Tuesday, September 16, 2008

tazkirah sebagai peringatan.


Pada hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang bernama 'Huraisy' berasal dari anak kala jengking.
Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi.

Malaikat Jibril bertanya : 'Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa yang kau cari?'

Huraisy pun menjawab, 'Aku mahu mencari lima orang.'


Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang. ( yang ni selalu je pun. :D )
Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat. ( abah still bayarkan lagi. )
Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya. ( baru lepas buat. :( )
Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid. ( kadang-kadang malas gi masjid sebab macam nilah jadinya. )
Kelima, orang yang suka minum arak. ( nauzubillah~ mintak dijauhkan. )

p/s : sampaikan pesanan ini biarpun 1 ayat.. Wallahualam

Monday, September 15, 2008

keinginan



teringin mahu makan bubur lambuk.




ada siapa-siapa yang mahu pedulikan saya?

Friday, September 12, 2008

dengan sepenuh hati


Malam tadi, I layan cerita GODA drama di 8tv. Nampak serabut, tapi oklah. Masih boleh layan. Lagipun nak demand lebih-lebih, rumah sewa I ni memang tak pasang astro.
I nak cerita perihal lelaki dengan rambut mereka. Dari perspektif i.

Rambut mahkota bagi seorang wanita. Begitu juga lelaki.

Macam selalu, I ada sebut-sebut tentang pemandangan indah dan jerung. Pada I, hal jerung dan pemandangan indah tu memang lumrah. Lagipun, kita dicipta dengan pelbagai bentuk dan rupa. Ciptaan tuhan. Rugi kalau tak pandai menghargai.

Dan seninya seseorang tu mungkin pada criteria masing-masing. Hal rambutnya, hal pemakaiannya, hal bagaimana dia bergaya. Tapi I melihat mereka pada mereka appreciated diri mereka masing-masing. Dan macamamanapun rambut mereka kerinting, tapi mereka tetap dengan diri mereka. Dengan rambut mereka.

& ramai yang ingat I lelaki walaupun rambut I dah panjang.

Teringat tiba-tiba pada iklan syampu clear, tapi I nak buat versi I. Hi, nama saya Ain.


****

saja nak upload gambar-gambar ni. sebab nampak kami sangat gembira menikmati juadah.


meja sebelum



sebelum tarik satu nafas


sesudah satu nafas

Thursday, September 11, 2008

jangan terkena tempias aku

Kadang-kadang bila tengah marah-marah, aku malas nak libatkan orang lain. Aku lebih suka marahkan diri sendiri daripada marah orang lain. Baik bermonolog dengan diri sendiri. Konon-konon ada bidadari dan setan dalam masa yang sama yang bergayut di bahu kanan dan kiri. Itu lumrah diri aku, dan kau tak perlu jadikan contoh dan ikutan.

Macam sekarang.

Kadang-kadang aku malas mahu fikir diri sendiri dan aku memang malas. Dan aku mahu libatkan diri dengan orang lain. Dengan masalah mereka. Sebab aku sudah biasa jadi macam tu. Memang tak boleh elak. Macam mana aku mahu pentingkan diri pun, mesti aku akan terfikir masalah orang lain. Masalah itu yang akan berlegar-legar dalam kepala otak aku.

Aku mahu marah. Aku mahu mengamuk. Macam dulu-dulu. Mungkin itu dapat mengurangkan sedikit beban kemarahan aku. Dan aku akan mula menyalahkan diri sendiri sekarang ini. Sebab aku tak dapat nak luahkan kemarahan aku kepada siapa. Atau aku tak mahu di cop dengan nama singkatan bagi gadis macam aku pada satu masa akan datang. Aku mahu lebih realistik dalam hidup dan lebih kepada tanpa perancangan. Dan itu juga kau tak perlu jadikan ikutan.

Aku juga mahu rasa patah semangat, mahu hilang semangat, tetapi masih tidak boleh.

