Tuesday, December 18, 2007

makian di kala pagi yang gelap..

aku takde cerita yang dapat buat orang ketawa terbahak2.

serius, aku bukan pelawak! kadang2 aku jadik sangat serius dengan orang yang aku tak kenal/buat2 tak kenal.

aku ramai kawan2.. mungkin aku jugak banyak musuh. aku tak tau..

teman melepak, teman meronggeng (bahase org melaka je), teman nak amik fakta, teman bergosip, teman tempat meluahkan perasaan (sorry dude! aku slalu buat penin kepala ko..).

alkisahnya..

pkul 5 pagi tadi, aku dpt call. tapi aku tak mo angkat! - tak payah detail la. buat sakit jiwa je kalo nak criter, budak kecik yang tak paham2 lagi. hah! aku kakak la. aku tak sudi!

nak di jadikan cerita, byk kali tipon aku berdering2, aku off jek. buat bising bilik aku pagi2 buta.

bangun pagi tadi, aku on kan balik hp aku, pergh.. dapat mesej kena maki plak pagi2 buta! no. hp die lebih kurang ngan bdk kecik tu. mane aku tau, aku tak save no ko la. byk sgt no ko ni..

bangun pagi, lagi skali, die call. ape lagi, kena bebel la aku. member datang dari kampung plak tu. takpe geng, raya ni aku balik, kita lepak same2. yang ko kaco time2 pagi2 tu apsal, bukannye aku nak bangun sahur!

*****

aku tak sabar nak balik kampung, rabu malam ni. sok la gamaknye. sdare mara belah mak ngan abah aku kumpul kat umah aku! pergh, port baik punya.. BBQ rasmi penanggah sebelah umah aku. ni gara2 adik aku nak kawen la. siap de bilik air. tapi, aku dah chop nak bersanding kat penanggah tu, walaupun kipas tu ngan aku jaraknye tak samapai sekaki. aku suruh abah aku cabut kipas tu nanti! hahhahak. lagi teruk aku kena marah. aku buat dek jek..

*****

last week member charlie's angel aku dah tunang. so, tinggal aku sebatang kara. sorang dah de anak, sorang dah ade orang chop. tinggal aku kini. geng! weekend ni moh kite lepak, bawak jek baby skali. takde hal la..

*****

tak sabar jek nak balk kampung.. segala2 nye ade di sana. nak tau, cuba la.. ;p

Monday, December 17, 2007

kanser?

wanita dan kanser?

damn! topik paling menakutkan bile aku semakin dewasa.

3r semlm mengupas topik ni. perempuan berumur seawal 14 tahun pun boleh terdedah kepada kanser no 1 di malaysia. kanser payudara!

memang malu nak bile nak bercerita topik ni. tapi serius, we need to know it. tak kira lelaki ke perempuan.

tanpa di sedari kaum lelaki, bahaya kanser ni juga terdedah kepada mereka.

sehingga semalam, aku tak penah nak amik tau pasal kanser ni, sbb mula2 statistik mengatakan wanita berumur lingkungan 40++ je terdedah kepada bahaya ni.

so, dari skang bagi semua yang tak pnah mengendahkan penyakit tersebut, sila amik perhatian. tak kira sihat macam mane pun seseorang tu, mereka masih terdedah kepada bahaya ni.

jadikan pemeriksaan ni rutin bulanan, bagi perempuan seminggu selepas pe'od boleh check dengan kadar segera. bagi lelaki, sila ke pakar sakit tuan yang lain.

untuk pertanyaan lebih lanjut sila lawati www.3r.com.my.

indah lelapku..

tubuhku dah mula menggeletar.. sakit sane sakit sini, cepat mengantuk, penat. degup jantung mula pantas.

*****

sabtu ari tu, aku tak g mane, kemas2 umah, basuh, cuci ape yang wajib kat umah tu, masak2 ape yg patut, tgk tv layankan senak perut, sampai petang. malam takde mood nak tengok tv, anugerah skrin - hampeh tak best, lpas tu aku layankan OIAM season 2 yang tak brape sedap. harap rambut masing2 jek cantik. huh! suare apesal la gitu, aku pun bleh nyanyi pe kalo setakat mcm gitu.

