Wednesday, April 8, 2009

2 fast 2 furious


Gua cuak. Gua seram. Gua excited. Gua gembira. Gua mendebarkan. Gua jakun.
Gua dah nyanyi-nyanyi sendiri dalam hati lagu Hujan. Dah repeat banyak kali, Kencang sana kata hati~


Jumaat ni bersamaan 10 april 2009. Dalam kalendar kuda pun ada pakai font kaler merah tanda ada kebanyakan negeri bercuti. Ada tulis Good Friday. Gua pun tak pernah tau apa ada hal dengan hari tersebut.

Yang gua tahu, gua amik tiket kapal terbang pada hari tersebut tanda gua bercuti rehatkan minda dan tubuh badan. Sipi-sipi gua kasik tahu rahsia gua sihat tubuh badan ni kat kemu semua. Itu hari, rakan gua, si anum yang mengajar kat KK sana ada cakap, satu negeri sabah bercuti. Ada perayaan untuk suku-suku kat sabah sana. Biasanya kalau dah tahap dengar macam tu punya berita gembira, gua mesti monolog dengan diri gua sendiri. Gua berangan. Kot-kot sampai airport sana gua sama rakan-rakan partner dari melaka dengan segamat tu nanti dikalungkan dengan bunga orkid campur bunga ros, ada pemandu selaku tanakvagu cute bawak limosin 6 pintu dan check in kat 5 star hotel. Siap breakfast free. Nak amik gambar sama nanti pun tak berapa nak malulah.


Gua tahu, kenyataan tak rasmi hari ini tak semestinya sama dengan hari esok. Begitu juga dengan janji adun batang ai dengan bukit selambau. Janji-janji hari ini belum tentu satu penggal nak mengubah semua benda. KLCC punya cita-cita nak realitikan amik masa sampai 20 tahun.

Realitinya, bila gua nak berjalan ni nanti gua kena sediakan perkara-perkara penting. Angan-angan tu benda paling last gua kaji. Itu kalau alih-alih dapat rezki terpijak. Mana tahu ada tourist cicir note pound 1k kat depan mata gua. Sebat. Kaya sekejap masa kat KK nanti. Semua gua belanja. Seafood. Kain batik. T shirt I love sabah. Mutiara gred A. Udang galah basah sama sayur kundasang pun gua mahu bawa balik buat stok untuk budak-budak rumah gua makan nanti. Itu, KALAUlah.



Gua dah kaji dari awal tahun itu hari.


Check point pertama.

Kena ada kenderaan. Mula-mula gua berangan nak buat ala-ala back packs macam pekji selalu buat, sewa motosikal. Murah, jimat, mudah. Tapi disebabkan cuaca dan keadaan muka bumi di sana nanti, gua pikir balik benda yang tak munasabah untuk gua buat kalau pergi berlima. Mahu tercabut juga pinggang sama pinggul si pembonceng nanti nak sampaikan ke gunung kinabalu. Dan disebabkan gua travel berlima, gua bajet pakai kenderaan Malaysia ajelah, kenderaan yang gua pakai sekarang,
mascara number 2. Save sikit. Rm100 sewa satu hari, kongsi 5. Petrol pun kongsi 5.

Check point ke-dua.

Kena ada jadual perjalanan. Kena ada road map, location map. GPS tolak tepi dulu, belum mampu mahu pakai. HP pun dah nyawa-nyawa ikan. Itu belum gua pergi snorkeling kat pulau manukan lagi. Nanti sampai sana, gua kena belajar selok belok dalam KK. Di sebabkan gua pemandu drift yang fast learner dan sedikit berani mati, gua telah dinobatkan untuk menjadi pak supir nanti. Jalan dengan gua, kena on time. Tak boleh leceh-leceh. Lain kali gua tak mahu mengajak sama-sama pergi melancong lagi.


Benda lain, gua mahu aci redah. Ada benda gua dah listkan dalam stick note. Jangan kasik tinggal barang-barang semua.

p/s untuk anum : Sila periksa keadaan tong gas dan perkakas masak-masak untuk tujuan nak suruh memasak nanti bagi kau hilang rindu sama aku. Barang basah kita beli bila waktu dah depart kat sana.


14 comments:

faizbizandry said...

tu la..good friday aku pon tk tau menatang pe cuti tuh..tapi company aku cuti..so malas nk amik port tanye,org da kasi cuti,aku pon cuti la..ko pegi sabah ek??nk pesan buah salak ble?bleh ah..perghh..best best~slamat bercoti~

ain fadzal said...

faibizandry : gile argh...

ko cuti? aku amik AL tau.

salak sabah? tgk la, kalau aku rajin. kat umah kmgp aku ade hantu salak jgk. takat 2 kilo die sorg jek.

faizbizandry said...

a ah...aku cuti seh..dorang declare cuti..aku pon tk paham..tanye dorang,kate good friday..aku tanye org lain,dorang pon tk tau pebende tuh..da dapat cuti..apo laie..cuti ajo la..muehehehe..
2 kilo hantu tu bedal slambe buah salak??aisehmen..serammmmm~~~

p/s - tk pernah gi sabah or sarawak..haih~bler tah!!!duit oh duit~~~~~~~

ain fadzal said...

faibizandry : ala, ni kire first time aku naik air asia. dulu aku naik yg domestik punye jek. tu pun tgk2 satu segamat. :D

boleh punye. kemu boleh mula ikat perut mulai sekarang.

faizbizandry said...

hehehe..aku memang tgh ikat perut..tp bukan tuk vacation..kete aku,nadi dia jahanam..aku tgh mengumpulan dana tuk nadi baru untuk beliau..banyak mende aku tgh pending skang disebabkan beliau..kesian dia..
hati ku menangis kerna dia..kocek ku tidak sesudep seperti sediakala~haih~

opaq said...

jangan ko terjebak menjadi suku kaum kat sana dah la...

nanti giler aku xleh chat ngan ko..

hahaha....

ain fadzal said...

faizbizandry : nak masuk turbo. mmg ar.

aku pakai enjin biase jek. tu pun malas nak maintain weh.

opaq : ye ar, aku kan pakar kaunseling utk ko ngan awek ko yg manja tu. :))

AmatMizi said...

Kem salam Jane nnti ye...

p/s : klu igt kat aku, belikan la magnet lekat kat fridge tu ye...klu igt la...

ain fadzal said...

amat : x bajet nak beli ape lg.

tgk la keputusan akhir nanti yer amat.

Anonymous said...

sampaikan salam kat anum n jane k

Rockstar said...

belikan aku gambir?

ain fadzal said...

anon : insyaallah. kalau jumpe lah.

adobe : ko sakit gigi ek?

13may said...

join?

ijan said...

aku pun sama. kalo travel ngan member2 je musti aku yg drive. diorang kate aku terer drive...

aku syak diorang tipu...