Thursday, March 19, 2009

ku intai cinta dalam rahsia


dengan berpakaian t shirt yang juga selaku baju tidur dan seluar jeans buruk, akak beserta 2 rakan akak yang lain telah membuat percubaan untuk mencuba jus di sebuah restoren intai-intai di jalan mrr2 dari jalan zoo negara menghala ampang. kedai itu tersorok di belakang kedai perabot yi xing bersebelahan dengan bengkel kia. dengan sedikit perlakuan yang sedikit terkejut kerana kedatangan kami, akak, ilya dan juga adha telah di sambut baik oleh krew-krew produksi jalan-jalan cari makan musim baru akan datang nanti.

kami diarahkan oleh maria tengku sabri untuk memenuhkan tempat supaya kedai itu nampak penuh dengan pengunjung yang kelaparan. artis jemputan pada malam semalam adalah atilia dan ezlyn. mereka berjoget lambak ala-ala melayu di tengah-tengah tempat yang sempit untuk nampak hot agaknya.


kalau tertengok jjcm nanti, ternampak orang pakai t shirt bodoh kaler kuning rambut rock serabai, akaklah tu. cool kan?




apa yang menariknya di intai-intai;-


1. nama menunya agak sarkastik.




2. gabungan nama-nama jus yang hebat.





3. restoren yang agak cantik, berkonsepkan Bali. ada chandelier, serta kain langsir dan alas meja yang menarik.

4. ada tasik buatan yang airnya berwarna hijau kelam.

5. dan kumpulan okestra yang menyanyikan lagu-lagu lama.



tambahan,

ada 2 selebriti yang gambarnya di curi-curi tangkap oleh ilya,



1. artis indie paling top di bandar baru sentul



2. selebriti ciplak yang di sangka zaini ntv 7 dari pandan indah.



dan reporter tidak lupa kedatangan untuk menemuramah daripada zine indie tempatan, ilya dari AU 3 Keramat yang tidak dapat mengambil gambar diri sendiri kerana lupa akibat terlalu banyak ketawa melihat nama menu-menunya yang sangat pelik dan ajaib.




p/s : kalau tahu dari awal begini, akak tidak mahu kelihatan selekeh dan serabai. sedih tau!


11 comments:

Rockstar said...

wah.. artis plg india rupanya..

rainz said...

hahah..ko neh nape? asek jmpe artis jek.. ntah ntah jap lagi ko bergelar artis..huahuahua..ko ader ape2 bakat terpendam ke?


weh..gambar 1 tuh..ape pon tak nampak la..hehehe

ain fadzal said...

adobe : akak anggap awak typing error.

arfa : akak konpius. asyik terjumpa artis jek. mgkinlah lpas ni, akak boleh jadik recording artist nyanyi lagu nur nilam sari.

p/s : sila klik pada gmbr utk keterangan lanjut.

AmatMizi said...

Asal makan je ada Ain..

Ilya Yasnorina Ilyas said...

aku pun tak tau restoren tu standard.aku main ajak je.tau aku pakai baju liplap liplap

ain fadzal said...

amat : asal ada ain jek mesti ada makan dgn artis.

wow! superb!


ilya : tu la... lenkali ko kna jejak hendap dulu baru roger kiteorg.

aku pun boleh pakai baju lip lap, lip lap.

faizbizandry said...

wow~nengok name jus aku da tahap barai gelak kt opis ne ha..tapi cam sedap
oh ne ha..artis indie,bler nk sain otograp tuk aku?

ain fadzal said...

faizbizabdy : hah, ko bygkan kiteorg tgk menu masa jjcm sibuk2 shooting.

siap kna sound ngan bdk waiter tu.
ok la, tapi sedap lagi jus kat ss2.


ko nak aku sign kecik ke beso?

ijan said...

kalo aku ni celebriti kire ada chance la terserempak ngan ko ni. haha...

ain fadzal said...

sultan : hah, kalo ko selebriti, ko mesti buat muka eksyen ngan aku nih.

tp, kalao ko dah jdk selebriti, ko mesti ada tagline.

mcm, sultan turun takhta ke?

;))

faizbizandry said...

murni kekerapan aku kesane agak kerap..disebabkan opis yg berdekatan ngan tempat itu dan kesukaan aku terhadap nasik gureng lambchop beliau..nk try la tompek lain..

ko sain la besor ke kecik ke..ikot la..yg bersesuaian ngan saiz aku