*****

seawal 6 pagi ahad, aku dan roomate aku bangun siapkan diri. ke satu destinasi yang selama ni aku tak penah layankan selama setahun sebulan aku kat kotaraya ni. ke TITIWANGSA. lampu jalanraya pun belum terpadam. teruja.. tidak jugak!

aku hanya menyusuri jalanraya yang belum jammed. " kan best kalo ari2 mcm ni.." terdetik dalam hatiku, tanpa disedari lala terdengar. die hanya mampu tersenyum. hehehe.. aku la;o ckp dlm hati ke boleh berbunyike? ajaib btul..

*****

sambil menikmati 'pemandangan indah' dulu seblum merekreasikan diri, cuci mata beb! bagi mood pagi2 ni. tapi, takde yg best pun! hanya warga emas yang bersimpang siur keliling kami. how come la. kan best kalo 'pemandangan indah' tu sebaik waktu aku bersama arfa di mid valley.

*****

jalan2 kaki, panaskan badan borak2 tengok orang2 yg dah mula merembeskan kelenjar peluh masing2. heh, aku malu nak start, pakcik2 tengok aku pelik je. tgk dr tadi lom berlari2 anak. jalan dan jalan lagi.

masuk denai tasik, kami dah start jogging, heh, serius klako! lame tak buat gini. jap2 berenti, tak konsisten langsung kami. tengok org dah basuh kuyup, belum nak buat aku excited. baju aku masih kering lagi.

lari dan lari. sampai tempat utk rekreasi, aku mengambil tali skipping, sambil diperatikan oleh couple2 kat situ, makcik2 buat senaman mcm yoga, aku buat sengal jek. aku start skipping. tapi berenti kejap, sbb lupa warm up.

lupa 'pemandangan indah' seketika. aku mula memanaskan badan, skipping, jogging.
amek larian pusingan sambil ditemani 'pemandangan tak berapa indah'. layan jugak, tgk dah berpeluh. panas+haus! x bwk air rupenye kami!

abis satu pusingan di tasik tu, aku berenti tgk org mula2 menari2 caca. aku menyibukkan diri kat situ. langkah berterabur. aku port jauh skit, janji ade lagu. aku buat skill yg org lain tak buat. org tgk pun, aku takde hal. LANTAK la..

penat, kami balik.

*****

siapkan diri, aku tido jap..

Thursday, December 13, 2007

kemerapuan paling agung

alhamdulillah..

abis gak aku nye study. 2 tahun maa. aku jek tau seksa nye blajo cam ni.

jauh satu hal, kije satu hal, - sebenarnya byk hal la.. malas nak hurai2 kan. tapi ok la, dah lepas pun satu masalah aku.

*****

balik dr PD aku balik umah aku. pasal bengal kat kpale nye pasal takde mood nak masuk opis. pebende depan mata aku pun tak perasan. ade road block ke ape ke. redah jek. tido lagi baik. kurang sikit problem aku. ni semua pasal paper td. soalan tak agak2. rase mcm kna kelar jek dlm dewan tadi. lompang sane sini. tp, aku masuk gak opis lpas lunch. kije banyak!

*****

seminggu ni susah btul aku nak tido. walaupun pkul 9 lebih dah sibuk2 baring kat tilam, pejam2 mata tak gak nak lelap. salah aku gak kot. gi baghah nescafe ginseng buat pe. carik pasal! mata oh mata..

*****

eksiden. mlm td, van rempuh fuel tank! pergh, nasib tak meletup, kalo tak ngan aku2 skali meletup! nauzubillah. mintak di jauhkan. brader2 bomba ngan polis blom sampai lagi mase tu. bayang kan la camne.

sampai umah PD sane, aku prasan bdk ni mcm pakai eye shadow purple black. pergh, cam avril! cantik, tapi apsal sebelah jek? rupenye2 eksiden. how come? tp tu la, nasib baik lom ajal die. terdengkit2 la minah tu. sian btul.

*****

nak gi ke tak hasanah kawen ek? takde hala tuju ni..

Wednesday, December 12, 2007

subject & ain

mathematic & aku = + - x / - argh, masuk plak huruf - aku tak gumbira

sejarah & aku = use ur brain la - only 256mb ram

english & aku = pity ain - poor + sour + s***!!

melayu & aku = u ni melayu ka bangsa lain - berterabuq

geografi & aku = bangsar kat selangor kan? best la cuti!

science & aku = fakta @ auta?

biology & aku = sistem endokrin belah mane ek. lupa la..

technical subject & aku = ceh, susah btul nak imagine!

pend. islam & aku = skit2 jek.. huh..

acad & aku = aiya! wa bleh edit maa..

ingatan untukku!


bukan tuhan jadikan setiap yang di ciptakan ni bersebab. kan?

kenapa kita selalu mengeluh, walhal DIA menentukan semua dengan cukup sifat kelebihan & kekurangan. menentukan cara masing2 untuk bahagia, untuk bersedih, untuk merasa nikmat dunia.

tapi kita tak pernah puas.
kita tidak pandai bersyukur.

tamak kah kita?

masih ada tempat utk berteduh.
masih ada mata pencarian untuk menutup lubang yg ada.
masih ada makanan.
masih ada kekuatan untuk menempuh hidup.

tak cukup ke lagi..



Tuesday, December 11, 2007

injection

ari ni, di petang renyai2 sekalian alam.

sambil2 membuat kije mengedit title block bagi 19 sites utk submission ke celcom, tm dan touch matrix and mengscalekan logo kepada saiz yang sepatutnya.

aku teringat perbualan aku dan big boss aku pasal suntikan botox & kolagen last week. ni bukan bussiness matter la. hal selain peribadi dan kerja. omong kosong.

big boss : ain, u tau pasal blacksheep injection?
aku : don't know.. ape tu?
big boss : something like hormon injection. botox
aku : tau la. tp kat malaysia, kite gune duck kan?
big boss : duck, i tak tau. ayam, babi, sheep, cow, i know.
aku : bos, i tgk nona la. kat malaysia kita pakai duck punya hormon.
big boss : artis hong kong kalau u tgk semua kulit cantik2. tapi inject. 50k at australia. 15k at singapore.
aku : malaysia pun ade bos, tapi kalau thailand, i x tau la. bese die buat plastic surgery kat sana. tukar sana, tukar sini. ( sambil aku memberi isyarat secara tak tersengaja).
big bos : (sambil tahan gelak). u tau la.
aku : sikit2 boleh la. (dengan selamba). bos dieorg inject babi punya hormon jugak ke?
big boss : babi punya hormon utk bagi kulit cantik, bagi merah2 putih. tapi blacksheep scar dekat tangan pun boleh hilang. i pun nak inject la, kasik kulit muka licin.
aku : betul bos, dekat muka ( walaupun kulit muka aku tak licin, takde kije nak buat benda2 lagha ni)
big boss : mahal la. tapi nanti i nak buat juga la.
aku : senyum + sengih ( aku gase susah nak tafsir dah mase tu)

abis, bab2 kecantikan ni ntah camne termasuk bab artis. ( aku tak mo criter le). sebab setengah2 org jek tau pasal ni. hehe.

harian metro tadi kata muka artis kita bengkak dek penangan suntikan yg menyebabkan pipi nya sembab.

moral drpd story tersebut,


nak buat ape2 benda pun, pikir la yg terbaik. jalan singkat tak memberi kepuasan pun pade kite semua.

kawen?

kawen! kawen! kawen!

musim orang kawen, tak kire banjir, musim hujan, sama tarikh ngan kawan2 lain, yang nak kawen, tetap kena kawen.

start masuk budak2 cuti skolah, kenkawan aku yang baru kawen & nak kawen. kan main gamai lagi. jap aku listkan:-
  1. zaidi - bsk sksr, tp serius aku lupe die camne orangnye
  2. azimah - si chubby yg bagi mesej last minute suruh gi majlis die
  3. miah a.k.a salmiah - berkirim kad kat aku, aku ajak bdk2 ni tp ade yg kata, banjir la..
  4. hasanah - die jemput pakai msg kat friendster. yg ni lom kawen lagi, tapi aku ajak gak bdk2 ex classmate dulu teman, tp sorg pun tak mo pegi. sbb tak kna jemput.
  5. suri - classmate aku skang pun nak kawen gak - yg ni kalo tak sempat, aku balik dari kl straight gi melaka trus umah die
  6. anak kepada anak buah aku - die dok kota tinggi, tp aku x tau nak gi ke tak sbb setarikh ngan si suri - bak kata mak aku, sape nak drive lagi kalo bukan ko..
satu petikan yang aku rembat ucapan dari kije kawen si aleya a.k.a bdk hot.fm :

"Awak adalah segala-galanya bagi saya dan saya akan selalu berada di sisi awak
sampai bila-bila, sama ada awak suka atau tidak."

aku suke survey kenkawan aku lpas dieorg meredah alam perkawenan.

  • tak takut ke?
  • best tak?
  • seronok tak?
  • mesti susah tak?
  • dah de lom?
masing2 bagi aku jawapan yang sedang2 elok la. yang negatif tu kurang. banyak positif. korang paham2 la maksud dieorg2 ni.

next year, adik aku (anem) plak kawen. rase jeles tu tak wujud. cuma takut jek.
  • takut x laku
  • takut malam - hekhekhek
  • takut parent aku malu sbb org bz tanya aku bila lagi?
kalo lepak2 ngan parent ngan sdara mara aku suke tanye benda2 ngarut2 ni,

- tengok mak aku cam suruh mencarik gak - ye la, sepupu sepapat aku semue dah kawen, tapi kalo lmbt sikit pun takpe, kalo tak sape nak jaga family ni kalo bukan ko.
- bapak aku plak kate - muda lagi, kalo bleh blajar, blajar lagi. ko nak kawen sbb tgk orang lain kawen, buat ape?
- angah zaidi - long, ko bile nak kawen, angah pun nak kawen ni ( die ni kurang 3 tahun jek dr mak aku, dulu aku pun die mandikan)
- a'am - kak ain, bile nak kawen? aku ckp entah, takde sape nak! - hakhakhak
- syikin - adik no.3 aku, long! aku gase aku cam ko la. kawen lambat, anem dah gatal nak kawen.
- busu dilah - eyin, bila nak kawen ni? nak tengok eyin kawen.

tapi..

aku harap,
aku gase,
aku tak bersedia

utk hidup berkongsi.

tagged

was tagged by Sue. so here it is :D

1) Name one person who made you laugh last night.
Ro'a - sbb seblom nak study kenyangkan perut dulu

2) What were you doing at 0800?
atas tilam aku - seronok sangat

3)
What were you doing 30 minutes ago?
turn on my pc - check email, on9 ym

4)
What happened to you in 2006?
start part time class - tinggal 1 paper lg nak abis.. yay!!

5)
What was the last thing you said out loud?
bodoh!!!!

6)
How many beverages did you have today?
1 glass nescafe ginseng + 1 glass plain water

7)
What color is your hairbrush?
dark yellow

8)
What was the last thing you paid for?
minyak kreta - shell segambut

9)
Where were you last night?
dalam bilik member tumpang tgk tv - CSI & Dunia Baru lpas tu dalam bilik sendiri, tido..

10)
What color is your front door?
dark brown + maroon

11)
Where do you keep your change?
dlm kereta, dlm uncang hitam ajaib aku

12)
What's the weather like today?
mendung

13)
What's the best ice-cream flavor?
chocolatechip with chocolate topper

14)
What excites you?
kereta & t-shirt superman bling2

15)
Do you want to cut your hair?
yes, tapi nak trim sikit je

16)
Are you over the age of 25?
belum lagi - tunggu hujung bulan mac, i'm 25 years old. huh!

17)
Do you talk a lot?
yup! and loud.. hehehehhe..

18)
Do you watch the O.C?
noob.. i'm hobosexsual.. hahahhah..

19)
Do you know anyone named Steven?
yup! my supplier - autocad software

20)
Do you make up your own words?
sohai!

21)
Are you a jealous person?
not yet! hahhahah.. teringin nak jadik jealous person gak.

22)
Name a friend whose name starts with the letter 'A'.
Ahmad Adobe Ala Fonte - not a real name

23)
Name a friend whose name starts with the letter 'K'.
Khatijah tapi belum penah jumpa lagi. kira ke?

24)
Who's the first person on you received call list?
my client - en. bahrain - TM rep.

25)
What does the last text message you received say?
aku tunggu kat bawah from my sister - anem

26)
Do you chew on your straw?
tak perasan! ada ke?

27)
Do you have curly hair?
not yet. teringin tapi mesti kelakar muka aku nanti. hehehhe..

28)
Where's the next place you're going to?
maybe to consultant office or balik rumah kecikku.

29)
Who's the rudest person in your life?
ana - i forgot her real name. hahahah!

30)
What was the last thing you ate?
sausage bun with cheese + cili sos + blackpaper

31)
Will you get married in the future?
maybe. tunggu orang pinang la..

32)
What's the best movie you've seen in the past 2 weeks?
hitman & enchanted

33)
Is there anyone you like right now?
don't know..

34)
When was the last time you did the dishes?
last night!

35)
Are you currently depressed?
huh?

36)
Did you cry today?
not now

37)
Why did you answer and post this?
coz my frenz tagged me..

38)
Tag 5 people who would do this survey.
don't know. ada lagi ke yg belum di tag?

c'an! huhuh.. kan ko cuti selangor ari ni..

Monday, December 10, 2007

air mata

aku xde mood nak mengerjakan paperwork yang semakin bertimbun di meja ku. walaupun dateline yang boleh buat aku mati.

*****

aku merasakan tiada luck utk aku hari ni. mainan emosi lagi kuat drpd yang lain. walaupun belikat ku bukan main sakit lagi. tapi, aku x endahkan itu semua. aku tak seseronok hari lain. mungkin kerana weekend tu sudah puas aku berseronok. tapi aku perlukan sesuatu utk diri ku.

airmata.

sudah lama, air panas suam tidak membajiri kolam airnya.

dengan air mata, kadangkala boleh buat kita menginsafi sesuatu, menghargai sesuatu, mengharungi sesuatu. air mata, lambang kejayaan, lambang kesedihan, lambang emosi.

*****

aku perlukan air mata hangat utk diri ku sendiri. untuk menangisi diri sendiri. untuk meyakinkan diri sendiri. untuk menilai kejujuran hatiku sendiri.

*****

mengalirlah air mata untuk diri mu sendiri. bukan kerana orang lain.

review - heartbreak kid

aku takde mood nak criter pasal politik, pasal budaya, pasal agama, pasal fav grup or whatever..

aku cume nak sentuh kesensitifan pasal pihak lelaki terhadap pihak perempuan.

selepas aku menonton wayang criter yg nak sangat aku tengok- heartbreak kids, aku gase macam ade sesuatu yg membuat aku kurang yakin dengan kaum lelaki. tapi aku bukan homo atau bio - sexsual. aku cuma x yakin.

adakah seorang lelaki sekadar dengan cinta at first sight, dia lupa orang yg sentiasa menyokong mereka selama ini. ya, mungkin perempuan tersebut memang menjengkelkan, memang memalukan.
tapi dia punya perasaan, dia setia dengan cintanya. walaupun lelaki tersebut mempunyai hanya beratus2 dollar dlm savingnya.

seringkali, aku selalu aku bermain perasaan dengan diri sendiri, tiada cintakah dalam diri aku. atau sekadar melepaskan batuk di tangga. bagi cinta yang tak kesampaian. tiada teman sejiwa utk aku.

tapi, criter ni memberi impak kpd aku, persepsi kepada lelaki menjadikan kini aku kurang yakin dengan mereka2 ini.

