Wednesday, July 16, 2008

macam berlakon dalam siri survivor di china


hidup i sekarang macam drama.
i jadi pengarah sambil pegang skrip.
& u pelakon.


*****


hal ini memang serius.
mungkin tidak pada u. tapi pada i.


situasi :
i dapat sms daripada seorang rakan i.
namanya raslan.
asal-asal dia kata, dia salah nombor. salah hantar mesej dekat i.
tapi, lantak la.
dia tetap tahan dengan i,
walaupun i mengaku yang nama i ini fadzal, umur 53 tahun dan i tinggal di alor gajah.
& yang penting, sampai sekarang raslan tidak tahu nama i.

dan 2 hari lepas dia kata nak telefon i. i cakap tak payah. i nak tidur.
kalau tak percaya, boleh tanya zura sebelah tilam i. i memang tidur cepat kebelakangan ini.

semalam,
lepas i balik kerja, i duduk bersila, tengok drama. ezora.

i buka inbox i. i terkedu.
tapi lepas tu, i menjerit.
& mungkin abang-abang seberang blok sana dengar suara i.


i tidak pernah berkawan yang mengaku dirinya 'gay boy'. ok?

i sms dia. i hendak tahu lebih lanjut pasal dia.
i : u gay ek? as gf ke bf?

dia diam. lama.

raslan : ada. tetapi 'laki' orang. kenapa?

dan i mula 'sekolah'kan dia.

i : u lembut ke? dan kenapa u bagitahu semua ni?
raslan : gay boy tak lembut, ok. i kan kawan u. blablabla~~~
i : u tak rasa u kecewakan diri u sendiri ke?
raslan : i dah tak kisah. tapi buat apa nak setia dekat dia.

i diam. dan sebenarnya i tengah tidur.

dia merepek lagi.

raslan : kalau i boring, i pergi sauna dekat melaka. dekat situ banyak gay boy. blablabla~~~
raslan : & satu hari nanti, mungkin i akan berubah. hanya Allah saja yang tahu.


*****


ha!
lepas ni, kalau tengok uniform putih budak ALAM, pergi sauna. DAH TENTU punya.

& yang perempuan, janganlah taruh hati pada lelaki-lelaki tersebut.
buat PADAN MUKA nanti~



Tuesday, July 15, 2008

yang penting, kau bukan lemah! kau cuma manusia biasa.



esok,

16 haribulan julai.
maka,
genap sebulan majlis bakal berlangsung.


aku tahu,
bukan dia yang sedih.
bukan dia yang akan menangis teresak-esak.
bukan dia yang akan berjujuran dengan air mata.


mungkin,

di hujung sudut sana,
seseorang yang akan menangis tersedu sedan.
seseorang yang akan mengalirkan laju air mata yang murah harganya.
seseorang yang akan mengelap hingusnya.


takutnya pada hari itu.
takut pada apa yang di'mungkin'kan itu benar-benar akan terjadi.


masih belum cukup kuat untuk harungi setiap detik.
masih belum cukup masa memikirkan kehidupan yang bakal berlaku.
masih belum cukup menggembirakan hati-hati di sana.

tetapi,

dengan masih berharap padaNya,

agar dapat
kuatkan hati, kentalkan jiwa.
seperti biasa.




strawberi cecah coklat cair



malam ni, i nak lepak dengan kawan-kawan pelangi i.

hendak makan strawberi cecah coklat cair macam siti nurhaliza selalu bikin.

''ilya, jangan lupa bawa strawberi u dari cameron ye...''
mungkin di port baru biasa kami lepak dekat kedai makan di pantai dalam selain CKT kerinchi.

sudah 2 kali, 'brother' yang sama mesti duduk sebelah meja kami.

satu kebetulan (kot!).

& 'brother' tersebut sungguh tidak 'gentle' sebab dia ingat ada shared dengan tauke kedai makan.
lagi satu.
dia ni hendak dikatakan sengal memang patut, sebab menyamakan motor dia dengan lori. entah-entah, isi minyak diesel dalam tangki motor.


haih...

