Thursday, February 12, 2009

kisah syukur di sebalik keresahan

saya orang yang jenis suka bercerita.

dan kawan-kawan semua, tolong pastikan saya akan tetap bercerita hingga akhir hayat saya.
(owh, memang pasti saya sebenarnya si horton yang suka bercerita.)

+
+
+
+
+

walaupun keadaan saya kini berada dalam kondisi demam. ataupun lebih kepada dedar. sekejap demam, sekejap tidak. yang pastinya, selera makan saya sangat kuat walaupun perut saya tidak berupaya menampung kapasiti yang terlampau. itu juga mungkin petanda untuk saya menghantar isyarat supaya berhenti makan dan otak saya mungkin tidak dapat mengakses laporan tersebut dengan betul. padahnya, setiap kali makan dengan banyak saya akan termuntah. saya benci muntah. dan saya sangat benci bahan muntahan itu. ia menjijikkan!




saya tahu, ada di antara rakan-rakan saya cuba merahsiakan sesuatu perkara daripada pengetahuan saya.

contohnya, kisah pertunangan rakan saya, antara si S dan si A. mereka sama-sama bersekolah dengan saya di smkas. pada saya, sesuatu yang baik tak elok untuk dirahsiakan. katakan tiba-tiba saya jatuh cinta dengan si A, tetapi saya tidak pernah tahu statusnya, rasa-rasanya perlu disalahkan pada siapa? saya atau si A atau rakan-rakan yang cuba merahsiakan perkara tersebut dari saya. ok, nampak saya cuba memperbesarkan cerita yang tak berapa hangat, tapi pada saya semangat setiakawan pada kami agak berkurangan kebelakangan ini. atau di cuba untuk menjauhkan diri dari saya. who knows? dah lah, saya malas peduli walaupun isyarat naluri saya mengatakan saya perlu peduli dengan sebuah kisah persahabatan saya dengan si NbA.


saya juga tahu, sejak kebelakangan ini saya sedikit serabut. saya tipu diri saya. saya katakan pada diri saya, saya tidak pernah ada apa-apa masalah. dan jika ada, saya masih boleh selesaikan seorang diri dengan apa cara sekalipun.


dalam blog ini, tidak perlu untuk di ceritakan apa masalah yang sedang melanda. dan bagaimana untuk saya lari daripada kenyataan tersebut. nampak sangat tidak cool, kan? sedikit benar, tak semua hidup saya bagus dan indah. tapi, saya perlu lawan dengan masalah. selesaikan dengan betul. mungkin mudah untuk saya untuk menghadapi hari-hari mendatang. saya perlu jadi ain yang kuat dan gagah macam selalu. orang pun mungkin muak untuk mendengar luahan yang bukan-bukan, atau yang nampak selalu sedih padahal dalam hidup saya serba mencukupi. ada tempat tinggal, ada kereta, ada rakan-rakan serumah, ada rakan-rakan yang dah tak berapa pelangi, ada keluarga dan juga ada hutang. dah nampak tak rock la beb, kalau zaman sekarang tak hidup dengan hutang. hutang kereta, hutang kad kredit, hutang pinjaman pendidikan. tengoklah kalau tahun depan cuba nak sambung hutang ptptn pula.



hari ini,
saya mahu berseru pada rakan-rakan semua supaya bersyukur dengan kehidupan yang telah ditentukan untuk kita walaupun tak sehebat mana. mungkin satu hari nanti, pasti yang positif akan datang. saya juga selalu nak mengingatkan diri sendiri supaya betul-betul percaya kepada qada' dan qadar.

15 comments:

ujie said...

huhu maafkan saya....

ain fadzal said...

ujie : aku nak suruh ko nyanyi lagu,

maafkan kami. maafkan kami.

:P

ujie said...

slh lyric ar..maafkan saya jela hehe meh aku nyanyi eh..

lalalala..maafkan saya1000x :D

ain fadzal said...

ujie,

nak kata kami jugak. kami jugak.

rainz said...

nape ujie mintak maap?

adakah ujie = S?
atau adakah ujie = A?

atau adakah aku =A?

ko suke kat S?

siapa S?

wah..da macam murai.com aku nih..

ain fadzal said...

arfa : saya bagi anda 5 bintang. 5, 5 untuk anda kerana berjaya mengaburi pandangan saya sekarang ini.

anda pakai teknik apa?

AmatMizi said...

Simptom ko sama mcm simptom Bini aku la Ain...hheheheh..

Anyway, ko tgh kecewa ke dgn A tu??
adakah A = Amat?? huhuh

ain fadzal said...

amat : aku masih belu pakai ilmu perapat.

:)). klien aku kata, aku mcm takde mood gatal langsung. :))

psl kecewa dgn A, tak kot rasenye. dan tak akan tu.

(perasan!) satu kosong tiga tu mat. :))

Rockstar said...

****

Ilya said...

ape nk komen ek.pas ni jom la jd horton ramai2.haha

ain fadzal said...

air mineral : *******!

ilya : ko dah jadik horton junior pun. :))

Anonymous said...

aku dtg kl awal bulan 3. mahu beli blackberry. woohoo!!!

ain fadzal said...

jane : wow!

hebat!

Anonymous said...

bapak aku juga menyokong psl blackberry tu. tp sokongan moral sajalah. dia cakap belilah cepat. tp duit dia x beri pula. haha!

ain fadzal said...

jane ; ehehe~

aku x berani nak beli pape lagi.

nak jln-jln ke KK ngan bandung lagi.
adik nak beranak lagi.

eheheh~ aku dpt tgk ko pakai pun dah ok la.

eheheh~