya.
Sudah 10 tahun saya meninggalkan 16 tahun yang lalu. Dulu, saya selalu fikir hidup ini sangat mudah. Seperti apa yang kita harapkan. Seperti apa yang kita bayangkan. Seperti apa yang kita cita-citakan. Bila saya semakin dewasa, saya mula ubah cara fikiran saya. Komitmen dan tanggungjawab sentiasa ada di bahu saya. Kepada keluarga saya. Kepada diri saya. Buat sementara ini, cukuplah sekadar datangnya kasih sayang daripada keluarga saya. Mak abah saya, nenek atuk saya, makcik pakcik saya, adik-adik saya, saudara mara saya, dan paling terkini anak adik saya merangkap anak buah baru saya. Keluarga saya semakin besar dan saya harap, hubungan kami semakin erat pada masa kini dan akan datang.
Tidak banyak bezanya antara kita walaupun berbeza 10 tahun. Masih seperti dahulu. Bercermin mata, bertudung juga ke pejabat dan yang sewaktu dengannya, berkasut saiz 9, bermulut lancang, kaki ponteng kelas (mungkin nanti) dan selalu membuat rancangan mahu cabut awal ketika musim cuti raya untuk mengelakkan kesesakan lalulintas.
16 tahun. Hanya di tingkatan 4. Abah yang banyak mengatur perjalanan dan menjadi perancangnya. Asuhan pula daripada mak. Yang lain hanya diri awak yang tentukan. Makan awak. Belajar awak. Main awak. Mungkin ada sedikit terkilan dengan apa yang berlaku, akan tetapi semuanya pasti ada hikmah di sebaliknya. Awak akan percaya suatu hari nanti.
Kini saya berbangga dengan diri saya walaupun saya belajar tidak setinggi mana. Tapi saya cuba belajar mengenali dunia. Mengenali erti kehidupan. Mengerti sekeliling saya. Dan saya boleh buat mak abah saya berbangga dengan kehidupan mereka. Itu perkara pokok yang saya pegang.
Saya tahu, suatu hari nanti pasti awak akan berdikari. Berdiri di atas kaki awak sendiri. Berpegang teguh dengan kata-kata awak. Berpegang teguh dengan cara pemikiran awak. Walaupun awak selalu menjengkelkan kawan-kawan awak yang lain dengan suara nyaring awak, dengan mulut bising awak, dengan berbakul-bakul carutan yang awak lemparkan, dengan perangai kasar awak dan dengan sikap cemerkap awak yang tidak sudah-sudah.
Kamu tahu, saya sangat rindukan awak. Sangat-sangat. Cara awak bergaduh. Cara awak bertengkar. Cara awak meluahkan perkara yang awak tidak suka secara terang-terangan. Berbeza betul dengan sekarang. Seperti saya. Seperti seorang hipokrit. Mungkin kerana zaman makin berubah dan pembawakan ke alam dewasa. Banyak yang perlu dijaga. Banyak yang perlu diambil hati.
Saya rasa sudah panjang lebar saya bercerita dan berkhabar berita kepada awak. Dan disini, saya mahu tamatkan saja dahulu surat ini. Cuma apa saya harapkan, orang yang saya sayangi sentiasa dipanjangkan umur, di curahkan rezeki kepadanya, di beri kesihatan yang baik-baik agar mereka dapat menempuhi hidup di dunia ini dengan sabar dan penuh warna warni seperti yang saya selalu impikan.
Saya harap, awak sentiasa merestui dan mendoakan saya agar melalui hari-hari akan datang dengan penuh keceriaan dan selamat saja menempuhi masa depan nanti.