Monday, July 14, 2008

bila mat jenin hendak terjun dengan labunya




2 hari lepas, ada kenduri arwah nenek i.

i kena masak rendang cili padi daging, bersama-sama mak i.
i 'crop'kan gambar di atas kerana muka i nampak 'sebek'.

malam tersebut, i bersama sepupu-sepupu yang terdiri daripada ahli-ahli bujang belum terlajak berkumpul bermesyuarah, membahagikan tugasan secara saksama bagi majlis yang bakal menjelma.

semalam,

lagi sekali di rumah sepupu i ada jamuan.
program makan percuma secara besar-besaran amat berleluasa bila balik kampung.
nak-nak bila musim durian macam sekarang. akhirnya, i nampak macam rugi sebab rambutan belum masak lagi.

petang, i buat aktiviti mengemas halaman rumah. i tebas pokok-pokok renek di keliling rumah i. i pegang mesin rumput, tapi tak sampai 10 minit, i letak balik. i terketar-ketar sudah macam makcik sakit parkinson. last-last i lepak saja tengok halaman. ahaha~



ish... i rasa, i dah salah urat ni~




Friday, July 11, 2008

u tak kenal i pun



saya tahu,
saya jauh sangat-sangat dari awak.


cuma,


kali ini,

saya mahu terlebih dahulu,

ucapkan :
selamat hari lahir~

semoga panjang umur, dimurahkan rezeki & sentiasa diberkati dari yang Esa.




p/s : itupun kalau awak baca blog.


hal kejadian malam tadi


i nge'date' dengan my very BBF malam tadi. lagipun, i ada minta pertolongan dia.

i rasa, i perlukan masa untuk selesaikan semua perkara.
termasuklah perkara pertunangan bbf dengan 'cewek'nya itu nanti.

i tahu, u semua nak kata i ni,

SO SWEET
~
kan?

i bincang dan terfikir satu projek,
i nak buat part time bila malam menjelang.
i nak buat projek kecil-kecilan.

projek 'open space'.
i suka yang 'open-open'. sesuai dengan kehendak i. i suka campur orang,
tapi i x suka orang bila mahu campur tangan urusan hal bukan rasmi i.

lepas ni, kalau u semua jumpa i di tengah-tengah kesibukan kota, say HI! dekat i yer~

manalah tahu,
kalau masa itu i tengah baik hati. boleh dapat free gift juga, kan?



p/s : kesiannya nora danish.

Thursday, July 10, 2008

again & again


As tagged by Arfa. lalala ~~~~~



*****

“The rules of the game get posted at the beginning.

Each player answers the questions about themselves.

At the end of the post, the player then tags 5 people and posts their names, then goes to their blogs and leaves them a comment, letting them know they’ve been tagged.

Let the person who tagged you know when you’ve posted your answer.”

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Questions:

1) What were you doing 5 years ago?

Student.
Praktikal, jumpa abang angkat yang sama-sama praktikal.
Mungkin sekarang ini sudah punya 2 anak.
Tak pun, dia tengah tunggu i.
Kot la... :))



2) What are 5 things on your to-do list for today?

a. ber YM & berblogging
b. buat kerja sampai pengsan
c. malam ni, mahu lepak dengan best friend i, si epit.
d. nak cari seluar sedap dekat uptown setapak.
e. balik, watching ezora.

3) What are 5 snacks you enjoy?

a. kacang ngan yin
b. coklat cadbury stok besar
c. coklat
d. ais krim cornetto
e. nugget tempura ayam


4) What are five things you would do if you were a billionaire?

a. beli rumah flat satu bangunan, lepas tu sewakan pada student.
b. beli kereta kancil banyak-banyak, lepas tu sewakan pada student.
c. main saham sampai jadi kaya sangat. lepas kaya, baru bagi duit pada parent. setuju?
d. jalan-jalan cari makan di pulau-pulau sambil bersnorkeling.
e. belikan sesuatu yang sangat berfaedah untuk diri sendiri seperti jam tangan, lagi~



5) What are five jobs you’ve had?

a. HOP di refinery dulu. banyak pemandangan indah sama-sama pakai coverall.
i like it~
b. jadi PA, 2 bulan. i like that datuk. dia still ingat i lagi.
c. i prefer kerja di site, sebab i tak payah nak berblogging.
d. round-round rambu ramba di seluruh melaka. i suka nganga mulut makan angin sambil pakai helmet.
e. kerja sekarang :- tak best! i duduk office mengadap monitor, jarang-jarang tengok pemandangan indah. kalau keluar pun, banyak pencemaran ibu kota. bosan la~


I'm going tag five (5) peoples....

