hidup di pejabat kini dah tak ngacam seperti biasa. internet kompeni blocked kat pc gua, tapi sepandai-pandai tupai melompat cari makan petai sebelum cukup matanglah gamaknya. cuma, kali ini gua terpaksa pura-pura hidup tanpa internet melainkan yang ada cuma emel kompeni. tak apa, sekali-sekala gua jadi pelakon pun kira handal jugalah.
cuma yang tak bestnya, gua rasa hidup gua dah tak fun fair macam biasa. nak kelakar pada diri sendiri pun dah sekali sekala. kalau dah campur sama perempuan, gua dah start jadik minah gosip. habis cerita versi gua mahu keluar punya, dengan cerita-cerita dalam spa Q pun gua olah. sudahnya, gua jadi benci betul dekat julia tu. kalau julia main masak-masak dalam cerita tu pun, gua dalam hati tak mahu kasi dafi makan. suruh aje si zafrul yang makan.
dan sejak dua menjak gua mengamalkan pemakanan yang sihat dan seimbang, gua dah jarang nak melepak keluar berhu ha hu ha. sebab gua tak tahan dengan dugaan warung-warung yang sampai masuk dalam astro. lagi satu, sepatutnya peringkat-peringkat umur macam gua ni dah patut telan semua supplement. vitaman C, vitaman E. detoxin sana, detoxin sini. paling baru, budak rumah gua promote barang baru. cairan ekstrak manjakani, sireh, jarum emas, madu, kurma. gua suruh dia test dulu mahu tengok otot-otot jadi kencang atau tak, baru gua berani cuba. kira-kira dia ni boleh jadi barang eksperimen gualah. sebab gua pun dalam proses eksperimen diri gua.
yang jadi semangatnya gua sekarang, sebab gua ngan mak abah gua dah jadi pekebun setengah berjaya. kalau dah dapat pungut hasil tanaman tu kira gua dah berjaya penuhlah. gua tanam pisang berangan, pisang nipah, ubi kayu, keledek, kentang, jagung, betik, nenas, bendi, cili api, cili akar, tomato, bayam, sawi, kangkung, kunyit dan tak lupa sama tebu yang gua buat pagar keliling kebun. nampak semulajadi. kalau tak menjawab jugaklah seribu dua invest beli pagar kawad. asal sampai rumah kampung, gua dah nampak cangkul sama penggali. kulit pun dah semangat nak terbakar. kadang-kadang dah jadi berkilat.
dan diam tak diam, adik gua mengandung dah 7 bulan. lagi 2 bulan, gua akan jadi mak long. gua asyik tanya adik gua apa perasaan jadik emak? takut tak nak beranak? seronok tak nak jadi emak? sakit tak menghidap? mungkinlah jugalah perasaan seronok tak berbelah bagi bila start tengok gambar 3D baby. hidung kembang ikut siapa? hidung ada batang ikut siapa? bulu mata lentik ikut siapa? mulut muncung ikut siapa?
p/s : heh, tak lama lagi jadi mak long pun gua. mak long betul-betul punya. ;))
13 comments:
cm cite ahmad albab..semua sayur ade..fetola..fende..
ahahahah~
tp, aku tak mahu anak buah aku mcmm ahmad albab.
:))
aku mkn madu pg n mlm. aku rase bole tahan kencang gak tubuh badan aku ni...
sultan : aku pernah gak mkn,, tahan dua minggu jek boleh telan. hangat-hangat je beria-ia ko tau?
wahhhh! kencang ni kire hebat!
ko makan taruk telur ayam kampung skali x?
kalo aku taruk telo ayam nnt aku trus muntah. haha...
Aku mimpi bini aku bagi makan madu..
eh eh..
sultan : wah, petua hebat gak ni. tp, aku rase kalo ko campo ngan telur ayam kampung, badan ko lagi hebat agaknye. (aku kire la)
amat : wah ko, baby lom lahir, ko nak kasik makan madu. kang kena sapu ngan madu baru tau.
;))
Ko bela lebah madu plak la
amat : lpas ni, aku rase madu mcm tak hebat sgt, tapi aku nak bela tebuan tanah. lpas tu, aku lpaskan tebuan2 tu gi kat pungkok hang. ;))
tampal la poster heidi klum banyak banyak kat umah!!
arfa : dah knapa lak aku kna tampal gmbr ni?
saya rindu kat maklong laa...maklong betul betul punya :D
13 may : mak long belah mane? belah mak ke abah?
Post a Comment