3. Mungkin saya patut : mencontohi sifat lemah lembut seorang wanita seperti rakan-rakan yang lain.
4. Saya baru sudah : menyiapkan lukisan yang telah di edit dengan jayanya.
5. Beza rakan, sahabat, kawan : bila mereka batul-betul menginginkannya.
6. Saya tidak faham : bahasa isyarat.
7. Saya perlu mencari : hadiah mak saya.
8. Ayat terakhir yang dikatakan kepada saya : Tolong sambungkan kertas ni.
9. Makna kehidupan : adalah sebuah lukisan yang perlu di corakkan.
10. Cinta itu adalah : saat-saat yang perlu diharungi bersama-sama ketika susah dan senang.
11. Saya paling suka : tidur dengan suasana yang sejuk diselimuti comforter yang tebal serta bantal menutupi muka.
12. Saya akan cuba : mendapatkan sepasang kaki yang langsing.
13. Mengapa rakyat Malaysia suka menggunakan LAH di akhir ayat mereka : kerana ia sesuatu yang menggambarkan kekuatan sebaris ayat. 14. Telefon bimbit saya : Dua. Tetapi line Celcom sudah tiada dalam perkhidmatan sejak bulan Mei yang lalu.
15. Katil saya : ada di kampung.
16. Soalan yang bagi saya tidak perlu ditanya : Berapi gaji kau sebulan?
17. Teknologi adalah : cabang sains yang perlu dipropagandakan.
18. Bagaimana saya boleh memasak masakan yang saya paling pandai masak : sejak latih tubi daripada umur 13 tahun. 19. Semalam : adalah hari yang membosankan.
20. Hari ini : juga pasti membosankan.
21. Malam ini saya akan : tidur cepat.
22. Esok pula saya akan : cuba mendapatkan 2 rejab setelah lupa melihat kalendar hijrah.
23. Saya betul2 inginkan : mendapat tawaran belajar secara sambilan di UTM pada semester akan datang.
24. badminton atau futsal : futsal, kerana saya boleh terajang mereka tanpa sedar.
25. Karaoke : telah dilupakan semenjak 8 bulan yang lalu.
26. Kereta : Masaot dan Mascara.
27. Bilik yang terang atau gelap : Gelap dengan sedikit kesamaran cahaya.
28. Makanan jepun adalah : untuk orang Jepun.
29. Ayat terakhir yang nak anda katakan pada seseorang : 2 tower keluar minggu ni.
Sebab :- 1. Kawan baik perempuan saya pandai menangis rupanya. 2. Kawan baik lelaki saya ada senyuman yang manis. 3. Ada juga terselit gambar mamat yang tak dikenali yang agak tampan.
4. Bila kali terakhir makan?
10 minit yang lepas, hanya 3 keping roti gandum penuh dan semestinya pearl kacip fatimah.
5. Lagu terakhir anda dengar?
Bitter Heart by Zee Avi.
6. Apa anda sedang buat selain buat tag ini?
Menguruskan perbualan antara kawan-kawan di alam maya dan menganalisa bq lama untuk kerja mentender isnin nanti.
7. Selain nama anda, apa nama lain yang anda suka orang panggil anda?
Along. Dan sudah 26 tahun masih tetap bersama mengharungi sebuah kehidupan yang pasti.
Bakal penuntut PhD. Dalam masa lima tahun lagi, saya kena tukar gelaran dia kepada Dr. Ilya. Seorang yang tidak pernah lokek dan pemurah dan sangat menghargai sebuah kisah cinta. Cukup sempurna bagi seorang lelaki. Semakin menarik tetapi masih mengekalkan sifat alim, sopan santun dan baik hati. Nah, apa lagi yang seorang lelaki mahukan?
10. Siapa pula nombor 2?
Kawan rapat saya. Dari tingkatan satu sehingga sekarang. Mahu juga berjumpa dengan saya ketika di JB itu hari walaupun dalam kondisi penuh urusan. Tinggi dan kurus. Suka makan tetapi tetap masih begitu saiznya. Dia juga merupakan anak angkat keluarga saya, selain Mary. Sehingga sekarang saya masih berhutang dengannya. Entah bila dia mahu dibayar?