1) Faiz
2) Amat
3) Ujie
4) SM
5) C'an





mahu dikatakan dengan indah



malam tadi,
i pergi 'celebrate' housemate i punya 'bf'. dengan 'gf' dia sekali. i celebrate sebab dia selalu belanja i & satu housemate i. baik hati sungguh dia. i memandu masaot i menuju ke pasaraya HERO yang bersebelahan dengan UO yang ada MBO. i pelik dengan nama-nama satu tempat yang mempunyai suku kata yang sama. tapi, i pura-pura buat tidak peduli walaupun, i tahu i memang peduli.



sampai-sampai saja i dan mereka di restoren WANG SOLO, dan dengan sebutan yang lebih kurang sama yang berkemungkinan ada sumpahan huruf O di kawasan tersebut. kalau tidak, barangkali perniagaan mereka mungkin boleh jatuh bankrap bagi satu-satu jenis perniagaan tersebut.
i pelik, i peduli lagi.



sampai sana, i ambil tempat. tempatnya lebih kurang gambar foto begini.


sekadar gambar hiasan

ada meja segi empat tepat, ada bantal bagi duduk bersila.

dan sebelah ala-ala kubikel i pada malam tadi, ada pasangan chinta yang bergaduh (tidak ada kena mengena dengan foto diatas). i pelik lagi. bila bergaduh pun, boleh makan dengan senang hati walaupun mata sudah merah-merah menangis.



i order menu. i mahu terasa kelainan. i order es campur, jus poligami dengan teh tarik. lauk pula, i pilih menu biasa-biasa. i tak ingat nama menu tersebut. mungkin sebab sudah di'jawa'kan menu tersebut. semalam, i banyak hilang ingatan. i jadi pelupa. yang i tahu, perut i mesti kenyang.


sekadar gambar hiasan

menu-menu i lebih kurang dengan gambar foto di atas pula. (makcik-makcik ini pun sekadar gambar hiasan).

i rasa, makanan-makanan di situ, hanya biasa-biasa. ataupun, tekak i selera lain. lagipun, i rasa cuma nama saja bertukar, ataupun pelayan-pelayan di situ hanya di import dari indonesia. lagi sekali i ambil peduli walaupun i sudah kenyang.


*****

oklah, i sibuk. i mahu sambung buat kerja. :D


Wednesday, July 9, 2008

alif ba ta



umur 10 tahun, saya pernah tinggal rumah kuarters. rumah kerajaan. rumah papan, dapur batu. tidur pula berkongsi bilik bersama anem. ada tilam dreamland tiada katil. ada banyak bantal. ada almari tinggi. 3 kali ganda tinggi dari saya. sakit tengkuk bila mendongak.


waktu darjah 4, sesi persekolah bertukar ke sesi pagi. rutin bertukar bangun pagi awal. hendak mandi, ada air jerangan. pergi sekolah, balik sekolah, naik bas. bas pakcik usop namanya. kadang-kadang naik van kontotnya. bila tiada kesempatan pulang ke rumah waktu tengahari, saya selalu pergi ke rumah rakan untuk menunggu waktu masuk ke sekolah agama. rutin harian.

balik sekolah, mandi, pergi mengaji. usung rehal, al-quran ke hulu ke hilir dengan beg buruk.


saya mengaji dengan mak endon yang punya banyak anak bujang. bila giliran saya berhadapan dengan anak-anak bujangnya, tangan mula sejuk, badan menggeletar, gigi berketap-ketap. kesejukan. pelik, tiada penghawa dingin pun yang kelihatan. bila mula mengaji, idgham, izhar, ihfak hakiki, semuanya lari. tiada nada yang sepatutnya. satu mukasurat pun rasa payah mahu dihabiskan.



kadang-kadang bila rajin, mahu cepat khatam al quran, saya pergi untuk sesi malam. kebiasaanya mencabar. pergi sendiri, kadang-kadang berkawan. gelap, senyap sunyi. bunyi-bunyi katak dan cengkerik bersahut-sahutan. di gagahkan jua.