mungkin aku tersangat emo sekarang ni. bak kata kawan2 yang menemankan aku menonton wayang, criter ni tak best. mgkin, perangai teman lelakinya tidak seperti criter yang di tonton.
mungkin lelaki suke perkara2 yang sexsual, seperti mata yang menggoda, badan yang menarik, bicara yang sopan dan ketawa yang malu2.

aku tiada semua itu..

susahkan nak SETIA? bukannya perlu nak beratur panjang nak bayar kat kaunter. bukannya perlu wang untuk berbelanja. bukannya perlu nak belikan rantai emas setiap tahun bagi kat awex/ isteri. bukannya perlu nak keluar date setiap hari/minggu/bulan.

perempuan..

sekali jatuh cinta, sukar bagi kali kesekian kali. sanggup melepaskan semua bagi orang tersayang. huh! wujudkah orang bodoh tersebut?

Friday, December 7, 2007

belum bertajuk

aku bukan anak seni
yang dapat menawan insan
dengan karya bak pujangga
di puja oleh sekalian alam

aku hanya insan biasa
kehidupan berdasar dek perjalanan
yang penuh liku dan ranjau

kedesingan bagi sang tuli
kenyaringan si suara

ada yang masih belum mengerti
hati
akal
seiringan


p/s : ini gubahan sendiri.. tgh piki nak buat lirik lagu..





Thursday, December 6, 2007

wayang kita?

time lapang aku suke tgk wayang gak la. tapi dah tahap suria baja hitam aku g tgk wayang. gase kerap sgt la plak.

tv kat umah sewa aku rosak, nak tgk tv dlm bilik member segan gak, sbb bese seblom tido, mmg aku layan kan tv dulu. dan dah byk minggu aku mmg tido cepat, sebab takde santapan mata. nak bawak dr melaka tv aku tu lom terbawak2 lagi. byk je halangan nye.

bulan 12 ni, ade criter baru, the heartbreak kid - tgk cam sedap, trailers die cukup sifat la. buat org cam aku nak gi tengok. aku gase, citer2 cam tu aku jek bleh layan kot. lelaki nak yg perfect je, tp kdg2 dieorg pikir bagus sgt ke kaum dieorg ni?


the heartbreak kid


last 2 week aku pi tengok hitman - citer tu pade aku bleh layan la. streotaip jgk citer tu. cam citer2 bese. yang membezakan citer tu, watak hero dlm filem tu ade barcode kat kepala die. senang nak masuk shopping complex, scan jek. tak yah bawak sen. tp, yg buat aku gase nak gelak citer ni, sbb kisahkan pompuan ngan hero ni. watak hero ni alim la. kesian kat pompuan tu, penat goda si hero tu, tp yg specialnye dieorg watak hero ni mmg layak jadik protector. walaupun tak bersama, tp die jage pompuan ni kat mane2. so sweet.

hitman

enchanted

sabtu petang tgk hitman, ahad petang plak layan kan enchanted. sebab akak yang same2 blajo ngan aku nak sgt tengok citer ni. die kate lpas kawen, tak dpt tengok. kesian plak gasenye bile dengo tu. tak pnah aku buat tgk wayang 2 hari straight. citer ni best gak. bese le bile dongeng jadik betul. kre cam real gak la citer ni. tp, kesian si prince ni. die mmg nak sgt kawen ngan minah ni, tp si sheperd(watak hero) tu dah main peranan kat minah tu.. mungkin bukan jodoh prince tu kot. last2, si prince tu kawen gan ngan tunang si hero tu. sbb pasal kasut.

best kan?


Wednesday, December 5, 2007

final exam

esok

pukul 8.15 pagi ade paper kejuruteraan bekalan air dan air sisa.

buku2, nota2 masih belum di sentuh, kalkulator, pen, liquid paper masih belum di kemas. tapi baju2 dah di kemas dan di sumbat di dalam beg.

yang pasti malam ni aku gerak ke port dickson selepas balik kije. dengan harapan dan doa dari seluruh keluarga dan rakan, semoga aku dpt menghadapi exam sok dengan tenang dan penuh ilmu di dada dan kepala.

dan next week

pada hari yang sama juga ade paper kejuruteraan tapak..