Friday, February 6, 2009

bukan kelab malam sekolah


kalau dulu-dulu masa zaman sekolah menengah kami, kelab penulisan kreatif boleh dikatakan agak begitu popular. ini kerana, segala pembuatan dalam 'zine' sekolah adalah didapati dengan sebahagian besar daripada kelab tersebut. segala idea-idea dan bahan-bahan penulisan didapati daripada ajk-ajk serta manusia-manusia kreatif yang di selektif mengikut kesesuaian dengan bahan dan persekitaran sekolah kami. sudah nama pun sekolah agama kebangsaan, takkan segala bahan gosip-gosip liar akan di dapati dalam majalah sekolah tersebut? lawak yang sedikit lucah pun mesti di 'rejected' oleh para ustaz, ustazah mahupun zulhazmifitri selaku ketua pengawas di tahun 2000.

haih, zulhazmi memang tidak langsung lucah dari awal penglibatannya dalam sekolah tersebut sehingga tamatnya kami belajar di situ.


nak dikatakan, daripada zaman sekolah saya memang merupakan pelajar yang sangat tidak mementingkan kehidupan buku latihan di sekolah. ataupun papan hitam. apatah lagi buku teks. cukuplah sekadar mendapat pinjaman buku teks dari sekolah. kalau dapat yang bersampul rapi memang sangat berkadaran terus dengan saya. tak payah nak sampul-sampul lagi. sangat leceh!

begitu juga sebarang karangan-karangan untuk dibuat latihan di bawah pengawasan ustazah-ustazah bahasa melayu saya akan tetap di'skipped' walau bagaimanapun caranya. saya memang dah dibiasakan terlatih dengan sikap tidak ambil hirau perasaan marah ustaz, ustazah pada masa lampau. mungkin kebanyakan daripada mereka sangat kecewa dengan sikap tegar saya itu. mungkin, jika ustazah jurimah yang mengajar saya matapelajaran bahasa, mungkin ada banyak peningkatan dalam pembelajaran saya. tapi, sejarah tetap tinggal sejarah. tidak boleh di ulang balik, cuma hanya boleh diingati untuk dijadikan kenangan lampau.

dan saya juga bukan merupakan seorang pelajar yang mementingkan seni dalam hidup saya. cukuplah sekadar gambar pemandangan di sawah yang dihiasi gunung ganang dan disebaliknya punya mentari yang terbit indah. juga burung-burungan yang berterbangan bebas. serta sebuah rumah kampung diatapi dengan daun mengkuang. lukisan-lukisan saya juga berdasarkan sebuah tema seperti, jauhi dadah kerana ia membunuh merupakan lukisan huruf, jarum suntikan dan gambar tengkorak sahaja. adalah sangat tidak menakutkan.

tapi, di dalam gambar yang satu ini, saya tidak nampak di mana relevannya saya di situ.
adalah sangat menghairankan dan janggal bila nampak berada di kalangan orang-orang yang bijak mengutarakan pandangan dan memaparkan idea-idea bernas.


kelab penulisan kreatif tahun 199?


tapi,
kalau diwujudkan ruangan penulis gosip liar, mungkin calon utamanya hanyalah saya.
& atau saya cuma slapstik.



p/s : malam nanti, saya cuba nak jadik minah rock. dan minggu depan saya akan update gaya baru saya. wohooo~

8 comments:

rainz said...

ko mekap mata pakai marker pen ke?heheh...

ain fadzal said...

arfa ; liquid paper jer.

;))

Ilya said...

aku naib pengerusi KPK dulu.haha.jiwang jugak aku dulu ek.

13may said...

muka tak berubah :D

Im Single said...

bakat ko ni hasil tunjuk ajak amirul rupanya...

opaq said...

hehehe..

nape ko tak berdiri tegak2...??
macam nak jatuh je..

ain fadzal said...

ilya : sampai bila2 pun dah termaktub ko mmg jiwang.

;))

13 may : nak berubah jadik ape?

ehehehe~

samel : sampai skang aku x knal amirul yg mane?

yg mane satu tu?

opaq : aku mmg tak suke diti tegak2. :))

x kacip tegak2 ni. :))

ijan said...

aku dulu ajk surau...

assalammualaikum...