Thursday, April 30, 2009
cuba lagi lain masa
minggu depan aku mahu cuba update blog.
sekarang ni, aku tengah dalam mood penyediaan persiapan perkahwinan.
tata...
Monday, April 27, 2009
mungkin pada kau, benda ni semua tak berguna!
aku sedang terluka dengan nilai persahatan yang telah dibina.
Thursday, April 23, 2009
cinta itu gula-gula kapas
Saya mahu pandang dia. Selalu. Dalam imaginasi. Dalam hati. Dalam mimpi. Pada mata, dia yang satu.
Saya tahu, bila bercinta. Kita wajib ingat tuhan. Wajib beriman kepadanya, walaupun ada ketikanya saya selalu saja lalai dan ingkar kepadanya.
Setiap kali bila melalui tempat menjual gula-gula kapas, mak kata dia akan teringatkan saya.
Saya sangat sukakan gula-gula kapas. Warna pink. Nampak kosong. Lembut dan gebu. Tak sempurna. Tapi sangat manis. Manis yang buat saya akan rasa sedih, yang buat akan rasa gembira. Dan saya cintakannya. Tetap cintakannya.
Wednesday, April 22, 2009
kali ini ke Bangkok pula
Misi kali ini ke
Segalanya telah berjalan dengan lancar, aku dapat pulang juga ke tanah air.
Dan. Dan aku telah terjaga dari mimpi tidur malamku...
Wednesday, April 15, 2009
tanakvagu comel, sumandak cun, bah!
Flight gua kembali ke semenanjung delay sejam dari yang dijadualkan. Gua pulang keseorangan dari LCCT ke
Perbezaan waktu yang baru sejam setengah dari semenanjung dah buat kehidupan rutin gua jadi huru hara. Gua bangun hari-hari 4.30 dan 5.30 pagi. Tidur pula pada pukul 1 atau 2 pagi. Semuanya kerana mahu realitikan jadual pengembaraan geng-geng gua.
Makanannya pula kurang mendapat tempat pada selera gua. Semuanya dihidangkan dengan cara yang tidak bersemangat. Putih, jernih. Tidak pedas langsung. Lain kali, bawa sekali cili padi siap-siap untuk dijadikan bekalan. Yang menjadi focus utama gua dari sampainya di lapangan terbang KK, termimpi-mimpi mahu hirup mi kolok.
Binatang kesayangan rakyat sabah pula adalah anjing. Merata-rata, walaupun di dalam kawasan politeknik. Mula-mula seram juga mahu cari debu tanah bersih mahu tayamum nanti, lama-kelamaan rasa takut gua pada anjing pun jadi makin berkurangan. Kadang-kadang sama-sama gua jadi jalan beriringan.
Itu cerita belah tepi gua dan rakan-rakan lain. Tempat orang, kenalah pandai sesuaikan diri. Lagaknya seperti rakan-rakan gua yang bermaustautin di KK, Anum dan Jane. Suasana sudah mengajar mereka untuk bertukar agaknya. Loghat mereka. Selera mereka.
Biasanya, perkara yang seronok menutup perkara yang sedih. Begitulah hukum karma dunia. Mana ada yang sempurna,
Satu negeri. Satu destinasi. Satu tujuan. Banyak arah.
*****
Ketibaan gua telah di sambut dengan tiada kalungan bunga, tiada limousine, tiada pemandu. Cuma Anum yang datang menjemput dengan senyum simpul yang meleret-meleret. Rindu benarlah agaknya itu pada gua.Tangan gua yang sejuk sejak dari KL pun sudah kembali panas, tanda sudah selesa selepas bergelut dengan mental di dalam penerbangan. Mulut pun mesti tune kembali seperti biasa. Apalagi, separuh airport juga dengar gua bising-bising di situ. Cepat-cepat Anum heret gua ke kereta sewa.
Perut kelaparan. Mahu cari dan makan mi kolok. Tapi, misi tidak berjaya. Gua makan juga dan pulang bersiap-siap untuk check in ke rumah Anum, Rumah Warden di Politeknik
Setelah bersiap-siap satu isi rumah keluar ke bandar melawat Kampung Air. Umpama pasar malam tapi lebih kepada pasar menjual mutiara. Sini
Sejam suku perjalanan saja ke parkir kaki gunung. Berselisih pula dengan Aidid Marcello yang sedang mengendalikan rancangan zoom sabah yang katanya akan di tayangkan pada bulan Mei nanti. Kalau bernasib baik, muka-muka kami berlima mencelah dalam rancangan tersebut.
Seterusnya, pergi ke Air Panas Poring, Ranau. Mula-mula pergi mendaki bukit ke Canopy Walk. Berjalan ke titian gantung yang sangat panjang perjalanannya. Tak boleh patah balik kalau ada yang masih gayat. Kena kuatkan azam dan tekad untuk habiskan check point-check point tersebut. Selesai urusan di titian tersebut kami turun bukit untuk ke mata air panas. Alang-alang kebasahan peluh, silalah mandi di
Perjalanan balik ke Kota Kinabalu, kami singgah di Kundasang. Pasar sayur-sayur dan buah-buahan. Barang pertama yang di cari semestinya, cili padi. Ibu segala dalam masakan dan makanan. Dari situ kami ke bandar KK dan singgah membeli udang harimau laut yang bersaiz besar, sotong dan ikan. Mahu seafood di rumah nanti. Pasar Besar KK berdekatan dengan Pasar Ikan Masin dan Pasar Filipino. Lubuk cenderamata dan mutiara lagi. Kami kemalaman lagi di sebabkan kedatangan 3 orang hantu mutiara dari selatan. Tak menang tangan lagi agaknya. Gua bersama Anum pula sibuk mencari bahan-bahan dapur di pasaraya berdekatan untuk Seafood sendiri bagi jimat perbelanjaan. Di situ ada gardenia yang siap di tulis huruf jawi tapi rasanya was-was dengan bahan kandungan.
