Tuesday, February 24, 2009

seperti ku bernafas dalam air


dia comel. dia bergaya. dia degil. dia ego. dia ada banyak personaliti. dan kami sama-sama banyak persamaan.


mak, abah dan mak cik, pak cik saya kata, dia umpama saya. mereka gelarkan beliau ketika kecil si ain nombor 2. cuma hidung saya tak sekecil beliau ketika kecil.


kini,
dia benar-benar sudah membesar. dari ketika lahirnya beliau, saya tatang dengan kasih yang tak
berbagi. saya mandi dan bersihkan urinya, supaya pada masa depan, beliau akan sayangkan saya. kerana itu, saya memang percaya kata-kata keramat orang-orang tua.

saya sedang rindukan dia ketika ini. benar-benar rindukannya. air mata cepat benar mengalir tika ini. deras bagai ada satu kuasa yang kuat untuk rindukan dia.

tuhan maha hebat, laju jari saya mahu cepat-cepat mendail nombor mak untuk cuba berbual dengan beliau. mahu dengar keletah beliau. untuk dengar dia meminta-minta saya barang baru. untuk dengar dia mengadu sesi persekolahan yang memenatkan. dan mahu dengar beliau jerit nama saya dengan kuat untuk panggil adiknya sambung perbualan dengan saya.


beliau adalah adik bongsu perempuan saya. si intan payung kakak-kakaknya, along dan anem. wawa juga si tembam, si gemuk, si kuat makan kami sekeluarga.

mak cakap, semalam dia jatuh ketika menjadi penunggang motor di belakang si tasya. jatuh pula masuk semak. sudah penuh luka-luka di badan wawa. sayu pula dengar sampai saya termati kata. patutlah saya rasa bagai serba tak kena hari ini. semuanya pasal beliau si intan payung saya.





8 comments:

alifmimyanun said...

wah hah ha
ye, gambar ini patutnye diletakkan di entry yang bawah ini.

apepun, peace.

alifmimyanun said...

ye, begini adelah pilihan yang terbaik. saye percaye dengan pilihan awak.

ain fadzal said...

amin : yaey!!!

(jgn lah skema sgt dengan saya...)

13may said...

alolololo.....

Rockstar said...

mana gambar spender?

ijan said...

jatuh moto?

aku yakin dia pun kental cam ko gak. haha...

rainz said...

adobe gatal...

adobe abang kucing..

Anonymous said...

dulu...
aku la kaki terajang adik aku bila dia buat hal...

itu dulu...darjah 5-6...

skang ni, aku terajang balik saper yang wat hal ngan adik aku....


sayang wooooo......~