Kalau ada pun, kadang-kadang aku pernah terhilang semangat sekejap. Tapi, tak pernah lama. Semangat aku masih kuat. Masih dasyat seperti dulu. Kencang. Aku masih boleh bergembira. Seperti tiada apa-apa pernah berlaku dengan diri. Dan kebiasaannya, sekarang ini macam selalu ada suara yang sama selalu berbisik dalam mimpi-mimpi aku. Yang membuat aku sekejap-sekejap terbangun dari lelap. Adakah itu lumrah?


p/s : kalau kau dah menyampah dengan aku, kau tak perlu rasa nak ambil tahu pasal diri aku lagi.

Wednesday, September 10, 2008

raya dengan apa?


hari ni merupakan hari ke sepuluh berpuasa. tapi hati i tidak meronta-ronta seperti biasa untuk beraya seperti tahun-tahun yang lepas. biasanya i beraya sakan.
& i musykil juga.
dan bila i mula check gambar-gambar dekat photobucket baru i tahu kenapa.

step 1.
mula-mula i pilih secara random, 3 gambar jer.










step 2.

ada 3 gambar yang berlainan

step 3.
bezakan 3 variasi warna baju yang berlainan.


results:
yang buat i happy jadi perempuan dewasa mungkin sebab berbaju raya baru kot.
dan tahun ni i dah beraya dulu dengan baju raya yang di ketiga-tiga gambar di atas. so, kalau nak tengok baju raya i, yang ni jelah yer. opppsss... dan ada satu lagi rupenye yang tertinggal dalam ni. baju langkah bendul. ;))


Tuesday, September 9, 2008

best wishes!


hari ni, besday afzan @ janez @ jaiz, bak kata arfa.
gua nak cakap, dah sebaya pun lu dengan kiteorang semua.
ahahaha~
so, lu tak boleh perasan muda lagi.




lu dah balik johor, kejar cita-cita lu kat sana. kira lu dah sampai hajatlah sekarang ni. gua cuma dapat tumpang gembira. macam gua selalu buat.

lepas ni, sorang lagi ahli rainbow balik kampung jugak. faiz. kurang 2 ahli sekarang. faiz pun kejar cita-cita kat sana. ataupun kejar marka?
whateverlah...


*****

sekarang ni, gua memang rasa sayu habis.

gua nak kejar cita-cita gak lepas ni.
mungkin nak menetap kat planet utarid ke. marikh
ke. mana-mana yang sudi terima gualah kiranya. kerja sana pulak.


*****

p/s utk JANE :


kiteorang dah makankan cheese tart the loaf untuk lu. ape macam?




Monday, September 8, 2008

grrrrr~


sebelum acara berbuka puasa, gua seperti selaku ketua kutu-kutu rambu yang lain dok merayau dalam times square sampai terbabas dalam kedai ni.

walau macamana pun, lu semua patut bangga. kitaorang masih mampu buat gaya macam ni sebelum tiba waktu berbuka. hebat, kan?

i'm hungry!!!!!!!!!! tapi apox n pais boleh buat muke cute.


Pirates of Caribbean 4 : me, apox, dak abg


arfa @ apox @ rainz
ilya @ yoyok

gambar dua diatas ni, mana satu lagi nampak real?



one nation emcees, copyright dude!


p/s : nak yang lagi hebat dan thrill dari kitaorang, sila lawati link sebelah page gua, apox @ sweetnessofrainbow.


Friday, September 5, 2008

rahsia bulan puasa

Sebenonye bulan pose ni boleh dikatakan ramai umat islam yang kreatif.
Katakanlah korang tak boleh pose atau korang monteng pose. Maka, akan wujudlah tetibe mentol atas kepala. Ye tak?

Contoh terdekat gualah.
Time sekolah dulu. Lepas sekolah pagi. Dapat 2 orang dalam dorm gua untuk cukupkan korum. Ambil kain batik lepas, pasang keliling katil tingkat bawah sampai tak nampak cahaya. Stok makanan jangan lupa. Okeh? Air paip bila dah darurat pun onkan aje.

Tu zaman busuk sekolah gua dulu.
So, korang dah nampak usaha untuk mendapatkan makanan?

