Pinker adalah sesuatu yang berwarna merah jambu.
Jika benda-benda mati warna pink yang ada pada gua adalah handphone Motorola v3i, cermin mata rabun yang pada bingkai dalam warna pink, handbag guess yang telah dibeli pada jualan murah di isetan hari raya cina yang lalu, shirt pink yang baru 2 kali pakai, kasut campuran putih pink cleef yang baru disarungkan semalam dan pemerah pipi warna pink keluaran elianto.
2 benda warna pink yang tidak pernah menjadi milik gua, adalah laptop dell yang dibeli secara online yang baru hilang 2 minggu lalu dan laptop pink jenama sony vaio yang mahal harganya di atas kemenangan bergaya lantaran mendapat pointer yang hebat sekali. Kedua-duanya benda tersebut milik pais dan ilya. Sempat juga gua bergaya sakan dengan barang mahal milik pais. Di tambah pula dengan background dinding dapur rumah soraya yang berwarna merah jambu pekat. Maka, terserlahlah nilai-nilai kemelayuan estetikanya.
Pinker adalah sesuatu yang bernilai. Macam mata hati. Macam perasaan. Macam maruah.
Kalau ikut contoh para blogger terkenal. Macam Denver lama milik john hafiz. Macam perniagaan pembuatan air botol berbikabonat milik pakcik luar otak yang seringkali kini menjelajah pasaran di sekitar
Ala-ala tagline juga pinker pada setiap orang. Benda cool. Semua pun ada. Makcik cleaner pun ada. Ingat kalau tak ada pengelap cermin, baldi dengan mop tak boleh mengemas? Tanya makcik cleaner sendiri. Dulu, gua pernah juga selia kerja-kerja housekeeping. Yang penting dalam hidup mereka adalah sabun. Tagline juga pinker mereka.
Past. Present. Future.
Kalau cakap melayu dah jadi DULU, KINI, SELAMANYA. Atau pun DULU, KINI, AKAN DATANG.
Benda lepas biasa boleh cakap macam kenangan atau memori. Macam-macam rasa ada. Benda cinta, benda sayang, benda kasih. Nak cakap benda-benda ni, boleh sampai melulu, merapu. Entah dari mana lautan api nak kasik redah. Inikan pula lautan cinta. Memang pelik. Tapi dah nama pun pinker. Redah sajalah.
Benda sekarang adalah hari ini. Apa yang baru di lalui, apa yang sedang di lalui, apa yang dalam 2,3 saat nak dilalui. Campur baur. Macam baru post pada blog entry kelakar, alih-alih kejap lagi sudah jadi menangis beria-ia. Macam patutnya hari ini puasa sunat 4 rabiul akhir, tapi dah sebab tak tahan keluar bilik air sudahnya jadi terus buka puasa. Tak ke naya jadinya. Tapi pinker juga. Dapat juga minum air panas perisa baru bagi mahu kasik tegang kulit muka.
Benda akan datang memang susah nak jangka. Tapi tak terjangka. Macam mimpi. Macam mimpi jadi nelayan pakai bot besar siap selamatkan adik sepupu mahu mati lemas. Bangun tidur, tengok dah berair pipi sebab menangis dalam tidur. Sekejap tu mimpi siap kasi gua nampak sipi-sipi bakal calon suami, siap sanding, tapi bila tang nak tengok muka calon suami terus pagi. Nasib baik juga tak datangkan apa-apa kecelaruan bila bukak mata. Ini perempuan, mana ada mimpi basah. Pinker juga walaupun khayalan.
Pinker juga macam emosi. Macam fantasi. Macam realiti. Macam ekspresi.
p/s : Apa macam pakcik, gua dah kasik layan sama lu bila time kena tagged.
10 comments:
pink itu pink panther...! amacam?
syok2 kau nye post kali ni..nak tanye lebih lanjut pasal pink leh tanye korean...pakar pink
PINK..is the new BLACK B-)
alif mikail : tereng.. tereng.. tereng.. terengtreng...
ok, ko kna tag!
ilya : korean takmo komen pun. tak pnah nmpk die pakai baju pink!
:D
faibizandry : blackberry. wah!
Boleh. Balik Melaka, claim.
pakcik : wawawa~
manyak ar!
ko lupe letak la...haha..yang itu...
arfa : yang itu?
yang mana?
nak ikot blik melaka?haha..nak jupe pakcik,nak minta air bekabonat free.. :)
budak pemalas : jom.. jom...
kite bertani nanti kat blakang umah tu.
Post a Comment