Friday, May 15, 2009

muka dia sangat garang

masa mula-mula mahu daftar untuk masuk kelas dulu, gua jadik orang hujung-hujung. yelah, tak ada kawan dari melaka. terpaksalah seposenkan muka. syukri, sara, epit, zue, semua tak ada hubungan tali persahabatan lagi.

dulu, kawan-kawan gua kata, gua ni eksyen. mula-mula, gua cuba carik kawan perempuan pun saiz-saiz gua. tak ramai pun,yang ada perempuan yang badan lebih kurang gua cuma seorang aje. dia punya kulit bersih, cantik, badan sedap-sedap gebu. dia senyum, gua senyum.
macam magnet, masing-masing saling berdekatan. bersalaman tanda perkenalan. rupa-rupanya jodoh gua dengan dia bukan sekelas. gua masuk kelas civil, anis, budak yang gua baru berkenalan dari dulu budak elektrik. sekolah teknik pun amik elektrik.

lepas gua amik gambar untuk kad matrik, gua tunggu anis dulu, jalan saing-saing pergi kelas. kelas elektrik sama civil satu tangga, sebelah-sebelah. kira gua boleh hendap-hendap kalau bosan-bosan nanti carik anis.
masa masuk kelas. gua dah berdebar. satu muka pun gua tak cam. gua rasa nak cabut lari masa tu. memang tak konfiden. gua amik satu kerusi, gua duduk paling belakang. gua diam tanda malu. masing-masing berhuha huha. gua aje yang berhuhu huhu dalam hati sorang-sorang.


tup tap, tup tap. kreeekkkk.... pintu separa cermin di buka. dah tersentap satu kelas. magik. semua dalam kelas duduk tempat masing-masing. seorang perempuan berbaju kurung masuk. muka lawa, cengih. muka memang dah tak dapat nak rasa manis. dia amik meja depan. tak
duduk-duduk. kemudian, dia bagi salam, dan gua satu kelas jawab. setelah selesai dia memperkenalkan diri,

rupa-rupanya, dia pensyarah kelas gua. nama dia cik manisah abu.
kami kena berdiri sorang-sorang pula perkenalkan diri. entah apa pasal, hati gua berdebar aje. nasib baik gua giliran paling last. dalam kepala otak dah reka nak cerita macam-macam, tapi last-last gua cuma cakap nama gua dan asal dari mana aje.

tak sampai seminggu dalam minggu orientasi, gua dah kenal ramai kawan. mulut semua memang mulut melaka. cuma yang kebanyakan perempuan aje yang jaga adab. yang sikit tu adalah geng-geng gua. masa tu, satu batch kenal gua. sebab gua paling banyak bersuara. pensyarah-pensyarah pun dah kenal juga.


entah macam mana, cik manisah abu ni gua memang tak berapa kenan. muka manjang masam. garang. susah nak senyum. cakap pun tak ada ritma. lurus. panjang. bosan. kalau gua dah bosan, tengah duduk pun gua boleh lelap mata. bila dengar suara dah memetir, gua memang sentap. nanti, gua kena jawab soalan yang dia tanya.


yang gua tak puas hati,
gua dah jadik trademark budak nakal. langsung cik manisah abu ni tak mahu back up gua. bukannya gua banyak buat salah pun. kadang-kadang gua tinggal kad matrik kat rumah. kadang-kadang gua malas pakai stoking. kadang-kadang gua masuk lewat dalam kelas. kadang-kadang gua pakai jeans masa amali. kadang-kadang gua buat bising dekat tangga bawah kelas gua. kadang-kadang gua ponteng kelas teori.

masuk semester ke-4, cik manisah abu punya riak wajah dah berubah. asal masuk kelas mesti senyum. baru gua nampak muka dia makin manis. makin berseri. dan tak berapa lama tu, dia kasik kad undangan ke majlis perkahwinan. akhirnya, dia jadi juga berkawen dengan seorang tentera. dengar-dengar pangkat besar juga.


lepas dia berkawen, dia mula buat baik dengan gua. selalu slow talk dengan gua. hingga sampai habis semester, semua subjek dia gua dapat skor. dan akhirnya dia mengaku juga dia bangga dengan gua.



untuk PUAN MANISAH ABU, terima kasih puan. semoga Tuhan sentiasa memberkati hidup anda.



p/s : untuk ucapan kepada cikgu-cikgu dan tenaga-tenaga pengajar di luar sana,
SELAMAT HARI GURU, cikgu Malaysia.

8 comments:

chuaw@i said...

sedih ceirta ain, terharu abang, yerla arwah abah abang cikgu....huhuhuhu sedih

ain fadzal said...

yo bro!

tahun dpan gua citer psl en. siva dan kelas kejuruteraan jalanrayanye. ;))

p/s : takziah yer, x tau pun abg kerolnye ayah dah meninggal.

chuaw@i said...

apasal tahun depan lak, abang sayang siva tau, buat citer cepat, lar....apa nak takziahnya dah 11 tahun pun huhuhu anak yatim piatu abang ko ni

ain fadzal said...

ala. bg kerok gi la buat citer kat blog chuaw chuaw tu.

:))

ape guna ade blog kalau simpan. tak rock, ok!

AmatMizi said...

Harap2nya Pn Manisah Abu baca la blog ko ni...

Pasni buat lah pulak cerita pasal Ustazah Supini / Ust Jenal plak

ain fadzal said...

mat, ko buatlah kat forum cakap berapi tu. eheheh~

faizbizandry said...

ko yg mane?berbaju oren?canne nk angkat henjin pakai baju kurung??ko memang rock ah beb..main bowling ble pakai baju kurong,ape tah lagi angkat enjin..tabik kt pendekar!!!

ijan said...

kalo cikgu tu garang, bengis mesti kite ingat sampai bile2. apasal ntah...

aku rase diorang garang2 ikhlas la...