bila sampai ke rumah mak endon, sambil berlari-lari dan melepaskan lelah. saya duduk, buka rehal, letak al quran. ada batang lidi buat petunjuk. mula mengaji. dengan mak endon.

nah, 4 mukasurat habis. lancar. tiada gugup walaupun kadang-kadang mak endon garang.


hujung darjah 5, ada seorang anak bujang mak endon yang akan berkahwin. nama saya naik. mahu buat majlis khatam katanya. bercelaru juga dibuatnya. sehari kena habiskan 8 mukasurat. kadang-kadang surut juga anak tekak. haus dan kering. rasa tiada air liur dalam mulut.



bila majlis diadakan, saya dikehendaki duduk di sebelah pengantin lelaki. duduk bersimpuh, mikrofon di depan muka. hadirin tidak mendengar, di kuatkan lagi bacaan. periksa pula mikrofon. masih berbunyi setelah di periksa berkali-kali.


saya 'test' pula suara.
berbunyi akhirnya mikrofon tersebut.

haih... rupa-rupanya dari tadi, saya baca dalam hati.

Tuesday, July 8, 2008

si horton yang patah gading


aku jadi horton,
bila aku senang hati.

tapi,

sekarang ni.
aku tengah tak horton.



tau?

Friday, July 4, 2008

obsesi



arfa kata, dia ada dejavu.

teringat-teringat juga apa yang dicakapkan itu.

-----

& i rasa,

i nak mengalami perkara yang sama.

tengah 'mood' aura kuning keorenan.


-----

bayangkan,

barang-barang,


macam :-

  • 333 tong minyak mentah
  • 333 dulang emas india (916 pun, ok juga!)
  • 333 biji kereta


hebat tak ?




Thursday, July 3, 2008

'rider ' kencang


Flashback

Aku tengok gambar-gambar zaman aku muka ‘nerd’.
Zaman bila pakai baju yang mak aku pilihkan. Selalunya corak belang-belang.
Banyak betul.

Mungkin itu fesyen zaman dulu.

*****


‘chapter’.

Kenderaan.
Pasal kenderaan.


****

1 – buaian.

Dulu, nenek pernah bilang, bila mak kau nak pergi bilik air pun, diheretnya juga buaian tersebut.


2 – baby walker

Kali ni pun, mak aku jugak yang sumbatkan aku dalam walker tu. Maksudnya, dieorang tak sabar nak tengok aku berjalan. Kan?


3 – basikal

Yang ni aku ingat betul. Bmx warna merah. Tinggi dari bmx warna biru anem. Masa belum tahu mengayuh, tunggang basikal dalam rumah. Pusing-pusing dalam hall rumah. Ada roda la pastinya. Pandai sikit, bawak keluar rumah, cabut roda sebelah. Mula campur dengan kawan-kawan. Geng basikal. Pergi tadika, bawa basikal.

Al kisah.

Sejak aku bergaul dengan geng-geng basikal, mulalah aku naik tocang. Campur semua orang. Tak mahu orang ingat aku bukan jenis ‘peghak’.

Satu kejadian.

Aku belajar satu perkataan. Babi.
Bila balik, aku praktik. Pergh… tak memasal, aku kena cabai dengan mak.
Apa lagi, kena tahan wad, la. 3 hari dalam hospital. Fuh…. Abah ‘back up’ betul-betul anak dia yang ini.

Masa tu, serik jugak la nak men'carut'. Ingat sedap ke kena cabai.. Mc seminggu.


4 – motor

Aku belajar bawa motor dah lambat. 16 tahun masa tu. Itu pun pusing keliling taman je. Lepas spm, terus ambil lesen B2 dan D. lepas ada lesen, malas nak sambung belajar, aku mula cari kerja. Jadi ‘cashier’. Pergi kerja, balik kerja pinjam motor abah. Dapat kerja ‘upgrade’ sikit, aku gelar kerja tu ‘rayau-rayau’. Petang baru masuk pejabat. Aku dapat keluar sebiji motor. akMAL. Hala tuju berubah. Mula jadi, ‘rider’ tegar. Ke hulu-hilir. Eksiden, berlanggar, jatuh, bangun balik. Itu ‘standard’. Pernah patah-patah. Patah brek, saja.