Bila kita kerja swasta, biasanya bidang macam gua biasa memang akan jadi subcon. Pun busuk gak dieorang bagi gelaran kat kiteorang. Tak kisahlah, janji rezki tu gua carik sendiri. Tak mintak derma ikhlas dari orang beso-beso. Kalau nak derma, sebat jelah. Rugi kalau tolak. Rasa yang memberi pun dapat pahala berkali ganda.

Tapi, bila bulan pose ni, memang kamceng abis antara budak subcon dengan maincon. Mula-mula, carik port nasik bungkus. Tapi, setiap tahun port tu tak pernah berubah pun. Yang rasa ntahapehape tu, dengan gua-gua sekali pun pernah terlibat. Tapi, gua jadi tukang makan jer la pun. (eheh~). Port utama budak-budak situ kat nursery tempat gua jaga. Memang masyuk abis, lepas makan pulak masing-masing dok membongkang kat tempat gua tu. Memang happening abis sampaikan gua kena merempat port lain. Memang tak boleh belah masa tu.

La ni, duduk dalam opis. Line manjang tak clear. So, bila datangkan tak boleh pose tu, menyamar gak jadik orang pose. Kadang-kadang terlebih jadik orang pose. Betul-betul thrill kan?


p/s : teringat masa opismate gua menyamar jadik benggali sebab nak tapau mc’d. memang haram 'J' jadiknye. Macamlah tak boleh drive thru.

Thursday, September 4, 2008

kudung dapat cincin


kadang-kadang tahap sabar kita ada hadnya.

ni boleh sampai rosak hati aku kali ini. serius!

tapi, bila rasa nak meletup, memang jadi boleh macam-macam. seperti putus kawan contohnya.
itu akulah. takde kena mengena dengan korang pasal putus-putus kawan ni.

lagipun die gelarkan aku perempuan gila. bersama pula dengan tunang kesayangan dia. (owhho...)
tapi lebih baik kau gelarkan aku gadis gila. nampak sedikit nice. ye tak?

mula-mula,
aku mahu abaikan, tapi tak boleh. aku marah sangat. campur sedih. sebab tak sangka selama aku anggap dia sebagai kawan yang aku boleh susah senang, dia gelarkan aku macam tu sekali. sampai aku tak boleh tidur. walaupun aku pejamkan mata lama.


skil aku memandu memang agak gila-gila. suka hati akulah, kereta aku. dah ada dua pun. motor pun aku ada. aku ada dapat rebat. kau ada apa, perempuan? basikal pun belum tentu ada lagi! cuma ada tunang je pun dengan barang-barang branded. tu pun baru sekarang kau terbabit dengan barang-barang branded ni. dulu kau tak ada pun.

mulut kau mungkin manis depan kami semua. dan orang pun nampak kau gadis suci yang berhati budi tahap dewi. tapi tidak aku. aku tahu hati kau takat mana. depan manis, belakang sampai tak boleh kata. lama aku tahan, sampai boleh terbakar otak dengan hati aku kali ini. sebab aku tak usik kau pun walaupun kau mengadu macam-macam pada abang kau pasal hal-hal rumah kita. hal kau tak nak pulak bagitahu abang kau. mencicit-cicit cari kunci rumah nak menyamar konon-konon stay dekat rumah. padahal selama ni kau melepak aje dekat rumah tunang kau. aku tak pernah usik pun. budak-budak rumah yang lain jenis baik. tapi aku tidak. sorry. kau jumpa orang macam aku.

dengan budak rumah lain, boleh la kau nak kondem. tapi kau silap. kami tak pernah buat salah apa pun. gejala-gejala sosial memang boleh dielakkan. masih tahu batas, tahu halal haram. tapi kau tahu apa? biasanya, siapa yang banyak syak, dia yang lebih-lebih lagi. kan?

