Tuesday, July 27, 2010

Rambutan Gading kepunyaan siapa?


Berambut lebat, bulat-bulat panjang sedikit, berkulit nipis, berisi kenyal-kenyal lembut lembut dan rangup, berbiji keras. Dan tak lupa, warnanya kuning-kuning keorenan.

Dan berdoa musim itu tidak hilang sekelip mata. Dengan keadaan tergantung. Masih tergantung.

Terhuyung-hayang, terkapai-kapai di buai angin panas, sejuknya hujan, gemuruh bunyinya dentuman guruh dan lajunya kilat sambar-menyambar.

Di pohon yang kelilingnya, cuma semak samun. Yang bisa mengundang mala petaka.

Mungkin sebab kedegilannya, yang buat ia masih tergantung.

Di situ. Menunggu sesuatu yang tak pasti. Mana arahnya nanti.



*****



Cerita lain.


Kuala Lumpur

Di hujung kesibukan laluan menuju ke luar kota. Dia masih di situ, dengan egonya sendiri. Kaku dengan emosinya sendiri. Yang ada cuma resah erti sebuah kerinduan. Yang tak berbelah bagi. Yang bisa bikin banjir besar secara tiba-tiba. Datangnya sebuah mala petaka.

Dia. Selalu sedar diri. Sibuk dengan prinsip yang manusia-manusia tidak mahu pakai lagi. Sudah lapuk. Sudah lama. Bila-bila saja mungkin di telan zaman. Tapi, dia sibuk dengan prinsip yang nampak bodoh itu depan manusia-manusia lain.

Ya. Dia memang bodoh. Bodoh dengan kehidupan dunia. Kehidupan dunia yang warna warni. Gemilang bak pelangi.

Sebabnya, dia sendiri tak pernah yakin dengan dirinya sendiri. Yang tak mahu berpura-pura dengan kehendak dan keperluan hidup untuk penuhi erti sebuah kehidupan. Sebab dia sentiasa yakin dia tak sesempurna mana. Yang tak berani menjamin sebuah kehidupan yang bahagia. Yang selalu bisa mengundang ketidakselesaan pada manusia-manusia lain. Yang juga tidak pernah menjanjikan apa-apa. Kerana dia selalu tidak pasti.

Dia. Sibuk dengan egonya sendiri. Sibuk dengan emosinya sendiri. Sibuk dengan dunia juga manusia-manusia sekelilingnya di dunia ini yang mahukan dia. Perlukan dia.



*****



Cerita lain.

Di mana-mana.

Datangkan beliau. Dengan keadaan natural. Dengan raut wajahnya penuh kasih sayang. Dengan rasa cinta yang besar. Juga dengan rasa nafsu.

Bukan dimatanya nanti, cuma nampak wang. Cuma nampak darjat. Cuma nampak nama besar. Juga, dunia bukan dalam genggamannya. Bukan itu cita-citanya.

Beliau, mahu ada rasa melindungi. Membimbingi. Mahu selalu bertanggungjawab. Tanpa janji. Tanpa kata-kata. Tanpa rasa yang beliau sendiri tidak pasti. Dan itu yang dia paling pasti.

Sebuah hakikat. Sebuah kebenaran yang boleh dia selesa saja.

Yang juga tidak putarkan kepalanya selalu. Yang juga tidak tundingkan jarinya saja. Tanpa rasa bersalah. Bukan itu kehidupan yang dia cari.




2 comments:

AmatMizi said...

air dicincang takkan putus...biarlah rambutan gading jadik penghubung

ain fadzal said...

T-T