Monday, June 7, 2010

mak saya tak dangdut langsung!

Saya punya emak yang kasar. Perlakuannya, percakapannya. Juga hilai tawanya. Suaranya sangat garau dan kasar. Kalau pergi berkaraoke agaknya, mahu terus tutup kedai tersebut. Enak lagi suara anak sulungnya, si Ain itu.



Tapi dia punya hati yang baik. Yang buat abah saya menyayanginya. Walaupuan abah saya suka kutuk-kutuk mak saya punya tahi lalat yang besar di tepi hidung, rambut yang keriting dan juga punya uban sebesar kawasan penumbuk tangan adik saya, si Wawa.



Apa saja barang miliknya, mahu saja di berikan pada orang lain. Makan minum jangan cerita, sekampung tak jadi masalah padanya. Kadang-kadang naik pelik saya jadinya, masakan tidak kalau pagi-pagi hari cuti, satu kampung boleh makan nasi lemak air tangan mak saya. Siap bungkus pula tu. Kalau kanak-kanak bermain di kawasan rumah kami, habis lauk simpanan untuk malam di jamunya. Katanya, budak-budak punca rezeki.



Ya, saya pernah rasa zaman tersebut. Mana saya beraya jalan-jalan waktu kecil, di hulurkan sepuluh sen di depan pintu pagar rumah orang kaya kampung nenek saya. Bila besar, mahu di jadikan pula menantu. Hello makcik, lupa pada saya yang berhingus dulu ke? Kalau kerja abah kita besar sikit, ada pula duit raya tambahan. Kadang-kadang naik kasihan saya pada sepupu-sepupu yang lain. Tahun hadapannya pula, terus di tinggalkan saya beraya dengan orang-orang tua di rumah nenek saya sahaja. Sedangkan mereka beraya sakan mengumpul wang untuk beli mercun nanti. Naik kasihan pula pada diri sendiri.



Berbalik pada cerita mak saya. Kalau di tinggalkan baju di rumah, harus saja sudah sampai ke tangan orang lain. Jangan di tinggalkan baju bersepah, mati kami tak berbaju nanti jadinya. Kadang-kadang, balik kampung saja saya nak berlenggang. Pakai saja baju mereka. Hahaha! Besar pun besarlah. Apa saya kira, janji sudah berpakaian. Kadang-kadang macam janda anak 5 jadinya.



Saya ada abah yang suka memerhati.Berat mulut, tapi bila bercakap agak berkesan di jiwa. Selalu juga berbahasa 2 makna. Jadi anak, faham-faham saja sudahlah. 27 tahun saya dengan dia, apa yang saya aspek? Hahaha!



2 setengah tahun yang lepas pertemuan semula antara mak saya dan bekas kekasihnya. Kekasih yang ke berapa tidak pula sempat saya mengorek dari mak saya. Tahi lalat di hidung itu pujaan ramai jejaka juga rupanya. Hahaha!



Baru-baru ini, saya menemankan mak berjumpa dengan keluarga bekas kekasihnya. Bekas kekasih mak saya yang katanya cinta sejatinya untuk mak saya sahaja. Depan isterinya, bekas teman lelaki mak saya buat pengakuan. Anak-anak pakcik tersebut macam berdendam juga dengan mak saya selama ini. Maklumlah, hak mak mereka diketepikan juga oleh ayah mereka.



Kedatangan kami 2 beranak sedikit sebanyak mengeratkan jurang yang ada sedia ada selama ini. Syukur juga saya ada sifat yang cool seperti abah saya. Pendamai situasilah katakan. Kisah lama, jangan di ungkit. Teruskan saja kehidupan yang pasti mendatang selagi nyawa di kandung badan.



Owh, Abah saya Cuma tergelak-gelak sebab dia tak ada jiwa yang romantis sebegitu rupa. Nah! Mulut abah saya memang kering, Cuma saya yang tahu betapa taman hatinya. Hahaha! Masakan tidak, saya punya DNAnya. Klon lain jantina sahaja.

No comments: