Thursday, March 11, 2010

motor buruk abah warna kelabu



tiba-tiba rasa rindu zaman kanak-kanak.



*****

pergi jalan-jalan dengan abah. naik motor buruk dengan abah. peluk erat-erat pinggang abah.

masa itu, abah tak gemok macam sekarang. abah suka bawak gua pergi jalan-jalan naik motor buruknya. masuk mini estet, keluar mini estet. naik bukit, turun bukit lalu jalan merah. kalau hari hujan, mesti becak dan naik merah warna motor kelabu abah.

abah suka bawak gua pergi tempat kumpul susu getah. kadang-kadang ada getah keping yang naik bacin dibuatnya. kembang kempis hidung gua dibuatnya selalu.

abah suka buat muka ketat kalau gua tanya soalan pasal pokok getah dengannya.
kenapa perlu potong senget batang getah. kenapa tak boleh potong tegak. kenapa pokok getah tinggi melangit. kenapa pokok getah selalu nampak sebaris. kenapa potong getah pagi gelap-gelap.

kadang-kadang abah naik pening dengan gua. sebab gua banyak sangat bertanya.

kalau ada makcik pakcik dekat kebun getah, abah gua akan berhenti menyapa mereka. gua pun sama-sama menyapa mereka. teknih peramah gua memang di iktiraf daripada zaman gua budak-budak lagi rupanya.
kadang-kadang makcik pakcik akan jemput kami datang rumah untuk basahkan tekak dan hilangkan dahaga. kalau terlebih rezeki, kuih muih pun turut serta. apalagi, tibai aje ler.

selalu pagi sabtu, gua akan bangun pagi-pagi ikut abah pergi kerja. mula-mula gua kena punch kad abah dekat pejabat. sudah minum-minum, gua bonceng abah gua naik motor buruknya.

kalau gua bosan-bosan tengok abah buat kertas kerja dalam pejabat usang itu, gua akan keluar jalan-jalan dekat mini estet sorang-sorang. gua suka kumpul biji getah untuk di bawa ke sekolah untuk buat kira-kira. kalau ada makcik pakcik dekat pejabat usang tersebut, gua minta izin mahu kacau-kacau, godak-godak getah cair dalam tangki sebelah pejabat usang abah. kalau ada getah kering, sempat gua tengok makcik pakcik mesin getah-getah tersebut. kadang-kadang gua cuba juga nak pusing-pusing mesin getah tersebut, tapi selalunya tangan gua selalu naik terpiuh di buatnya.


*****

pergi pulang balik dengan abah. naik motor buruk dengan abah. peluk erat-erat pinggang abah.

gua suka naik motor buruk abah.




4 comments:

LaLaLaLa said...

MaCaM ikLaN pEtRoNas JeK .. (^_^)
NaK RaYe yEk...HaHa..
MoToR aYaH aKu DuLu KaLeR BiRu..

ain fadzal said...

aku rindu kat abah aku. ari ni aku dah ketip kuku sendiri tau. T_T

Unknown said...

twtiba gua rasa sayu baca citer lu yg nie...huhuhuuuu

ain fadzal said...

ko jgn sedih2 sgt azham, banjir blog aku nanti...