5 – kereta

Ambil kereta. Bila mak mula bising-bising. Ke hulu-hilir masuk hutan, keluar hutan sesorang.
Anak dara, katanya. Turutkan kata orang tua. Mereka lebih arif.
Aku berjaya keluarkan MASAOT. Si jejaka hebat.

Sejarah jadi ‘bumper car’ – banyak kali.

Selain kenderaan pacuan, 4WD, jimny dan seumpama dengannya, dulu saya selalu meng'drive' lori 3 tan.

Rasa HEBAT!
Tak percaya, cubalah~





p/s : dengan ini, mengetag 'kenderaan anda dulu dan kini' kepada para pemblog. aku tahu, ramai yang ada sejarah. lebih-lebih lagi macam afzan, faiz, arfa, soraya, ujie, ilya dan semua.
sekian.

Wednesday, July 2, 2008

insan yang sedikit kudus



kebelakangan ini,

aku rase,
blog ni macam ada satu macam.
suka menghasilkan 'entry' ber'falsampah'.
secara terbuka.

sebab aku bukan kata ini bukan blog berfalsafah
kerana,
falsafah tidak menuntut emosi kerajaan hati. tidak mengikut emosi.
tiada akal untuk mengimbangi kedua-dua sifat tersebut.
sekejap rasa hitam, sekejap rasa pink, sekejap rasa kelabu pekat, sekejap rase putih. rasa hijau kadang-kadang.




haih...


semacam rasa,

hendak tukar blog ini pergi ke 'link' friendster
serupa macam sahabat aku buat.


*****

(surat kepada seorang yang dinamakan sahabat)


sahabat,

tukar la link tu.
buat blog balik.
post entry.

rindu kat entry-entry ko.

nanti aku komen, tapi tak 100% la aku janji tau.


yang benar,
ain



*****

kepada :

ahli pelangi,


malam ni, jom buat parti buih @ parti baju tidur @ makan pop corn banyak-banyak @ lepak-lepak di CKT kerinchi.

kebosanan ni~







Tuesday, July 1, 2008

cerita hujung bulan june - ke tanjung malim



minggu ini, saya sedikit seronok. sedikit saja.

tidak banyak rasa keseronokan seperti rakan-rakan yang lain.


malam jumaat yang lalu, saya bersama emak dan wawa (adik no.6) menuju ke tanjung malim.
bersebab.
pergi 'menjemput'- itulah aktiviti saya kebelakangan ini.

tiada cuti-cuti 'gila-gila' sehingga pertengahan bulan ogos nanti. meng'eskot' mak abah saya pergi berziarah.


kembali ke topik ke tanjung malim,
saya di ajak bertemu oleh mak dengan emak 'ex-bf' dan kak ngah 'ex-bf' mak saya.
kira boleh dikategorikan, nenek 'ex-bf' mak saya. & saya memanggilnya nenek serta mak ngah.

kisah cinta mak saya,
mestilah dikongsi bersama antara kami anak-beranak.

bak kata 'best-friend' saya, "kalau dah bagitau salah sorang, mesti satu rumah tau!''.

itu dialog biasa. tidak boleh ubah.
cuma sekarang, saya ada simpan satu rahsia. masih disimpan. eheh~
itu yang membuatkan saya serba salah.

berbalik kepada kisah cinta emak saya,

dulu, seawal umurnya 16 tahun, dia pernah ber'chinta' dengan si 'boin' (nama timang-timangan).
nenek bersama-sama mak ngah tersebut pernah menjadi batu api untuk memecah belahkan ikatan percintaan 2 manusia. diturutkan kata ibu dan kakak, dan dengan keputusan kedua-dua belah pihak, ikatan kasih-sayang tersebut putus dengan kasih yang mendalam. (tidak ada kena mengena dengan zaman sekarang).

dan sekarang,
nenek tersebut buka mulut mahu memaduk-madukkan saya dengan cucunya.
saya cuma.
kesengihan. penuh makna.



p/s : cuma nak bagitau:-


" dunia ni kan macam roda, sentiasa berpusing. "