yang aku tak boleh belah, masa cincin kau bertunang kau masuk dalam jamban rumah, kau mintak tolong aku carikan dalam lubang jamban tu. lepas kau seluk jamban tu, aku pulak seluk untuk aku tunjukkan erti setiakawan. bangun pagi-pagi, aku belum mandi, berjalan-jalan pula mahu cari pengganti cincin kau yang hilang dekat kedai-kedai emas yang lain supaya kau tak sedih sangat. tu baru seminggu kau bertunang. tapi aku mahu kau tabahkan hati kau. tu erti setiakawan. tapi mungkin peten kau memang macam tu. aku pun jadi malas nak terkait dengan kau pasal apa-apa lagi. rasa macam orang neraka jumpa orang syurga nanti.


aku mahu gelarkan kau 'kudung dapat cincin'. boleh?

Wednesday, September 3, 2008

kreatif la sangat ni~

Top 5 Creative Blogger


'ANDA HENDAKLAH MENYEDIAKAN SATU UCAPAN BERANGAN'
.
It should been done according to the following rules:
1. The winner may put the logo on his/her blog.
2. Put the link to the person you got the award from.
3. Nominate 5 blogs.
4. Put the link to the blog.
5. Leave a massage, err, message for your nominees


assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pemblog dan juga pembaca sekalian.

semoga anda semua dirahmati dan di berkati di dalam bulan yang mulia ini.
bagi yang berpuasa, selamat berpuasa penuh untuk tahun ini. (senyum kembang kuncup hidungnya).

pertama sekali saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada cik dyana halim a.k.a budak pemalas kerana sudi mencalonkan saya bagi kategori ini.
alhamdulillah dan syukur nikmat yang tidak terhingga kepada-Nya.

(sila tepuk tangan beramai-ramai dengan kuat sekali).



(ok, cukup!).

di sini, saya juga ingin mengucapkan setinggi penghargaan kepada rakan-rakan yang pernah memberi semangat untuk saya meneruskan era pemblogan. ketika mula-mula saya terlibat dalam bidang ini hanyalah sekadar sebagai pembaca blog rakan-rakan saya yang lain, iaitu cik soraya, cik afzan, cik ujie, en. faiz dan rakan-rakan yang lain. dengan desakan dan dorongan rakan-rakan yang lain, saya juga telah dengan tidak tersengaja terlibat dengan dunia pemblogan ini.

(dengan lelehan air mata yang menjejer-jejer di pelupuk mata).

dengan blog ini, sedikit sebanyak dapatlah saya berkongsi cerita, meluahkan rasa, menunjukkan emosi terpendam bagi memenuhkan ruang lingkup siber yang semakin berkembang maju seiring dengan pencapaian teknologi sekarang ini. jika tiada anda semua siapalah saya pada hari ini. insan kudus ini hanyalah makhluk tuhan yang merempat di muka bumi tuhan semata-mata berbekalkan keazaman yang sekejap-sekejap naik meluap-luap dan turun terjunam mengikut kadar inflasi yang menyerang malaysia sekarang ini. (
hadiah wang tunai berapa ringgit yer kalau menang kategori ni?).

sudah berjela-jela saya membuat ucapan. kalau boleh panjang lagi, saya tambah lagi. tapi cukup-cukup sudahlah. kering anak tekak sekarang ni. dengan ini saya ingin membuat pencalonan kepada 5 rakan-rakan pemblog yang kreatif untuk pencalonan ini.

dengan ini saya menamakan :-
1. apox - blog sukaria
2. wiwin - blog otak kreatif
3. jane - blog fakta
4. yoyok - blog cerpen
5. pais - blog sarcastic

tambah satu pencalonan lagi :-
6. sue - blog emo

kalau boleh, saya ingin menambahkan kepada beberapa pencalonan lagi bagi rakan-rakan saya yang lain untuk menunjukkan ketulusan hati dari insan kudus ini. tetapi apakan daya, setakat 5 orang sahaja yang dapat dinamakan untuk award ini.

apa yang dapat disimpulkan disini, anjakan pardigma dapat membentuk negara kita akan datang.

sekian, jutaan terima kasih dari saya untuk anda semua. (terharu!)

majulah blog untuk semua.

