Wednesday, April 15, 2009

tanakvagu comel, sumandak cun, bah!


Flight gua kembali ke semenanjung delay sejam dari yang dijadualkan. Gua pulang keseorangan dari LCCT ke Kuala Lumpur.
Mata letih. Badan penat. Kulit tapak kaki dan tapak tangan gua pun sudah cedera parah.

Perbezaan waktu yang baru sejam setengah dari semenanjung dah buat kehidupan rutin gua jadi huru hara. Gua bangun hari-hari 4.30 dan 5.30 pagi. Tidur pula pada pukul 1 atau 2 pagi. Semuanya kerana mahu realitikan jadual pengembaraan geng-geng gua.

Makanannya pula kurang mendapat tempat pada selera gua. Semuanya dihidangkan dengan cara yang tidak bersemangat. Putih, jernih. Tidak pedas langsung. Lain kali, bawa sekali cili padi siap-siap untuk dijadikan bekalan. Yang menjadi focus utama gua dari sampainya di lapangan terbang KK, termimpi-mimpi mahu hirup mi kolok.

Binatang kesayangan rakyat sabah pula adalah anjing. Merata-rata, walaupun di dalam kawasan politeknik. Mula-mula seram juga mahu cari debu tanah bersih mahu tayamum nanti, lama-kelamaan rasa takut gua pada anjing pun jadi makin berkurangan. Kadang-kadang sama-sama gua jadi jalan beriringan.


Itu cerita belah tepi gua dan rakan-rakan lain. Tempat orang, kenalah pandai sesuaikan diri. Lagaknya seperti rakan-rakan gua yang bermaustautin di KK, Anum dan Jane. Suasana sudah mengajar mereka untuk bertukar agaknya. Loghat mereka. Selera mereka.


Biasanya, perkara yang seronok menutup perkara yang sedih. Begitulah hukum karma dunia. Mana ada yang sempurna, kan? Gua datang berempat dari semenanjung. Mahu cukup-cukup korum satu kereta, tambah seorang lagi. Penaja penginapan 4 hari 3 malam. Begitulah cerita permulaan gua berlima. Anum (penaja penginapan), Mariyah/Mary (pilot ke-2), Ekin, Ro’a dan gua (selaku bos mereka).


Satu negeri. Satu destinasi. Satu tujuan. Banyak arah.


*****

Ketibaan gua telah di sambut dengan tiada kalungan bunga, tiada limousine, tiada pemandu. Cuma Anum yang datang menjemput dengan senyum simpul yang meleret-meleret. Rindu benarlah agaknya itu pada gua.Tangan gua yang sejuk sejak dari KL pun sudah kembali panas, tanda sudah selesa selepas bergelut dengan mental di dalam penerbangan. Mulut pun mesti tune kembali seperti biasa. Apalagi, separuh airport juga dengar gua bising-bising di situ. Cepat-cepat Anum heret gua ke kereta sewa.

Perut kelaparan. Mahu cari dan makan mi kolok. Tapi, misi tidak berjaya. Gua makan juga dan pulang bersiap-siap untuk check in ke rumah Anum, Rumah Warden di Politeknik Kota Kinabalu. Jauhnya 36km dari pusat bandaraya. Ada 3 bilik, 3 bilik air, 1 dapur, 2 set sofa dan satu meja makan di ruang tamu. Cukup semuanya kecuali blender dan bantal.

Setelah bersiap-siap satu isi rumah keluar ke bandar melawat Kampung Air. Umpama pasar malam tapi lebih kepada pasar menjual mutiara. Sini sana mutiara. Sampai naik bengap mengadap mutiara. Selesai urusan menunggu cik-cik minah mutiara, menuju terus ke Tanjung Aru, merasa kepak ayam dan air kelapa di tepi pantai.

=

Keesokkannya, bangun subuh-subuh gelap. Mahu ke destinasi seterusnya, Mount Kinabalu. Semangat untuk mendaki sudah mengenepikan perkara yang lain-lain. Mahu tengok gunung depan mata. Mahu hirup udara di sana. Mahu rasa kabus di sana. Seperti lagu untuk menyanyi-nyanyi dihati.

Sejam suku perjalanan saja ke parkir kaki gunung. Berselisih pula dengan Aidid Marcello yang sedang mengendalikan rancangan zoom sabah yang katanya akan di tayangkan pada bulan Mei nanti. Kalau bernasib baik, muka-muka kami berlima mencelah dalam rancangan tersebut.

Seterusnya, pergi ke Air Panas Poring, Ranau. Mula-mula pergi mendaki bukit ke Canopy Walk. Berjalan ke titian gantung yang sangat panjang perjalanannya. Tak boleh patah balik kalau ada yang masih gayat. Kena kuatkan azam dan tekad untuk habiskan check point-check point tersebut. Selesai urusan di titian tersebut kami turun bukit untuk ke mata air panas. Alang-alang kebasahan peluh, silalah mandi di sana. Kalau tidak bau tengik juga satu kereta.