Keesokkanya, gua bangun pagi-pagi untuk ke Pasar Tamu. Membeli makanan dan produk-produk pelik untuk gua sendiri. Gambir untuk sakit gigi. Dan bola kristal untuk feng shui tambah kekayaan. Destinasi seterusnya, kami menaiki bot di jeti Jesselton dan singgah ke Pulau Sapi dan ke Pulau Manukan untuk mandi-manda dan snorkeling di sekitar pantai dan jeti.
Selepas selesai urusan menjemur diri, gua mengajak mereka pulang ke rumah dahulu. Malam nanti ada appointment dengan bapa saudara. Dah gua kata, satu
Sebelum gua ke rumah pakcik, kali ni gua punya turn cari souvenior. Cukup-cukup masa, gua terus tutup akaun peribadi gua. Kalau dilayankan membeli belah, gua boleh di ishtiharkan bankrap nanti. Kemudian, gua berlima pergi ke Likas, melawat pakcik gua. Dan bernasib baiknya, gua telah di bawa untuk makan seafood di Salut.
Hari terakhir di bumi KK, kami mengemas rumah, beg dan diri gua sendiri. Gua berjalan-jalan menyinggah landmark bandaraya tersebut. Rindu pada roti canai tak terubat di kedai mamak.
Petang sedikit, gua berkejar ke airport untuk pulangkan kereta dan flight check in untuk pulang ke ibu
Haih, rindunya gua pada masakan kedai di semenanjung. Pedas! Pedas! I’m back for you.
Untuk Anum, kaktus tu kau jaga baik-baik dan simpan sampai jadi berbunga. beli bantal untuk gua & terima kasih daun keladi, tahun depan gua nak datang lagi.
Wednesday, April 8, 2009
2 fast 2 furious
Gua cuak. Gua seram. Gua excited. Gua gembira. Gua mendebarkan. Gua jakun.
Gua dah nyanyi-nyanyi sendiri dalam hati lagu Hujan. Dah repeat banyak kali, Kencang sana kata hati~
Jumaat ni bersamaan 10 april 2009. Dalam kalendar kuda pun ada pakai font kaler merah tanda ada kebanyakan negeri bercuti.
Gua tahu, kenyataan tak rasmi hari ini tak semestinya sama dengan hari esok. Begitu juga dengan janji adun batang ai dengan bukit selambau. Janji-janji hari ini belum tentu satu penggal nak mengubah semua benda. KLCC punya cita-cita nak realitikan amik masa sampai 20 tahun.
Realitinya, bila gua nak berjalan ni nanti gua kena sediakan perkara-perkara penting. Angan-angan tu benda paling last gua kaji. Itu kalau alih-alih dapat rezki terpijak. Mana tahu ada tourist cicir note pound 1k kat depan mata gua. Sebat. Kaya sekejap masa kat KK nanti. Semua gua belanja. Seafood. Kain batik. T shirt I love sabah. Mutiara gred A. Udang galah basah sama sayur kundasang pun gua mahu bawa balik buat stok untuk budak-budak rumah gua makan nanti. Itu, KALAUlah.
Check point pertama.
Kena ada kenderaan. Mula-mula gua berangan nak buat ala-ala back packs macam pekji selalu buat, sewa motosikal. Murah, jimat, mudah. Tapi disebabkan cuaca dan keadaan muka bumi di
Check point ke-dua.
Kena ada jadual perjalanan. Kena ada road map, location map. GPS tolak tepi dulu, belum mampu mahu pakai. HP pun dah nyawa-nyawa ikan. Itu belum gua pergi snorkeling kat pulau manukan lagi. Nanti sampai
Benda lain, gua mahu aci redah.
p/s untuk anum : Sila periksa keadaan tong gas dan perkakas masak-masak untuk tujuan nak suruh memasak nanti bagi kau hilang rindu sama aku. Barang basah kita beli bila waktu dah depart kat
Thursday, April 2, 2009
Wednesday, April 1, 2009
projek malam kelmarin di ibu kota pada 2009
first of all, thanks to everyone.
( awal-awal dah cakap omputih ni. ;)) )
saya sangat-sangat gembira. sangat-sangat. sampai tak terkata apa. sampai saya terharu. sampai saya huru-hara. ada yang masih mengingati hari ulang tahun saya. ada yang membuat ucapan yang buat saya menitiskan air mata. ada yang buat saya ketawa melampir.
*****
majlis sambutan hari jadi.
1. member-member saya yang berdua, syukri dan epit datang menziarahi saya di bawah bangunan pejabat, tetapi saya tidak dapat menunaikan permintaan mereka untuk membawa saya makan. keadaan sibuk mengatasi segalanya. tetapi permintaan mereka telah di tunaikan pada malam semalam. thanks guys!
2. teman-teman serumah, lala, mai dan lin juga membelanja saya makan di sekitar kedai makan di rumah saya. dan anda patut tahu kenapa saya sayang mereka lebih lagi.
winner : adha
runner up : ilya
loser : saya
4. hadiah kek dari adha. tosai dan cheese nan.
p/s : mak saya pesan, jangan gembira sangat. saya cakap ya! tapi, siapa boleh tahan nak gembira sakan, kan?