11. Orang nombor 3 ada hubungan dengan siapa?
Dengan isterinyalah. Nasrina. Orang Klang yang bertol kesas RM6.60. Ingatkan dia akan berkahwin dengan rakan seperjuangan saya di sekolah menengah setelah kes kejadian naik pelamin zaman sekolah dulu. Rupanya tidak sampai ke acara bina masjid untuk berakad nikah. Sekarang, sedang menanti kehadiran anak sulungnya.
12. Bagaimana pula dengan nombor 4?
Dia sudah dapat poskad dari Toqreemau. Cemburu betul saya dibuatnya. Sedang praktikal di Cheras, tapi saya belum pernah berjumpanya sehingga kini. Saya meramalkan, selepas pipiyapong, dia bakal mengeluarkan buku pertamanya 2 tahun akan datang. Ha Win, lepas ni makan duit royalti saja sudahlah.
13. Katakan sesuatu tentang nombor 5.
Namanya sering kedengaran dari dulu sehingga sekarang. Sudah 13 tahun tetapi masih hangat sehingga kini. Apa petua, boleh tau mil?
ada suatu hari yang tak berapa lama kejadiannya. rata-rata gua ingat memori ni. tahun lepas punya cerita, masa tu si afzan pun belum pindah daripada kuala lumpur lagi.
situasi tersebut terjadi di kawasan rumah gua. hari jumaat. biasalah gua memang suka beli tiket bas pagi-pagi. kadang-kadang terdapat subuh jugaklah, tapi selalu dapat yang gajah aje. lengkap gua berdress up sedap-sedap pakai baju kurung hari jumaat kalau gua tak berjalan-jalan pergi mana. kalau ada pun jumpa pelanggan lepas sembahyang jumaat, senang gua nak cabut awal prepare beg nak pulang ke kampung nanti.
selepas gua dapat tiket bas delima (kadang-kadang gua banned maraliner sebab kejadian pernah bergaduh dengan budak kaunter tiket dulu), gua pulang menaiki transit lrt star. ke sentul timur. tempat gua pernah havoc dulu gara-gara keretapi pernah terjulur keluar dari landasan. gua naik lrt seperti biasa. walaupun badan dah berpeluh jalan huru hara sebab mahu kejar jam sembilan. kalau lambat, mahu bos gua terminate nanti. siapa nak bayar kereta gua?
sedang gua elok-elok duduk. sekali satu perempuan masuk. orang putih. tapi gua shortform kasik panggil "omputih". satu perkataan saja. senang. fizikal dia dengan gua, lebih kurang aje kalau berdiri, itu pun gua agak-agak sendiri dalam hati.
omputih tu lempar senyum kat gua. gua pun balas balik. sikit-sikit dia datang dekat gua. dalam dada gua bukan main berdebor. gua rasa kaku-kaku juga. suara abang yang pandu keretapi pun gua dah dengar sayup sayap. jauh aje rasanya. padehal gerabak gua dengan gerabak abang pandu keretapi tu cuma selang satu.
tengok-tengok, omputih tu dah terpacak berdiri dekat gua. dengan berbudi bahasa walaupun gua agak ketar-ketar, gua gagahkan diri bangun jua. gua senyum lagi. manis agaknya, gua kira.
bunyi gerabak yang melalui jalan landasan berdesir-desir melawan inersia. gua rasa tangan gua sejuk bila omputih tersebut bukak mulut. dup dap dup dap. gerak hati gua berbunyi. gua rasa gua macam tengah nak berlawan cakap dengan para interviewer lagaknya.
sekali omputih tersebut tanya gua direction,
tup tap tup tap tup tap proot preet proot preet, gua lancar juga kasik arahan dan panduan perjalanan. dalam berbahasa inggeris.
& pada pagi tersebut, hati gua bukan main lagi berbunga. rasa tu, macam kalah orang lain dapat bunga.