Perjalanan balik ke Kota Kinabalu, kami singgah di Kundasang. Pasar sayur-sayur dan buah-buahan. Barang pertama yang di cari semestinya, cili padi. Ibu segala dalam masakan dan makanan. Dari situ kami ke bandar KK dan singgah membeli udang harimau laut yang bersaiz besar, sotong dan ikan. Mahu seafood di rumah nanti. Pasar Besar KK berdekatan dengan Pasar Ikan Masin dan Pasar Filipino. Lubuk cenderamata dan mutiara lagi. Kami kemalaman lagi di sebabkan kedatangan 3 orang hantu mutiara dari selatan. Tak menang tangan lagi agaknya. Gua bersama Anum pula sibuk mencari bahan-bahan dapur di pasaraya berdekatan untuk Seafood sendiri bagi jimat perbelanjaan. Di situ ada gardenia yang siap di tulis huruf jawi tapi rasanya was-was dengan bahan kandungan.

Keesokkanya, gua bangun pagi-pagi untuk ke Pasar Tamu. Membeli makanan dan produk-produk pelik untuk gua sendiri. Gambir untuk sakit gigi. Dan bola kristal untuk feng shui tambah kekayaan. Destinasi seterusnya, kami menaiki bot di jeti Jesselton dan singgah ke Pulau Sapi dan ke Pulau Manukan untuk mandi-manda dan snorkeling di sekitar pantai dan jeti.

Selepas selesai urusan menjemur diri, gua mengajak mereka pulang ke rumah dahulu. Malam nanti ada appointment dengan bapa saudara. Dah gua kata, satu Malaysia merata saudara mara gua. Masyarakat jadi majmuk.

Sebelum gua ke rumah pakcik, kali ni gua punya turn cari souvenior. Cukup-cukup masa, gua terus tutup akaun peribadi gua. Kalau dilayankan membeli belah, gua boleh di ishtiharkan bankrap nanti. Kemudian, gua berlima pergi ke Likas, melawat pakcik gua. Dan bernasib baiknya, gua telah di bawa untuk makan seafood di Salut. Ada soft crab yang boleh dimakan begitu saja, udang merah yang susah mahu tanggal kepalanya dan ada siput gajah yang manis beserta kerapu stim dan sayur kailan yang keras dan pahit dan di ulami dengan air teh cina. Kemudian, gua telah berjumpa Jane yang baru pulang dari Sibu. Makin sibuk kehidupan si kecil Jane. Pergi sana sini naik kapal terbang.


Hari terakhir di bumi KK, kami mengemas rumah, beg dan diri gua sendiri. Gua berjalan-jalan menyinggah landmark bandaraya tersebut. Rindu pada roti canai tak terubat di kedai mamak.

Petang sedikit, gua berkejar ke airport untuk pulangkan kereta dan flight check in untuk pulang ke ibu kota.

Haih, rindunya gua pada masakan kedai di semenanjung. Pedas! Pedas! I’m back for you.

Untuk Anum, kaktus tu kau jaga baik-baik dan simpan sampai jadi berbunga. beli bantal untuk gua & terima kasih daun keladi, tahun depan gua nak datang lagi.


11 comments:

Rockstar said...

mee kolok?

jadah cari mee kolok kat sabah?
mcm cari gambir kat sabah la..

kelakar..

ain fadzal said...

carik gambir kat sabah dapat weh.

mee kolok rupenye kat sarawak je ade. penat aku blajar ilmu nak makan mee kolok tu.

:D

rainz said...

pergh..dasat!!!

aku suke!!! aku suke anum!!!
anum baik dan cumelz!!!

faizbizandry said...

Sabah banyak anjing ke?aiseh~masak la nk pegi..aku da la penakut anjing..

p/s akan simpan duit tuk gi sane sebab nk daki gunung kinabalu~cam best..aaku nk jumpe puteri..erk,..puteri nde eh kt gunung kinabalu?ade ke puteri?aish..lupe la sejarah/dongeng~

ain fadzal said...

arfa : ;)). ko nak satu x?

aku pun suke ko! gak!

faizbizandry : ko mesti jumpe puteri santubong.

tapi, takut gak tu. alih2 gi tempat bunian mcm mane?

:D

faizbizandry said...

make sure bunian2 tuh cun la..cam jesicca alba ke..nasha aziz ke..haaa..haaaa..puteri santubong..tuh la yg aku carik..abih puteri gunung ledang tuh kt gunung ledang ek?gunung ledang kt ne?sabah gak ke?

rainz said...

aku sarankan ko mandi susu pasni.. agar muke ko segar cam putera bunian paisbizandry.. senang sket..baru secocok..

ain fadzal said...

wah!!!!
main cocok2 ape weh?

sakit dowh...

rainz said...

ewah..di kocok kocok..ewahhhh!!!

(nyanyi lagu inul ngan jayanye!!!)

faizbizandry said...

mandi susu?mahal dowh susu!!!baik aku minum..sehat sejahtera~tk yah putih pon..gelap pon hensem pe..tgk aku..hensem je =D

alifmimyanun said...

jauh pergi.