Wednesday, February 18, 2009

orang tinggi memang tak patut bermegah


ada satu benda yang buat saya bangga hari ini. sedikit kata ucapan dari kakak-kakak senior saya.
+
+
+
+
+
kak melah juga telah bertanya akan perihal ketinggian saya di facebook. perbualan secara alam maya rentetan daripada shoutbox yang sempat saya print screen di blog kak nani.



bukan kerana ketinggian mahupun kebesaran fizikal saya. cuma teruja kerana ada yang masih mengingati dan merindui saya. kak natrah kata, dia ingatkan saya kerana saya begitu mudah dibuli. sedikit bulian dah boleh buat saya merajuk. kak syasha juga kata begitu. mereka kakak-kakak senior dorm saya. dorm safiah. cuma saya tak begitu setuju dengan perkataan merajuk. perkataan begitu adalah sangat tidak sesuai dengan saya. cuma saya perlukan masa untuk betulkan emosi segala buli-bulian pada zaman dahulu. itu zaman pra-remaja saya. pasca remaja. sudahlah mak abah jauh nun di melaka. cuma dapat pulang ke kampung pada hujung bulan. itupun naik bas cepat express ataupun bas sangkut-sangkut dari segamat ke tangkak kemudian bertukar bas dari tangkak ke melaka. itu pun sudah buat saya berderau darah. cukup takut. untuk mengelakkan ketakutan itu dapat di hidu oleh pengguna-pengguna bas yang lain, saya kadang-kadang terpaksa bergelut dengan diri sendiri supaya buat muka bengkeng ataupun muka tak puas hati untuk mereka jauhkan diri daripada saya. bencinya bila duduk berseorangan di tempat awam.


berbalik kepada shoutbox tersebut, mungkin perbualan di atas juga melibatkan ketinggian adik-adik junior mereka apatah lagi ketika mereka bertemu dengan sang arfa yang agak tinggi daripada mereka. saya pun tak pasti sewaktu en. penchu berkahwin, kak melah ada atau tidak. saya sangat tidak percaya, arfa telah menjangkaui mereka. mungkin sumber kalsium mudah di dapati pada zaman uitm beliau agaknya.


rasa-rasanya, saya mahu bagi sedikit penghargaan pada mereka kerana masih mengingati saya. cukupkan dengan hug & kiss secara alam maya. dan pastinya saya rindukan mereka. lebih-lebih lagi pada kak a'a yang merangkap kakak angkat saya sehingga sewaktu di tingkatan 2. kak a'a sangat cool sebab sudi mendengar saya bercerita. selalu. dan semestinya setiap hari saya akan ke dormnya.


dahlah, saya malas nak bercerita lagi. saya tak sabar-sabar mahu tunggu si jane di pudu esok petang. saya perlu sediakan buah tangan khas untuk beliau. encit elmo yang merah. untuk ilya, saya mahu ucapkan selamat hari ulang tahun kepada kamu hari ini (bayangkan saya menyanyikan lagu imran ajmain yang baru lagi). segala yang terbaik pasti untuk kamu.


p/s : si pais juga sudah tinggi dari dulu. dan kamu semua dari sksr dan smkas patut teruja ok...
p/p/s : amat, gue tak rindu kat lu pun. :D


11 comments:

Anonymous said...

haha.. ain adalah si monster yg sgt takut berseorangan di tempat awam. sekian.

AmatMizi said...

Sampai hati ko tak rindu kat aku..

Klu nak jumpe A'a ko mintak lah Pekji bawak ko lagi masa budak batch kitorang kawen.. Anep & A'a rajin datang majlis kawen ni..

Melah dah lama tak datang majlis kawen. Dia bz sangat.. (dia kata la)

ain fadzal said...

jane : buwek.. buwek..
(pais kata aku langsung tak comel nak buat mcm tu.)

takpelah, tunggu ko dtg, baru nak pergi sogo nanti untuk window shopping.

amat : kena rindu kat ko ke?
(ko kan dah ada kekasih.)

takmolah, nanti aku pergi jb, aku roger sendiri dieorg. ;))
(malu la asik menempel kat org lain.) x rock langsung!

aku rase, kak melah mmg bz. kot.

Ilya said...

thanks ain :) aku dh tua..yeay yeay yeay

ain fadzal said...

ilya : ko sorg jek tua.

aku pasca belia skang ni. :P

Anonymous said...

Ain memang senang diingati kerana ketinggiannya berbanding rakan sebaya yang lain. Tambah lagi kebrutalan ain yang terserlah dr dulu. Cuma sekarang ni nampak 'ayu' sikit...(series!)

ain fadzal said...

kak nani : amboi! brape org nak bayo akak ni?

:)). ala, kak nani jek yg kurus kecik sgt. kehkehkeh.

rainz said...

ecece...ayu la ain..

ain fadzal said...

arfa : :))

x ar... memain jek tu. kak nani konpius ain fadzal ngan ain safari tu kot. :))

Anonymous said...

takla...ni kak nani cakap ain yang skarang ni nampak ayu dalam gambar. Kalau ingatkan ain yang brutal dulu tu cam tak caye jek ni orang yang sama...

Anonymous said...

Utk Amat...sorry Ain akak gner tmpat awak..heheheh...aku mmg bz lah...dh nama laki aku pun nk jadi bisnesman berjaya aper....Kepoyoan lah amat ni

Ain: okey haper tggi menonjang, al least kalo akak trnmpak awak, bleh jrit dari jauh..........AIN FADZAL!!!!!!!!!