(tepuk tangan bramai-ramai dengan gemuruh sekali. sambil buat ombakkkkk...)



p/s : bagi yang telah dinamakan, sila buat tag ini. jika tidak, pencalonan anda akan di tarik balik.
(lagi satu, bayar duit yuran pencalonan sorang seribu masukkan dalam akaun bank aku. penat aku jolok juri tau!).



Tuesday, September 2, 2008

fakta vs auta

7 Fakta Mengenai Diri Saya (7 Facts about Me..)

  1. degil
  2. suka nak kena paksa
  3. belasah orang
  4. paling benci orang bila mula bohong
  5. kuat
  6. emo
  7. kuat makan

7 Perkara Yang Menakutkan Saya Di Dunia (7 Things that Scare Me in the World..)

  1. mati putus kepala atau meletup satu badan
  2. jadi bisu
  3. first night
  4. takde kawan dan family
  5. bantal hilang
  6. kena bunuh
  7. hilang ingatan

7 Lagu Kegemaran Buat Masa Sekarang (7 Current Favourite Songs)

  1. she moves in her own way
  2. there she goes
  3. matahariku
  4. she's a rainbow
  5. bertanya dalam hati
  6. cahaya kehidupan
  7. jiwa kelajuan

7 Perkataan Yang Selalu Saya Sebut (7 Words Mostly I Said..)

  1. babi! babi!
  2. pukimak
  3. lahanat
  4. sial
  5. bangang
  6. bodoh
  7. benci

7 Perkara Yang Bernilai Bagi Diri Saya (7 Valuable Things for Me)

  1. mata hati jiwa
  2. mak, abah, adik-adik, mak cik, pak cik, nenek, atuk, atuk sedara, nenek sedara
  3. kengkawan
  4. ego
  5. otak
  6. maruah
  7. (kosong lagi.)

7 Pertama Kali Dalam Hidup Saya (7 First Time in My Life)

  1. langgar van polis
  2. kena cili padi
  3. kena bedah
  4. kena bantai
  5. derma darah
  6. jadi kakak pengantin
  7. dapat loan
7 Orang Yang Bertuah Untuk Menjawab Soalan-soalan Di Atas (7 “Lucky” Peeps That Need to Waste Their Time Doing This)
  1. wiwin
  2. poji
  3. amin
  4. amat
  5. pekji
  6. zen
  7. dyana halim

Friday, August 29, 2008

lumba-lumba


isnin nanti,
sudah masuk bulan pose. (hi readers... selamat berpuasa!)

dulu hingga kini,
gua selalu sangat dengar fatwa pasal bulan-bulan mulia ni.
bulan minta-minta maaf, bulan yang memenuhkan peti email gua.
bulan puasa, bulan ramadhan, maka akan segala syaitan-syaitan dan iblis-iblis laknatullah yang berkeliaran keliling kita ni di ikat, di gari dan di penjarakan.

nak carik amalan, nak carik lebih berkat, bulan tulah nanti.
sebab dekat gua nanti dah takde syaitan, takde jin, takde iblis lagi.

agak-agaknya,
gua boleh kurangkan dosa-dosa kering gua tak?
sebab gua pun dah konpius samada gua ni yang dah terlebih setan dari mereka, kot.


p/s : gua mahu tengok
death race minggu ni.

leng chai, leng lui, lu mahu ikut?

Thursday, August 28, 2008

sekutu si bangsa ini


selalu kalau gua rasa fed up,

gua macam nak tutup terus blog gua.

gua nak buat kerja tanpa sebarang hubungan alam cyber.
gua nak duduk dalam gua sorang-sorang layan heavy metal.







Wednesday, August 27, 2008

sold!


dari semalam,

dalam hati bukan main bangga. bukan main berbunga.
gua asyik dok menyengeh bukan main lebar sampai sakit geraham. macam dapat cinta baru.

tapi,
esok lain cerita.

ni pun dah rasa macam ada binatang tengah bertumbuk dalam perut nih.
macam nak muntah hijau pun ada.


serius.